Kerana KFC.. Aku Di Tag.. Kasihan Fairuz.. Haha..

Assalamualaikum.. Selamat tengahari semua.. Tengahari yang panas begini, aku meluangkan masa sebentar untuk menjengah ke blog rakan-rakanku.. Menapak sahaja di blog Fairuz Selamat, aku lihat aku telah di tag.. Apa? Akukah itu? Fairuz.. Janganlah kerana tak dapat KFC maka saya di tag.. Hahaha.. =p Apa-apa pun aku layan saja.. Jom kita tengok soalan apa yang ditanya..







1. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda..


2. Link/Ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda..


Adalah seorang abang, Fairuz namanya.. Orang kata dia artis.. Yeke? Aku kata diva meletops macam ala-ala Nabil juga.. Hak hak hak.. Kan Fairuz kan? Inilah Fairuz Selamat.. (gambar ini aku pinjam daripada Fairuz, thanx Fairuz)






3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya..


- Aku dan familiku sering berpindah-randah kerana pekerjaan ayahku sebagai pensyarah. Aku pernah tinggal di Miri, Sarawak selama 11 tahun, Bangi 2 tahun dan sekarang di Melaka.


- Aku mendapat pendidikan di sekolah Cina sejak dari tadika sehinggalah di tingkatan 2.. Ketika itu pelajar Melayu hanya ada dua orang sahaja..


- UPSR aku telah berjaya mendapat 7A dan satu-satunya pelajar mendapat 7A di sekolah tersebut.. Sampai dapat masuk suratkhabar lagi.. Haha.. Tapi sekarang populariti dah menurun.. Huk huk huk..


- Aku pernah accident ketika di highway dan melakukan aksi drift, nasib baik tiada kereta datang ketika itu, jika tidak aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada diriku.. Syukur alhamdulillah..


- Hobi aku.. Aku suka kumpul movie, Hindustan, Korea.. Ratu air mata, akulah itu.. Tidak sah kalau menonton cerita-cerita ini kalau aku tidak menangis.. Haha..


- Aku juga suka memasak.. Setakat ini aku pernah menjamu kawan-kawanku bihun putih, Tom Yam, masak lemak cili api, ayam goreng berempah.. Aku tidak tahulah apa rasanya.. Samada disukai atau tidak.. Tapi layan sahaja.. Haha..


- Adoi.. Baru nak masuk 7.. Apa lagi.. Aku pernah mendapat tawaran menyambung pelajaran di UKM, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu dalam jurusan Audiologi.. Sekejap sahaja aku di sana.. Seminggu lepas orientasi aku cabut.. Haha.. Nak tau sebab apa? Sebab rupanya kampus itu terletak di Kuala Lumpur, dekat dengan Chow Kit.. Dan aku memang tidak suka dan tidak gemar untuk tinggal di situ.. Aarrgghh.. Aku tak boleh terima.. Macam budak-budak kan?


- Aku pernah menuntut di Pusat Asasi Sains UM.. Bukan sebab apa aku ingin ceritakan di sini, cuma dalam sepanjang hidup aku, kenangan di PASUM yang paling aku ingat dan kalau diberi peluang aku ingin kembali semula ke sana.. Rindunya kat Kolej 11.. Rindu banget..


- G8 Smart adalah geng-geng aku dan aku sayang gila mereka.. Heehee.. =)


- Aku rasa aku dah.. Hurrmmm.. ???


4. Anda perlu memilih 6 orang penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda..



Aku hadiahkan pada semua.. Jadi pada semua yang ingin mengambilnya, silalah ambil dengan tag sekali ya.. Satu pakej okey.. Haha.. Till then.. Tata semua.. =)





Ulasan

Fairuz Selamat berkata…
hahahahaah/...... terkesima.. terpaku..... ahhah
Jgn trkesima.. Jgn terpaku.. Jgn sentap gak.. Trimalah knyataan.. Wawawa.. =p
aNa berkata…
wah..xsgka awk pnh msuk ukm gak..fskb laktu..huhu..tp yela kn tym orentasi je awk ada..so,mnala nk prsn..
Ana.. Haha.. Tau xpa.. Smggu jek orientasi.. Yg saya igt cuma pak kas jewk.. Haha.. =p
starlight berkata…
lorh..x ikhlas ni...nk bg awrd..kene buat tag..x nak la...bg free je x ley ker???
Mamamanja berkata…
ada tag yang lemah tu... award dah cun hehehe
Bee.. Akak.. Buleh nk amek award jewk.. Sy mmahami prasaan mnjwab tag.. Hak hak hak.. Amek jek.. Jgn sogan2 dgn eden.. Org dah bg kat kite, kita share dgn sume..

*trigt ada org ckp, mak de kata jgn mkn sorang2..*
joegrimjow berkata…
adew sowang kawan
name die fairuz rahim
pompuan
Joegrimjow.. Maknanya? Kat FSKB ke? Huuhuu.. Anyway, thanx sbb singgah sini.. =)
starlight berkata…
yer ker bg free ni??hoho..thx k..6t b blanjer CFC..bkn KFC...california fried chicken..sodappp~pssst:jgn mkn sorg...
.:dura:. berkata…
Aku ambik award jer..tp aku xbt tag ok..hehe..sbb aku mls..ehuhu...lalala...
pal7 berkata…
wow..
upsr 7A?..
pergh..pal dapat sket jek..huhu
Pal.. Dpt sket jek tu bape? 10A? Huhu.. Bese2 aje laa pal.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?