Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Abah Dan Menantu.. Harap-Harap Punya Citarasa Yang Sama..

Imej
Assalamualaikum.. Salam cuti untuk semua.. Sukalah korang semua kan dapat cuti.. Kawan-kawan aku seorang demi seorang dah pulang ke Kuala Lumpur.. Aku? Melangut di Ipoh sajalah.. Berhajat untuk ke Food Festival yang diadakan di Stadium Ipoh esok.. Masa untuk mencekik.. Heeee.. Kepada sesiapa yang berada berdekatan Ipoh, moh ler turun sini.. Belanja aku makan dekat Food Festival.. =p Oh.. Hari ini di entry kali ini, aku nak share cerita abah cerita suami dan cerita anak.. Cerita abah siapa? Abah akulah.. Suami siapa? Anak siapa? Aku ke? Haha.. =p Setiap kali jika aku pulang ke rumah untuk bercuti, abah pasti tanya aku "Ada cerita apa Along?" Makna cerita di sini adalah movie ya.. Dan sudah tentu-tentunyalah jawapan aku pasti mengecewakan abah.. Kalau tak drama Korea, mesti filem Hindustan.. Abah cuma mampu geleng-geleng kepala melihat anaknya yang Hantu Hindustan dan Hantu Korea ni.. Haha.. =p Dan tak lupa, aku pun pasti akan bertanya pada abah, "Abah ada cerita best tak?...

Budak Kecil Pun Tengok Piala Suzuki AFF 2010.. Mara Malaysia Mara!!

Imej
Assalamualaikum semua.. Rabu sudah mari.. Hoho.. Mengambil kesempatan yang ada, ingin mendedikasikan sebuah lagu buat semua jejaka-jejaka dalam skuad Harimau Malaya.. "Oh sayang.. Engkaulah jejaka idaman.." Ekeke.. =p Selamat berjuang.. Mara Malaysia mara!! =) Hey hey!! Bukan kita-kita yang dewasa saja sibuk tonton bola, gila bersemangat waja dan patriotisme.. Budak kecil pun sama tumpang sekaki dua.. Jom tengok.. * * * * * * * * * * ADIK COMEL Weh korang.. Kalau ya pun nak suluh laser, baiklah suluh atas kepala aku.. Daripada suluh Abe Markus tu.. Bak kata Uncle Joegrimjow , laser membantu pertumbuhan rambut.. I got such a long journey to go, and lots more girls to usha and ngorat.. And I need my hair!! Please!! Laser me!! Tapi sebelum nak suluh tu, bagilah warning.. Boleh aku tutup mata siap-siap.. Silau derr.. Kang tak pasal-pasal aku lari keluar padang.. Protes protes!! Haaa!! Baru tahu kome-kome semua.. =p Okey abang-abang Harimau Malaya.. Selamat bertempur dengan garuda...

Kalau Dah Jatuh Cinta

Imej
Assalamualaikum.. Salam kejatuh cintaan buat semua.. Haih.. Ya ya.. Jatuh cinta.. Kalau dah jatuh cinta, macam mana ya? Kena bangun balik ke biar saja jatuh terjelepuk tak payah bangun-bangun? Ekeke.. =p Ehem ehem.. Comel tak? Comel tak? Kerutan dahi itu bikin aku teringat pada drama Korea Secret Garden.. Ouch!! Sweet sangat!! Eh eh.. Melencong jauh pergi ke Korea kejap.. Sambung pasal kisah jatuh cinta.. Ngee.. =p Matilah kalau tuan gambar tahu aku ambil tanpa kebenaran.. Kredit kepada OnoItuAji merangkap abang sepupuku yang termacho.. Terima kasih juga kepada model-model, iaitu abang sepupuku sendiri bersama rakan-rakannya dan juga kekasih hatinya.. Terima kasih tak terhingga sebab sudi menghiasi teratak buruk Cahaya Yang Riang Gembira.. Cantik tak? Cantik kan? Kan? Kan? Haih.. Dah jatuh cintalah gamaknya.. Haip!! Bukan dekat abang kerut dahi di atas okey.. Itu orang punya, tak pasal kena tembak sedas dua nanti.. Jatuh cinta dengan seni.. Dulu kalau ikutkan hati, memang aku dah ambil...

Seumur Hidup Pertama Kali: Gembira Ke Terkejut?

Imej
Assalamualaikum.. Pagi semua.. Cuti pun dah habis semalam, puas dapat duduk rumah makan sedap-sedap.. Sampai update blog pun terasa kemalasan yang melampau.. Bermulalah satu lagi rutin kehidupan harian yang baru dan ucapkan selamat tinggal pada dunia Psikiatri.. Farhana.. Selamat memulakan dunia Paediatrik.. Kita main dengan anak-anak kecil pula.. Training ke arah masa depan yang cerah sebagai seorang ibu berkerjaya.. Err.. Yang ada anak kembar 7??? Hah!! Pengsan!! Balik Melaka tempoh hari, ada kejutan.. Pakcik Nationwide Express hon depan rumah sambil menyanyikan lagu Farhana Puteri Bumi Kenyalang.. Betul.. Aku mana pernah cakap betul.. Keh keh keh.. Tapi sayangnya, Farhana tak keluar.. Abah Farhana yang keluar rumah.. Ada parcel untuk aku.. Like like!! Dari sayang nun jauh di Kelantan.. =) Percaya ke tak percaya, percayalah!! Seumur hidup pertama kali aku dapat hadiah seumpama ini.. Selama hidup ini, benda-benda sebegini memang tak pernah dihadiahkan orang untuk aku.. Jadi, aku mema...

Resepi Makanan Ringan Yang Mudah, Jimat Dan Senang : Kuih Tiram Versi Kulit Popia

Imej
Assalamualaikum.. Salam hujung minggu semua.. Hoi hoi.. (dialog sweet dan comel tanda persahabatan dalam drama Korea, My Girlfriend Is Gumiho.. Ngee..) Sedar tak sedar, dah hari ketiga aku berada di Melaka bersama keluarga tercinta, rasa malas sungguh mahu pulang Isnin ini.. Bila balik, ada mak ada abah, ada adik-adik, buat aku lupa pada apa yang selalu aku teringat-ingat.. Susah juga kan kalau asyik duduk mengingat.. Haha.. Kesimpulannya, aku dah ambil keputusan, dah tak nak mengingat.. Maaf, andai nanti aku dah terlupa dan tak ingat.. Huuuu.. Hamboi haish haish.. Feeling feeling pulek.. Jom balik pada sari cerita utama, petua nak jadi kakak dan abang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. Bagi mereka yang bukan seorang abang juga kakak, turn anda nantilah ya.. Aku carikan tips lain.. Ekeke.. =p Kepulangan kali ini, sebagai Along, aku berbaik hatilah nak gembirakan perut adik-adik aku.. Haaa.. Bukan senang okey aku nak gembirakan perut orang.. Request sahabat-sahabat di Ipo...

Sesiapa Yang Agak-Agak Simpan Impian Inginkan Anak Kembar.. Mungkinkah Ada Rahsia Di Sebaliknya?

Imej
Assalamualaikum.. Kembali lagi aku untuk merapu.. Malam semalam dah sibuk cerita pasal wang hantaran jatuh, hari ini nak cerita pula pasal anak.. Advance kan? Gadis bujang berusia 23 tahun ini, yang masih pada status single dan belum berkahwin mampu bercerita realiti alam perkahwinan.. Wow!! Gatalnya!! Ekeke.. =p Dah hampir 5 tahun harung hidup bersama.. Rakan-rakan aku tak ada seorang pun yang tak tahu impian-impian aku.. Sebab aku memang jenis suka bercerita dan meluah rasa.. Impian pertama nak kahwin umur 24.. Hah!! Yang itu malas nak ulas sebab sebulan saja lagi dah nak jejak 24.. Kena tukar impianlah barangkali.. Haha.. Impian yang kedua, atas atas.. Tajuk entry.. Haha.. Impian nak ada kembar yang aku pasang dah lama, masa aku sekolah menengah lagi barangkali, bila aku tengok makcik aku lahirkan anak kembar lelaki.. Mula dari saat itu, impian bila dah berumah bertangga, nak ada anak kembar.. Atas sebab keprihatinan rakan-rakan yang ingin bantu aku merealisasikan impian tersebut, b...

Wang Hantaran Dah Jatuh

Imej
Assalamualaikum.. Malam semua rakyat bumi yang dikasihi.. Ngee.. Budget macam datang dari planet luar saja.. Ekeke.. Selamat sampai ke Melaka tepat jam 5 petang tadi.. Haaa.. Cerita pasal wang hantaran.. Wang hantaran siapa yang jatuh? Dah macam Year End Sale.. Diskaunlah sikit lebih kurang.. Hoho.. Balik tadi terus ke Klinik Gigi.. Dalam klinik ada 3 orang kanak-kanak kecil yang semuanya datang untuk mencabut gigi susu mereka.. Dan tak dilupakan seorang nenek yang juga datang untuk mencabut gigi sebab nenek nak pasang gigi palsu katanya.. Aku? Satu-satunya gadis sunti yang comel berusia 23 hampir nak masuk 24.. Mana entah nak letak muka, sebab keluar-keluar setiap pasang mata semua memandang.. Bukanlah sebab cantik ke apa, tapi sebab si gadis berusia 23 ini juga berbubuh kapas di dalam mulutnya.. Cabut gigi juga??? Duh!!! Segannya.. Rasa macam nak buang kapas masa dan tika itu juga.. Tak pun, kasi telan saja kapas itu.. Haha.. Atas sebab-sebab yang nak elak pun tak boleh nak dielak da...

First Impression: Ikut Suka Hati Anda Bagaimana Anda Nak Fikir..

Imej
Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Going back to Melaka Bandaraya Bersejarah tengahari nanti.. Weehoo!! Jom jom aku nak kongsi dengan semua perihal first impression.. Adakah first impression ini gila penting? Amat penting? Penting? Bolehlah? Atau tak adalah penting sangat? Lain orang lain pemikirannya.. Tak ada orang yang salah tak ada orang yang betul selagi di sebalik setiap penjelasan itu ada logiknya dan ada benarnya.. Betul tak? =) Sebelum mulakan apa-apa.. Elok kiranya aku ceritakan 3 situasi yang lain dan berbeza supaya kita dapat gambaran yang jelas tentang apa itu first impression.. Seperti dialog dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, CECITER CECITER.. Wakaka.. =p * * * * * * * * * * Situasi 1 Dalam satu gathering blogger, tersebutlah seorang blogger yang dalam blog memang banyak bicaranya, cerita-cerita dia jiwang sesaja.. First impression orang ingat dia gila-gila banyak mulut banyak kata.. Jumpa-jumpa? Diam seribu bahasa, pemalu tak usah kata.. Cuma senyum lebar saja.. Fir...

Kanak-Kanak Itu Ajar Bagaimana Mahu Berkasih Sayang

Imej
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang di hulur untuk semua.. Dua tiga menjak, tak ada nafsu mencoret entry, rasa nak amukan saja, keadaan memang tak mengizinkan.. Sakit kepala dah berlarutan, demam kejap ada kejap kebah, puncanya bukanlah sebab cuaca.. Tapi rupanya gigi aku.. Hoh.. Dah 2 papan Paracetamol aku telan selama seminggu hanya kerana nak hilangkan rasa sakit.. Rasa sakit putus cinta pun tak begini kot.. Hoh!! Lusa balik Melaka.. Mahu jumpa doktor gigi.. Eh.. Panjang betul mukadimah entry ya.. Haha.. Meh sebelum tidur nak cerita satu kisah yang aku dengar dari seorang sahabat terdekat.. Kisah kanak-kanak zaman sekarang.. =) Kanak-kanak dulu, kanak-kanak sekarang, banyak dah beza dari segi pemikiran.. Maju jauh ke hadapan.. Tapi satu tak boleh dinafikan, kanak-kanak itu putih suci bersih, minda mereka macam kain putih.. Ya tak? Kisah seorang kanak-kanak.. Usia barangkali dalam 4 atau 5 tahun.. Adik ini ada tabiat ataupun rutin harian yang sangatlah sweet.. Sebelum masuk tidur, a...

What Is The Best Part In Me

Imej
"Best In Me" From the moment I met you I just knew you'd be mine You touched my hand And I knew that this was gonna be our time I don't ever wanna lose this feeling I don't wanna spend a moment apart 'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do That's why I'm by your side, and that's why I love you Every day that I'm here with you I know that it feels right And I've just got to be near you every day and every night And you know that we belong together It just had to be you and me 'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do That's why I'm by your side, and that's why I love you And you know that we belong together, It just had to be you and me 'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do That's why I'm by your side 'Cos you bring out the best in me, like no-one else can do That's why I'm by your side, and that's why I love you 'Cos you bring out the be...

Penguin: Nak Atau Tidak?

Imej
Assalamualaikum.. Apa macam bola? Seronok tonton? Heee.. Dah habis tonton, sorak sana sorak sini, jom lepak santai baca telenovela di hujung minggu.. Weeee.. =) Ini bukan adaptasi dari sebarang cerita Korea, hanyalah snapshot dari drama Secret Garden sahaja.. Dialog yang dicipta adalah adaptasi dari sebuah gambar kartun versi English.. Tapi yang ini, dibahasa Melayukan.. Ingin berkongsi, moga gembira dan ceria semuanya.. Weeee.. =) * * * * * * * * * * Scene 1 Gadis: Awak tahu tak, penguin bila bertemu dengan pasangan penguinnya yang tepat, penguin itu akan hidup bersama dengan pasangannya itu FOR THE REST OF ITS LIFE.. Scene 2 Jejaka: ... *memandang dengan satu pandangan sukar ditafsirkan* Scene 3 Gadis: *membisu* Jejaka: *terus membisu* Scene 4 Jejaka bangun dan memandang wajah gadis.. Dan bersuara.. "SUDI TAK AWAK JADI PENGUIN SAYA?" Scene 5 Si gadis terpaku terpana ternganga.. Apo nak dikato??? * * * * * * * * * * Selamat malam semua.. Jom jadi penguin dan mimpi yang indah...

Ditipu Dan Tertipu.. Bolehkah Kita Pilih?

Imej
Assalamualaikum.. Salam tengahari semua.. 2 hari dah.. Rasa macam dah okey sepenuhnya, kipas atas pasang 5.. Kipas sebelah katil pasang 3.. Di luar sana pula hujan tak berhenti sedari pagi.. Masyuknya sejuk tapi tak menggigil.. Maknanya dah sehat kan? =p Selama dua hari duduk terperuk dalam selimut dengan gigilan melampau sampai sejuk kaki tangan, tak ada mood langsung nak berblogging.. Bila dah lama tak mencoret, nak mula semula, lagilah malas tak terkata.. Banyak yang dah aku fikir.. Dari dulu sampai sekarang.. 1 tahun 10 bulan berblogging (macam tajuk entry lepas pula).. Berapa ramai dah orang yang aku kenal dan jadi sahabat.. Ada yang sangat rapat, ada yang rapat, ada yang sedang-sedang saja, ada yang tenggelam timbul dan tak kurang juga yang hai hai bai bai.. Hoho.. Dunia maya terlalu banyak cabaran kan? Dugaan kecil dugaan besar.. Godaan dari segenap sudut dan ruang.. Dengki pun tak kurang.. Penipuan apatah lagi.. Orang kata, dunia maya ni ALMOST ALWAYS about LIES.. Entah.. Terpu...

1 Tahun 10 Bulan Dah Berlalu

Imej
Assalamualaikum.. Salam 11.45 malam buat semua.. =) Apakah menu pada hari ini ya? Jom tengok.. * * * * * 2 tablet of Paracetamol 650mg three times a day.. 1 tablet of Loratadine 10mg once daily.. Muscle relaxant.. Sepasang stoking.. Sehelai sweater.. Sehelai selimut tebal.. Last but not least segelas susu panas Hi-Goat.. * * * * * Dah lama sangat tak kena benda-benda begini.. Dah 1 tahun 10 bulan rasanya.. 1 tahun 10 bulan yang lalu, ada "kakak baik" jaga.. Tuam dahi, bagi ubat, belikan makanan.. Layanan tip top terbaik.. 2 hari dah kebah.. Kali ini, tak ada ke yang nak TOLONG JAGA sampai kebah? Lalala.. Tak mengapalah.. Kata orang, ianya menghapus dosa.. =) Masuk tidur tapi laptop dibiarkan hidup sampai meletup sebab sedang sibuk memuat turun filem Mujhse Dosti Karoge.. Mahu tonton di hujung minggu.. Walaupun minggu hadapannya ada test.. Keh keh keh.. =p Till here.. Nite peeps.. Love you.. Sleep tight and sweet dream.. Assalamualaikum.. FOOT NOTE: Bahagia pula rasa bila dapa...

Stanza Sepi Sekeping Hati

Imej
Assalamualaikum.. Salam kasih sayang untuk kamu-kamu dari aku.. Entahlah mahu dibilang okey atau enggak.. Malas mahu fikirkan masalah yang menimbun, 2 hari lepas aku melepak menonton wayang.. Gelak sepuas hati melihat telatah Usop penari kebudayaan yang lari dengan membawa kerusi roda.. Diakui lawak-lawaknya macam bodoh, tetapi bolehlah untuk menghilang gundah di hati.. Gundah? Ya.. Ada gundah di hati.. Gulana rasa di jiwa.. Tapi dah dinamakan kehidupan, pasti ada pasang surut, turun dan naik.. Pokoknya, hati, jiwa dan semangat kena kuat.. Elakkanlah dari terjadinya seperti insan ini .. Bagi siapa yang dah menyaksikan "kegilaan" Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti ada mendengar satu lagu yang Awie nyanyi dan humming semasa berjumpa dengan Che Nin di belakang gerai.. Nyanyian dengan suara kecil tapi didengari liriknya seketul-seketul.. Pendek saja bait lirik yang Awie nyanyikan.. "Ku nyanyikan lagu syahdu.. Bila teringatkanmu.. Yang masih bertakhta dihatiku.. Ku nyanyikan l...

Tsunami Diri

Imej
Assalamualaikum.. * * * * * "Luar sana angin menggigit cengkam sampai tulang.. Dalam sini kocak ombak tsunami bikin diri tunggang langgang.. Tersepit antara luar dan dalam.. Ke luar nanti seksa jasad.. Ke dalam nanti seksa jiwa.. * * * * * Bukan satu luahan hati.. Sebab orang yang nak buat luahan hati takkan kata dia nak buat luahan hati.. Muahahaha.. Selamat malam semua.. Mimpi indah.. Assalamualaikum.. =) FOOT NOTE: Mood ke laut, perasaan tunggang terbalik, semangat terbang sana sini, tsunami dalam diri.. Haha.. =p

Teringin Ada Senyuman Menawan.. Apa Kena Mengena Dengan Colgate Sensitive Pro-Relief?

Imej
Assalamualaikum dan salam kasih sayang untuk semua.. Masih lagi dalam mood kasih sayang entry yang lalu, entry yang ramai orang jangkakan kisah sepasang pasangan muda yang hangat bercinta di awal perkahwinan .. Tapi, rupa-rupanya bukan.. Ekeke.. =p Terima kasih tak terhingga pada yang menyukainya.. Can't say anything more.. Aku sendiri seronok menulis kisah dari hati dan akal fikiran sendiri.. Satu idea yang tak dipaksa-paksa.. Sebab pembaca kita boleh baca, apa yang kita tulis datang dari jari atau datang dari hati.. Weeeee.. =) Menyimpang jauh pada tajuk di awal cerita.. Heh.. Comel ke Julia Robert dengan senyuman lebar beliau? Keh keh keh.. Semua orang dah semestinya nak senyuman menawan.. Lagi-lagi golongan gegadis gegurl.. Satu aset untuk nampak memikat.. Aicecece.. Silap niat dah derr.. Tapi yang itulah rasanya aku tak ada.. Haishhhh.. Orang kata, senyuman itu menawan bila boleh senyum nampak gigi.. Dan itulah yang tak termampu aku lakukan.. Pasti ingat dulu-dulu aku pernah t...