Debaran Hari Bahagiaku.. Jemputan Untuk Semua.. =)
Assalamualaikum semua.. Malam ini aku sungguh bahagia dan gembira sekali dan di kala ini juga aku ingin kongsikan bersama kalian agar kalian juga merasa sedikit bahagia yang aku rasa ketika ini.. Heehee..
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang hari bahagiaku.. Banyak persiapan yang aku kira sudah hampir siap.. Tempahan baju pengantin, pelamin, mak andam, hantaran dan macam-macam lagi.. Aku begitu teruja sekali menanti kedatangan hari bahagia itu.. Kad jemputan juga sudah mula aku edarkan.. Kepada pembaca-pembaca blogku, silalah tinggalkan alamat anda supaya aku boleh poskan kad jemputan itu.. Aku ingin meraikan hari bahagia ini bersama dengan kalian semua.. Tanpa kalian nanti, mungkin majlis aku tidak akan semeriah seperti blogku ini.. =)
Apa? Kalian semua tertanya-tanya siapa gerangan orangnya yang berjaya menambat hatiku? Haha.. Si dia, insan yang amat aku cinta, yang amat aku kasihi dengan setulus hati, jiwa dan ragaku.. Si dia yang berjaya menambat hatiku dengan sikapnya yang bersahaja, yang sentiasa tersenyum padaku walau dirinya dilanda masalah, si dia yang sering menemani hari-hariku, yang sentiasa memberi aku semangat dan kata-kata dorongan agar aku dapat berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang aku ceburi ini walau kami dari dua dunia yang berbeza.. Aku bahagia mengenalinya.. =)
Cukup sudah bercerita mengenai si dia.. Kalian akan ketahui juga gerangan insan yang akan aku habiskan sepanjang hidupku bersamanya.. Tunggu sahaja kedatangan kad jemputan aku ya.. Walaupun masing-masing sibuk dengan pelajaran masing-masing, namun kami tetap cuba untuk meluangkan masa untuk menyediakan persiapan hari bahagia kami.. Takkanlah semuanya ingin diharapkan pada emak dan ayah kami pula.. Haha..
Pada mulanya aku inginkan tema perkahwinan beach wedding, sebab itu memang impianku dari kecil lagi.. Namun si dia katakan padaku, "Kalau tsunami nanti macam mana? Saya tahu awak tak reti berenang.." Si dia memang begitu, ada sahaja lagaknya yang membuat aku tertawa.. Tak mengapalah, aku ikutkan sahaja kehendaknya, yang penting benda wajib didahulukan.. Yang paling penting juga kami bersama, berdua, sentiasa..
Bukan itu sahaja, malah soal memilih baju pengantin juga kami tidak sependapat.. Si dia inginkan warna biru putih seperti persandingan Khai dan Rosma.. Aku pula inginkan warna hijau.. Oh tidak.. Pening kepala memikirkannya.. Dua-dua sekali boleh kan? Haha.. Anyway, just wait and see.. Do come to my wedding friends, we will see, the blue guy wins or the victory goes to the green girl.. =)
Kalau diikutkan hati, banyak lagi yang ingin aku ceritakan, tapi sampai esok pun belum tentu habis.. Apa-apa pun, aku akan updatekan sedikit sebanyak cerita tentang perjalanan persiapan hari bahagiaku dari semasa ke semasa.. Sabar ya kawan-kawan.. =)
FOOT NOTE: Makluman untuk semua kawan-kawan yang tersayang.. Entry ini adalah entry yang akan ditulis pada 2 tahun akan datang.. Hahaha.. Well, aku cuma sedang praktis tentang apa yang patut aku tulis dalam masa 2 tahun akan datang apabila menjelangnya hari bahagiaku.. People said, practice makes perfect.. Jangan marah kawan-kawan.. Hanya untuk hiburan tanganku dan jamuan mata kalian.. Heehee.. =)
*ini adalah imaginasi kanak-kanak berumur 22 tahun, jika ada kesilapan, mengguris hati, perasaan, jiwa, raga dan bakul, harap dimaafkan.. Smile.. =)*

Ulasan
ingtkn btl2 td..
wat suspen jewk..
haha
sib baik jauh... kalo dekat dah kena sekeh paler tu... :P
Kak zuraiwan.. Tu propa jek.. Bkn btol2 pn.. Haha.. =p
Akak mamamanja.. Hak hak hak.. Maap, ni la namanya org da xde keje.. Haha.. =p
~tapi tangan nie mmg gatal nk buka blogmu...wahh..x sabar nk tunggu 2 thn lagi....baju pengantin kaler ijau tue cantik...ok nk p buat keja dh!!
Dek ooo dek pelan2lah kayuh...alah
2 thn tu cam 2 hari jek..kahhh berdekah3 gelak
Guling2 ni haaa...hehehehe
Sian adek akk sorang ni..x dapek nak nolong haihhh
Nabila.. Ni gurauana smata je dik, tiada kene mngena dgn yg idup dn yg takde.. Haha..
Encik Zaffril.. Atas tasik? Ok je kalo u nk sponsor lake wedding i nti.. Heehee.. =p
Kak gie.. Doakan 2 tahun tu dipendekkan yek.. Jd setaun ke.. Sbulan ke.. Hak hak hak.. =p
da agak da
seb bek ta bace dulu
straight je daku scroll ke bwh
kalo tak mesty tetipu
haha !
;D
xsaba dah dia nih..hehe