Aplikasi Panggilan Dan SMS Percuma Dalam Kehidupan Kita

Assalamualaikum.. Sekejap saja dah habis cuti 2 hari dan setengah.. Ada lagi 1 hari dan setengah.. Sungguh cuti-cuti begini, telaah buku 30%, buang masa 70%.. Rasa macam nak debik diri sendiri.. Hoh!!

Bergolek kiri bergolek kanan.. Bergulung-gulung.. Cuaca sungguh panas.. Tiba-tiba handphone berbunyi tengahari tadi.. Ada SMS.. Pakwe akulah!! Teruja sekejap..

Buka-buka dan baca.. Senyum lebar gila kot.. Tapi tak lama lepas baca, dahi kerut-kerut.. Runsing semula.. Haish.. Baiknya hati pakwe aku.. Bukan selalu pakwe aku berperangai begini.. Selalunya setahun sekali buat aku senyum, itupun pada tarikh yang sama setiap tahun.. Kadang-kadang dan jarang-jarang hantar SMS buat aku senyum lebar pada hari yang selain dari hari yang itu.. Sadis kan keadaan aku? =(



Sambil menyuap makan ke dalam mulut dengan keadaan toya, aku memikirkan SMS yang dihantar.. Pakwe kata sebab dalam bulan ini aku reload minimum RM30, aku dapat PANGGILAN DAN SMS PERCUMA selama 24 jam.. Orang patut gembiralah, ini tidak, muncung sedepa.. Kalau pakwe nampak, mahu aku kena blacklist untuk jadi makwe dia.. Hoho.. Tapi benda percuma bukan senang nak bagi weh.. Hanya boleh kepada number 8-Pax yang anda daftar saja ya.. Ditambah lagi, number 8-Pax yang anda boleh daftar hanyalah number U-Pax saja ya.. Number X-Pax tidak dibenarkan sama sekali..

Aku belek senarai 8-Pax.. Tak ramai kawan-kawan aku yang pakai U-Pax, jadinya aku hanya daftarkan 4 number saja.. Aku angkat telefon dan call.. Handphone di bilik sana berbunyi.. Derr!! 3 dari number tersebut adalah number kawan-kawan aku yang hari-hari aku ngadap muka depa, yakni housemate aku.. Kah kah kah.. Tapi ada lagi satu number lagi.. Siapa punya eh? Hahaha.. Shhhh.. Tak mahu beritahu.. Ekeke.. =p

* * * * *

Panjang pula cerita pasal panggilan dan sms percuma.. Analoginya dalam kehidupan kita, boleh diaplikasikan dalam hidup seharian.. What you give, you surely will get back.. Baik anda bagi, baik juga anda dapat.. Buruk anda beri, buruk juga akan kembali.. The more you give, the more you gain.. Lagi banyak anda topup, lagi banyak panggilan dan sms percuma anda dapat.. Kikiki..

Samalah juga, lagi banyak usaha yang anda keluarkan, lagi banyak dan tinggi peluang yang ada bahawa anda mungkin berjaya.. Lagi banyak kebaikan kita buat, pahala juga dicatat setiap satunya.. Jika banyak dosa yang kita buat, maka banyak jugalah catitannya..

See.. Inilah kehidupan.. It goes by the law.. Tapi mungkin ada saat dan situasi yang the usual things boleh jadi unusual.. Against the law.. Tapi kita kan bijak.. Ada akal untuk pandu kita ke jalan yang benar, tak benar, atau mungkin jalan mati.. =)

Have a great day ahead.. Assalamualaikum.. Heee..


FOOT NOTE: Pakweku Celcom!! Terima kasih!! Ekeke..

Ulasan

Hizami Li berkata…
hehe.
xnak kol zami?
walaupon x gune celcome.
haha.
:P
nora berkata…
nyah selalu dapat dan nyah tak call sapa2 pun...
wahahahahahha...

i xsuka gayut2 lelama dgn hp lipat ni.tension!!!
nurayunni berkata…
best jgk dpt call free nie...
ch!natsu berkata…
ye btol tue..
wut u give u get back..
biasanya kan..

wah kite brk0ngsi pakwe yg sama.. kekeke~
Liza berkata…
sgt tepat, sebab tu jgn buat org, mesti kita akan dapat balasan...
@.alie. Patut call i laa nyah.. Leh kita gosip pasla oppa joowonie kita.. ;)
@nurayunni Masa besday paling best.. Seminggu call free.. Heehee.. ;)
@ch!natsu Hahahahaha.. Pakwe semalaysia.. :p
@LizaBasic dlm hidup.. Kan sis? :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?