Aku Yang Menyayangimu..

~ ENTRY INI UNTUK SEMUA SEMPENA TAHUN BARU.. AGAK PANJANG TAPI MOGA JADI PANDUAN.. ~


Tubuh yang hampir berbulan-bulan terbalut hangat kini digigit kesejukan yang begitu hebat, dari kepala bawa ke kaki.. Ingin membuka dua pasang mata ini tapi terasa sukar sekali.. Suara hiruk pikuk sekeliling menyentuh gegendang telingaku yang lembut ini.. Argghhh!!! Bising sungguh.. Mahu tidur lagi sedikit pun tak boleh.. Tiba-tiba punggung gebu itu ditepuk-tepuk kuat.. "Ouch!! Sakitlah.." Perlahan-lahan mata ini terbuka, tangisan bergema di segenap bilik yang dipenuhi orang-orang dan kebisingan.. Suara-suara desakan, jeritan tadi kini reda.. Kegembiraan dapat ku rasa mengisi segenap dimensi itu.. Aku buka mata seluasnya.. Tubuh yang dimamah kesejukan tadi kini hangat kembali.. Kehangatan dari pelukan seorang insan di sebelahku.. Aku memandangnya, dia merenungku kembali.. Dalam pelukan itu, aku lena dibuai mimpi.. Sebelum mata tertutup, ku lihat ada air mengalir dari sepasang mata itu..





Tiba-tiba ada alunan begitu mendamaikan di telinga kiriku ini, suara seorang lelaki berumur.. Aku buka mata.. Enak sungguh tidurku tadi.. Aku menggeliat, ke kiri dan ke kanan.. Di sana aku lihat wanita yang memelukku tadi masih lagi dalam esak tangisnya.. Ada dua lagi insan lain.. Wanita pertengahan umur dan lelaki tadi.. Suasana aku rasakan begitu tegang.. Perbualan mereka yang hanya mampu aku dengar tapi tak dapat aku faham.. Cuma.. Aku dapat rasakannya.. Ada sesuatu yang begitu menyedihkan..



" Kamu tu masih muda, masih sekolah.. Kita orang susah nak.. Walaupun kamu dah menconteng arang ke muka mak, tetap juga mak terima kamu sebab kamu anak mak.. Tolonglah sekali ni, dengar cakap mak.."


Sedu sedan wanita tua itu berbicara..


" Lelaki yang kamu cintakan sangat tu, yang kamu agungkan bagai nak rak, mana dia? Hilang macam tu aje lepas dah rosakkan kamu.. Mak dengan bapak juga yang jaga kamu.."


Lelaki tadi menyampuk.. " Bapak kalau ikutkan hati, bapak dah tak mampu bertahan lepas apa yang kamu dah buat pada keluarga kita, bapak hilang semangat bapak.."


" Bapak bagi pelajaran pada kamu, dunia akhirat, cukup.. Bapak ajar kamu jadi manusia, kamu nak juga ikut jalan syaitan.. Bapak kecewa, tapi tetap juga bapak sayangkan kamu.."


Wanita yang memelukku itu menangis.. Makin kuat.. Makin kuat.. " Saya tahu saya salah.. Maafkan saya bapak, emak.. Tapi, Hairi.."


" Kamu masih sekolah, adik beradik kamu semua masih kecil.. Kita tak mampu nak jaga Hairi nak.. Redhakan saja dia pergi.. Keluarga Encik itu orang baik-baik.." kata wanita tua itu..


" Mak yakin Hairi akan diasuh macam anak mereka sendiri.. Hairi tak akan hidup susah.. Masa depan dia lebih terjamin kalau bersama keluarga tu.."


Lelaki tua itu mencelah lagi, kali ini dia juga menangis.. " Bapak pun sayangkan cucu bapak.. Walau siapa pun dia, dia tetap darah daging bapak.. Tapi kamu kena fikirkan masa depan kamu nak.. Itu yang utama sekarang.."


" Mampu ke kamu nak jaga Hairi seorang diri? Bukan mudah jaga seorang bayi.. Tambah lagi kita bukan orang senang nak.. Habiskan sekolah kamu dulu.. sambung belajar, dah kerja, ada simpanan sendiri, masa tu baru kamu boleh jaga Hairi.."


Aku kini dalam pelukan wanita itu.. " Hairi, ibu sayang Hairi sangat-sangat.."




Aku terlena lagi tadi.. Ouh.. Aku begitu suka sekali tidur.. Buka mata.. Kedengaran suara begitu ramai orang.. Tubuhku kini bersarung baju baru.. Dikemas begitu rapi.. Aku wangi.. Ngee.. Mataku melilau mencari wanita itu.. Ingin sekali berada di pelukannya.. Bikin aku tenang saja..


Aku kini didukung oleh seorang wanita.. Wanita lain.. Dia cium pipiku, pelukku dengan erat.. Ada kehangatan terasa tapi tak seperti wanita itu tadi.. Tiba-tiba.. Wanita yang ku damba pelukannya itu menghampiriku.. Kami dikelilingi oleh sebilangan orang.. Aku keliru.. Semuanya sebak.. Ada yang sudah mula mengalirkan air mata.. Wanita di hadapanku ini juga begitu deras sekali air matanya mengalir..




"Ibu.." Tiba-tiba perkataan itu menerjah ingatanku.. Ya.. Dia yang memelukku dengan penuh kehangatan, yang buat ku terlena dalam dakapannya itu adalah Ibu.. Ibu memelukku erat, dakap ku ketat-ketat.. Ibu cium pipiku, kiri dan kanan.. Dahiku, hidungku, bibirku.. Wajah ini basah dengan air mata ibu.. Di telingaku ibu bisikkan, " Ibu sayang Hairi.. Maafkan ibu nak.."


Ibu leraikan dakapannya, dilepaskan aku kepada wanita tadi.. Ibu berpusing, dipapah Mak dan Bapak yang turut berhujan air mata, dengan langkah perlahan, keluar dari bilik itu dengan tangisan yang tak berlagu.. Aku ingin ikut ibu.. Tapi aku tak mampu.. Hanya mata ini saja mampu memandang bayang ibu meninggalkan aku.. Walau apa pun salah ibu, aku tetap sayang ibu.. Rasa ini sememangnya begitu perit dan sedih.. Rasa sebuah perpisahan..



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Malam tahun baru.. Pasti ramai anak muda kita berpesta sana dan sini.. Seakan lupa dunia.. Lupa Allah.. Lupa ibu bapa.. Seronok.. Seronok.. Seronok sahaja dalam fikiran.. Tapi tolonglah.. Jangan lahirkan Hairi.. Atau mungkin kawan-kawan senasib seperti Hairi.. Kurniaan Allah yang pertama kali menghidu udara di muka bumi ini tidak layak merasa peritnya, sedihnya sebuah kehidupan.. Sebuah perpisahan.. Untuk mereka, hanya kasih dan sayang adalah selayaknya..





FOOT NOTE: Hairi bernasib baik.. Bagaimana bayi yang digugurkan? Dibuang merata? Apa yang mereka rasa pasti lagi perit dan seksa daripada Hairi.. Jangan lupa, walau mereka tak mampu berkata berbicara, tapi mereka punya rasa.. Sesekali letakkan diri dalam situasi yang berbeza, mungkin akan mengubah pandangan dan persepsi kita..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.