Kalau Nama Dia Perempuan, Dia Pasti Kecewa Sedikit Dengan Lelaki Macam Kazehaya Shota..

Assalamualaikum.. Salam Ahad semua.. Entry yang ini adalah sekuel kepada Berhibernasi Dalam Cinta yang pastinya ramai tak faham dan ternganga-nganga sebab tak semena-mena berhibernasi dalam cinta.. Ekeke.. Sedikit sebanyak ianya ada kena mengena dengan Tomofumi Tanizawa, sangkut paut dengan Kazehaya Shota juga Kuronuma Sawako, lebih tepat lagi tentang Kimi Ni Todoke yang jika diterjemahkan maknanya adalah Reaching You.. Nak lagi bahasa lebih sedap, Menggapaimu.. =)

Aku kata.. Aku belajar semula erti cinta zaman muda kala.. Saat pertama kali mengerti apa itu cinta.. Cinta yang warnanya ada satu saja tanpa calitan warna yang lain.. Cinta yang belum berevolusi.. Semuanya aku mengerti di sini, dalam sorotan kisah satu rasa antara sang teruna dan dara..

Agak sukar mencari bait kata bagi menjelas rasa.. Tapi apa yang dirasa, boleh dikata, ianya tentang back to basic, the basic of love.. Sesuatu yang kita kadang tahu tapi tak pernah terfikirkannya sebab dah terlalu biasa.. Bila menyoroti jalan-jalan cerita ini, kita akan kata, oh, inilah cinta, inilah rasa yang sebenarnya..


1) Seseorang itu terlalu istimewa buat kita.. Tapi boleh jadi kita cintakan dia boleh jadi hanya istimewa tapi tiada cinta.. Macam Bang Daus pernah kata pada aku dulu, suka dan cinta itu hanya ada satu garis halus yang membezakannya.. Dalam kisah ini, aku lihat, macam mana hati belajar untuk mengerti dan mencari beza, yang istimewa itu adalah cinta atau hanyalah rasa suka..

2) Cinta macam udara.. Kita tak nampak, hakikatnya kita merasa dan ianya sentiasa ada di sekeliling kita.. Cinta pada Pencipta, keluarga, sahabat dan juga si dia.. Semuanya ada di dalamnya..

3) Cinta macam membeli dan memandu kereta.. Kita berkenan, kita beli dan kita pandu pulang.. Penjual tak mampu memaksa, kau sila suka kereta ini, kau sila beli yang ini.. Sama sekali tak ada paksaan.. Macam cinta kan? Perempuan ini kenal lelaki dah lama, cukup lama sehingga si perempuan menaruh rasa.. Tapi hakikatnya, cinta lelaki hanya pada perempuan seorang lagi, walau kenal tak berapa lama.. Well.. Itulah cinta..

4) Cinta yang sebenarnya tak ada istilah bosan.. Kalau cinta ada istilah bosan, tiap kali kahwin, orang mesti cerai.. Huhu.. Si lelaki ingin si perempuan bercerita perihal diri dari sekecil usia sehingga dah besar orangnya.. Si perempuan bimbang benar si lelaki akan bosan.. Tapi ternyata tidak langsung.. Haha.. Cinta kalau asasnya suci dan sejati, bosan takkan pernah ada dalam kamus perasaan.. Pssttt.. Aku? Tak pernah bosan.. Walau sedikit pun.. =)

5) Cinta itu buat kita melihat pihak yang lagi satu itu sebagai dirinya.. Bukan kerana cantiknya dia, bukan kerana kacak juga, apatah lagi harta, kekayaan mahupun segala kemasyhuran.. Macam dalam Cerekarama Cinta Buta semalam.. Betul tak?

Simpulan ceritera.. Kisah di dalamnya ibarat batu-bata.. Rumah yang tersimpan impian untuk dibina bersama dengan batu-bata yang ada.. Kisahnya, kisah mengenal apa itu batu apa itu bata.. Ngee.. =)


Satu yang kalau kita jadi perempuan, pastinya kita akan terkilan, sampai pengakhirannya, Kazehaya Shota tak pernah keluarkan satu patah kata meluah apa yang dia rasa pada Kuronuma Sawako walau hakikatnya dia suka.. Sebabnya dia tak berapa yakin.. Hoh!! Macam coretan komen seorang blogger dalam entry seorang lagi blogger, Kazehaya sangatlah lembab.. Kalau suka katakan suka.. Ekeke.. Comel okay komen itu.. Betul.. Kalau suka katakan suka tidak hamba tertanya-tanya.. Senang hamba melupakan apatah lagi menaruh harap dan rasa.. Heee..

Haaaa.. Banyak dah cakap pasal cinta dalam cerita.. Satu yang teringat dalam kepala, saat mereka bertukar hadiah masa salji gugur dalam cuaca sejuknya, walaupun hadiahnya tersilap dan macam tak ada makna, tapi lelaki itu hargai sebab ianya datang dari orang yang dia cinta.. Haha.. Suweet.. Okay.. Masa untuk menyambung sesi menelaah selepas marathon habis 8 episod terakhir Kimi Ni Todoke.. Hoho.. Have a great day ahead peeps.. Salam kasih sayang buat semua.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Apa yang Kuronuma Sawako kata pada Kazehaya Shota.. Aku pun rasa nak kata begitu juga.. Ekeke.. "That I want to see a side of you that nobody else does.." Kenal.. Mengenali.. Lagi dalam dan lagi dalam.. =)

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
rina setuju dengan segala perumpaan tu, paling3 lagi pasal bosan tu, kalau kte betul3 cintakan dye, takkan pernah ada rasa bosan tu.

sedang jugak belaja mengenali dye dalam dan semakin dalam :)
Cik Bee berkata…
suka entry ni....!
sedikit nak tambah: biar laa kite cintakan die kerana DIa..... =)
FatinNad berkata…
sangat suka entri cinta cik farhana :) hee... point no 3 mcm scary ..
Faaein Himura berkata…
wah.. citer pasal cinta.. tak pernah tgk citer ni.. cite anime eh?..

so sweet bila dokter berbicara tntg cinta.. hehehe.. =]
Cikgu Fonik berkata…
salam,

cita ni wujudkah. kahwin untuk kesinambungan hayat manusia. Apa sebenarnya cinta tu tanggung jawab atau nafsu?

SOS CAP CICAK
hysman berkata…
suma yg komen pompuan..
pokcik takmo lah komen..
karang kena parang kat kepala..
hehe...
oh tidak.com
ahaks...
ieda berkata…
setuju .. suke :))
student berkata…
best la...nice entry!^_^

P/s: sudi2 lihat yang ini..mungkin berkaitan.. http://www.cetusan-student.com/2011/01/bercinta-salah-faham-dan-berpisah.html

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?