Ek Eleh!! Tak Adalah Bengang Sangat..

Assalamualaikum.. Hai dari aku untuk semua.. Pehh!! Hari ini mengantuk gila tahap cimpanzi punya.. Tidur tak hengat dunialah.. Jadinya setelah kenyang tidur, keluarlah aku bersama 3 orang rakan menuju ke Pelita Nasi Kandar.. Tekak teringin roti canai derr.. Lama pula tak menjamah.. Alhamdulillah.. Kenyang.. =)

Balik dari mencekik dan menuju ke rumah, siaran radio yang dipasang dah tentu-tentulah Hot FM bertemankan Deen dan Chad dalam Zon Bengang!! Haaa.. Siapa dengar tadi???



Panggilan datangnya dari seorang lelaki.. Suara macam macho.. Tahu tak dia komplen pasal apa? Apa yang menyebabkan dia bengang sangat sampai duduk menyelit dalam segmen Hot FM Bengang? Meh aku nak cerita meh.. Ekeke.. Macam duduk bergosip pula.. Al kisahnya, sang lelaki ini ketemu mata ke mata dengan seorang gadis yang dia kenal dengan hanya melihat wajah di Facebook sahaja.. Facebook lagi derr.. Zaman sekarang, dah tak macam dulu-dulu, nak berkenalan punya pesen pun dah canggih satu dua macam.. Entah-entah nanti orang kahwin pun guna cara online saja.. Fuh!!

Pada pertemuan pertama.. Hati berdegup kencang.. Alah.. Macam tak biasa pula kalau nak jumpa dengan orang-orang maya pertama kali, mesti pening-pening lalat, debar dua tiga macam.. Pesen aku dulu, masa nak jumpa dengan rakan-rakan blogger yang happening untuk berbuka puasa, batang hidung mereka dah nampak dari jauh dah, debar dia mak aih, macam nak terkeluar semua organ tubuh badan, macam akad nikah pula.. Ekeke.. Tahu tak? Aku rasa macam nak berpusing, lari, start engine kereta dan balik ke Ipoh semula.. Dari Kuala Lumpur ya.. Hoho..


Eh.. Banyak cerita pasal aku pula.. Heee.. Balik pada si lelaki ni tadi, setelah berjumpa dengan perempuan yang dia hanya pernah lihat wajah di Facebook itu, dia pun menyuarakan apa dia rasa mengenai pertemuan tersebut dalam Hot FM Bengang.. Apa yang dia kata seriously bikin aku mahu tekan brek mengejut ketika sedang memandu tadi.. Shock!! Shock gila!! Gila shock!! Haha.. =p

Kata si lelaki, perempuan itu tak cantik sepertimana dalam Facebook, kulit cantik bersih, boleh cair.. Diulangi.. Cair ya si lelaki itu kata.. Realitinya, perempuan tersebut banyak jerawat, kulit memang tak bersih.. Hoho!! Housemate aku yang duduk sebelah dah bersuara, "Apakah mamat ni.. Kalau buatnya perempuan tu dengar radio, tak ke kecil hati.." Haaaa.. Make sense juga apa housemate aku kata.. Chad dan Deen mengkategorikan kes lelaki itu sebagai, EK ELEH.. TAK ADALAH BENGANG SANGAT!! Muahaha.. Telefon kerana nak bagi tahu dia bengang wajah perempuan yang dia kenal tak secantik wajah dalam Facebook.. Haishoo..

Nasiblah si lelaki ada sebut, "ayu tu ayu, pakai tudung" tapi wajahnya sajalah.. Aiseyyy!! Inilah dia bila dunia dah canggih sangat.. Nak salahkan siapa pun tak tahu, jadi lebih baik jangan menuding jari dan menyalahkan.. Adalah lebih baik menilai semula diri sendiri.. Belajar dulu membaiki diri baru kita boleh perlahan-lahan baiki dunia keliling kita..

Banyak sangat pengajaran yang boleh kita nilai dan kita belajar.. Ternyata wajah memang jadi satu kayu ukur dalam dunia zaman kini.. Percayalah kata aku!! Tapi walau macam mana pun kita nak mengukur dan menilai cantik buruknya orang, hati orang kita tetap kena jaga..


Sesungguhnya kita semua adalah ciptaan Allah yang terhebat.. Macam mana pun rupa bentuk kita, kita semua cantik dan kacak bukan? Yes.. You're beautiful..

You're beautiful in your own way.. Let them be.. Let them judge, let them do all the talking, all the evaluating.. We know ourselves better.. Have confidence in yourself.. Cintakan diri, cintakan Pencipta, baru terasa nikmatnya bila kita mencintai sesama manusia.. =)



Yeah!! Jangan lupa.. Anda semua memang cantik memang kacak.. Cantik dan kacak dengan cara anda yang tersendiri.. You're beautiful.. Okay? Heee.. Sampai sini bebel-bebel malam hari.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

black_mel berkata…
setuju...x baik kutuk2 orang...at least ppuan tu jujur nak datang..buat dia main2 jer..x pasal2 laki tu kena tunggu lama...
syanabel berkata…
jantan yang hampeh.. huh
nora berkata…
sokong sangat2...

we are beautiful in our own ways..
be fabulous forever.be confident.

=)
Hanim Mahali berkata…
memang lumrah manusia jadi kecantikan fizikal sebagai satu ukuran... apa lah... sememangnya ciptaan Allah tu kan chantek semuanya...
penaberkala berkata…
ceit, memalukan lelaki je mamat tuh
sape suh tergoda dgn pandangan mata,LOL

baca entri ni terus rasa kacak
walaupun hakikatnya tak,kah3
Cikgu Fonik berkata…
salam,

yang mamat tu hensem sangat ker hehehe

WHAT'S ROCK
~boy_Mr.K~ berkata…
hello....
benggang sangat~~~ (angkat kening mcm ziana zain sambil garu2 kepala... hahaha aku plak benggang ngan mamt tuh... wahkahakah boleh gitu?
akira sendoh berkata…
la...tu pon dia nk crta..ingt ape la sgt..

setuju ngan farhana n alie..

~we are beautiful in our own ways..~

setiap yang Allah ciptakan tu ada baik dan buruknya..kan?kan?:)
ch!natsu berkata…
we are beautiful.. =)
hysman berkata…
sengal punya statement..
baget sgt beb mamat tu.
yg die tu hansem sgt ker..
tak payah la nak canang kat radio nk kate gadis tu hodoh..
kesian gadis tu derr..
brengset...
naseb baek pokcik hudus tp manis skit ade lah..yg pntg hati tak gitu cik hanaWanabe... we proud to b beautiful slave in front AllaH SWT...;)
Shahada Fauzi berkata…
semua ciptaan Allah cantik dan sempurna..^_^

jagalah hati..jika hati bersih, nescaya air muka yang cantik pasti terserlah..
Faaein Himura berkata…
yerlah... tak patut betul laki2 itu..

dia nak cantik2 je..

yg tak cantik.. dia kutuk bukan main..

setiap org mempunyai kecantikannya tersendiri.. =]
ieda berkata…
haahahha lelaki tuu sudah tertipu huhuhuhu ..
nak sgt yg cantik kan .. x bersyukur lah tuuu
FatinNad berkata…
Kalau aku jadik pompuan tuh, aku tikam dye. tak payah la cerita kat umum. simpan soang2 sudey !
cik sidah berkata…
nadzirah...aku setuju cara ko..
tp pada aku...lelaki tu pun macam memalukan diri sendiri je....dia igt semua org setuju dengan dia.....blom cukup kenal dunia kot(i mean dia tak matang lagi kot)...baru kenal fb je

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?