Mission Possible? Mission Impossible?





MISSION: IN SEARCH OF FOLLOWERS


TARGET: 50 FOLLOWERS


TIME FRAME: 1 MONTH (15 APRIL 2009 - 15 MAY 2009)



Assalamualaikum dan selamat malam ku hulur buat insan-insan yang sedang setia menyelusuri setiap isi kandungan blogku ini.. Untuk kali ini aku ingin buat sesuatu yang lain dari yang lain.. Haha..


Well, let us begin with Bismillah.. First of all, I would like to thank those people who always take a few times of their busy schedule just to have a glance at my blog.. Thanks a lot.. =)


Malam ini, sedang aku sibuk mengupdate blog aku ini, dengan tak semena-mena aku terfikirkan untuk mencabar diriku sendiri.. Aku ingin mencari 50 orang followers dalam jangka masa 1 bulan.. Apa pendapat kalian? Whether it will be a mission possible OR mission impossible, semuanya ada di tangan aku dan kalian di luar sana..


Dalam drama Melayu ada menyebut, no pain, no gain.. Sesuatu yang datangnya senang itu, senang juga perginya, sesuatu yang susah datang itu pula susah juga perginya nanti.. Mesti kalian semua pening memikirkan kaitannya dengan cabaran aku kan? Haha..


Pada pandangan aku, untuk mencari followers untuk blog aku ini, orang perlulah suka pada isi kandungannya.. Jadi, sudah menjadi tanggungjawab aku untuk memantapkan lagi isi kandungannya.. Maka atas sebab itu, aku akan berusaha, berkorban (ayat tak boleh tahan) demi untuk memberikan kepuasan yang 200% kepada pembaca blog aku ini.. (tapi boleh ke? takut aku dengar ayat aku sendiri.. haha..) Well, as I told you, no pain no gain..


Followers yang betul-betul setia bukan senang untuk kita cari but once kita dapat followers yang betul-betul menyukai hasil tulisan kita, pasti dia akan mengikuti blog kita sampai bila-bila.. Hehe.. Apa pandangan kalian? Jadi wahai rakan dan taulan, please support me physically and mentally.. Bantu aku memakmurkan blog ini ya..


Terima kasih semua.. Selepas sebulan mari kita lihat apa keputusannya.. Jeng jeng jeng.. =)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.