Mandi Itu Mencurahkan Air Ke Seluruh Tubuh Badan..

Assalamualaikum.. Salam malam Rabu semua.. Dah mandi ? Belum lagi? Perasan atau tidak, cuaca sangatlah sejuk kebelakangan ini.. Hujan turun tak henti-henti hinggakan ada tempat yang mengalami banjir.. Air dalam bilik air? Mak aih.. Tak payah cakap banyak-banyak, jari sentuh air pun dah boleh menjerit bak terkena air panas.. Walhal tidak.. Sebabnya? Air dalam bilik mandi kita dah macam air di Tanah Tinggi Cameron Highland sana.. Sejuknya sumpah anda akan rasa macam tak nak mandi dah untuk seumur hidup.. Kenapa? Tak percaya?


Bila bangun pagi celik mata, berulit selimut dengan gigilan ketap-ketap gigi, anda menuju ke bilik air.. Rasa-rasa air.. Ouch!! Gila sejuk derr.. Gosok gigi.. Cedok-cedok air sikit cuci muka, calit-calit sikit bahagian tubuh mana yang patut dengan air tersebut, lalu anda pun masuk dan bersiap untuk pergi kerja.. Huwaaaa!! Kalau ada anugerah mandi cincai bocai, kerbau pun boleh kalah dengan anda okay.. Chup chup!! Adakah "anda" itu termasuk aku? Shhh.. Biarlah rahsia okay.. =p

Yang sebenarnya, mandi pagi-pagi ada banyak manfaatnya.. Ada pendapat mengatakan, mandi sebelum terbitnya fajar, pada waktu Subuh boleh mengekalkan keawetan kemudaan.. Tak percaya? Tengok aku!! Nampak tua kan? Sebab aku suka mandi lambat walaupun bangun awal (hujung minggu saja okay).. Kalau bangun lambat apatah lagi kan.. Keh keh keh.. =p



Lagi satu manfaatnya dikatakan mampu mengurangkan lemak daripada berkumpul, ada yang kata pecahkan lemak.. Itu aku tak berapa pasti.. Tapi macam dah ada contoh terbaik.. Siapa? Akulah.. Muahaha.. Nampaknya kena mula mandi pagilah begini.. Agak-agak Beyonce mandi sebelum terbit fajar ke baru dia dapat tubuh badan begitu? =p

Selain itu, kebaikan mandi pada waktu Subuh ini, kita akan lebih rasa bertenaga.. Tentang mandi air sejuk atau air panas.. Aku tak berapa gemar mandi air panas.. Kalau balik rumah nenek, ada water heater pun, aku pasang, tapi aku pusing pada COLD.. Mandi air panas ke air sejuk ke, masing-masing ada manfaatnya.. Mandi air sejuk boleh release stress, tegang-tegang badan yang anda rasa macam relieve saja bila anda mandi air sejuk.. Betul kan? Manakala mandi air panas pula, menurut kajian boleh membuka rongga-rongga pada tubuh dan membantu pengeluaran toksin..


Tapi jangan dilupa juga.. Pesan orang tua-tua, jangan mandi malam-malam.. Tak elok untuk tubuh.. Menurut pembacaan, ianya boleh menyebabkan paru-paru berair.. Sejauh mana kebenaran, aku sendiri kurang pasti.. Nanti aku cari sebanya ya.. Tapi yang pastinya apa yang aku alami akibat gemar mandi malam adalah tubuh badan senang masuk angin.. Rasa sengal-sengal saja badan.. Tak sedap badanlah orang kata.. Heee.. Sekarang? No more mandi malam.. Tak elok ya.. =)

Jadinya, apa yang elok kita amalkan, yang tak berapa nak bagi faedah, kita kurangkan dan jauhkan.. Heehee.. Selamat malam semua.. Walau cuaca sejuk mana, air sebeku mana pun, mandilah, jangan tak mandi.. Ekeke..

Salam sayang.. Sampai sini.. Jaga diri ya.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
cinta mau komen :

kucing tu chumil la akak~ hehe.

best maen buih sabun buat buih besar3

dan time winter memang tak ley mandi salu even ada heater, dikuatiri sakit di kemudian hari~
abadi romeo berkata…
Kambing tak mandi pun mahal...kat RM 20 sekilo...apakata kalau kita tak yah mandi...
farhana berkata…
Uishhhhh...xsenonoh sgt rupanya pergi kerja tapi mandi ala2 =P
Nak bangun pukul 520 payah sangat, sebab dah terbiasa bangun 6 lebih huuuu
ABSOLUTE berkata…
mandi tu harus. dapat pahala. hehe. hye. :)
mr.syazwan berkata…
mandi subuh leh pecah kan lemak??

I LIKE!

hehe

lg 1 info mandi bermula dr kaki ke kepala (kecuali mandi wajib)

selamat beramal

=_=
Shahada Fauzi berkata…
tak pecah pun lemak...T_T

ooo..doc hana tak mandi pagi eh??hahah..
pak we berkata…
Dari mandi di telaga ( dulu ) sampailah mandi dibawah shower ( sekarang ), belum pernah terlepas lagi mandi pagi walaupun airnya sesejuk salju. gigil2 syok wooo .. kekeke

Jangan x mandi pagi makwe ... he he he
zulkbo berkata…
salam..
saya suka mandi..lebih lagi
musim panas..jangan jadi macam
abadi romeo kita,ikut resam kambing
tak mandi pun rega mahei..he he
Faaein Himura berkata…
lepas ni kna sntiasa amalkan mandi waktu2 subuh.. hehehe..

sy pun rasa dah makin tua.. adeh..
Linlin berkata…
keh2... org zaman skrg jarang nk mandi awal pagi. zmn akn datang, tak mandi terus kut.
PuanPepel berkata…
skrang rs lebey bertenaga sbb hari2 kena mandi awal2 pagi...haruslah kan..takkan nak jadi cikgu kamben pegi skola....

patot sllu angin lam bdn...suke mandi mlm..tp skng da kurang..alhamdulillah..
~boy_Mr.K~ berkata…
kalau aku, mandi subuh ker, mandi tengah hari ker, petang ker, malam ker, mesti menggigil2.. huhu
tapi memang best mandi subuh2... mata pun jadi fresh...hahaha

Sila datang sini untuk lihat pasal kamu. Sekadar buat promosi tuk kamu.
http://writetoboy.blogspot.com/2011/01/jom-terjah-mereka.html

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?