Isteri VS Girlfriend

Assalamualaikum.. Tengahari yang panas di Melaka.. Fuh.. Kebetulan juga aku baru selesai membaca artikel yang panas isunya, PERBEZAAN ANTARA ISTERI DAN GIRLFRIEND PADA PANDANGAN SEORANG SUAMI.. Haha.. Jadi apa kata aku kongsikan dengan kalian untuk kita fikirkan bersama di samping bergelak ketawa.. Ketawa, ketawa juga.. Tetapi, fikirlah..(petikan dari Majalah Mastika)







1) Isteri macam TV, girlfriend macam handphone. Di rumah tengok TV, pergi ke luar bawa handphone.


2) Tak ada duit jual TV. Ada duit, beli handphone baru.


3) Kadang-kadang seronok tengok TV, tapi selalunya banyak masa habis main handphone..









4) TV percuma sepanjang hayat, tetapi handphone kalau tak bayar servis line talian akan ditamatkan serta merta.


5) TV saiznya besar, berat dan buruk, tetapi handphone cute, comel, ramping dan boleh dibawa kemana-mana, bila-bila masa sahaja.


6) Kos penyelenggaraan Tv murah saja, lagipun jarang rosak, tapi handphone mak oiii.. Mahalnya.. Selalu meragam pula tu..







7) Yang sadisnya, TV ada remote control, tapi handphone tak ada..


8) Cuma satu saja kelebihan TV, tak ada virus. Tapi handphone, sekali kena virus habislah..


9) Jadi jangan pening kepala, pilihlah TV anda, kalau boleh TV plasma.. Kuang kuang kuang..



~ Namun, pada pandangan aku sebagai wanita.. Oh lelaki.. Tak salah cari handphone, tetapi kalau boleh, handphone itu biarlah yang ada fungsi untuk menonton TV.. Bukankah senang begitu??? Maksud aku, kalau nak couple, kalau boleh pasangan itu biarlah yang satu dan terakhir, yang mampu jadi handphone dan TV.. Heehee.. Tapi itu cuma pandangan hamba yang hina dina ini.. Pandangan anda pula? ~

Ulasan

abangfaizul berkata…
assalamualaikum... thanks sudi singgah blog kite... awak duk kolej mane? kite kat 9th, budak pendidikan... cantik blog awak... add ym kite k... zulmontel_kemamang
Waalaikumsalam.. Sama2.. Thanx gak sbb jenguk2 sy kat sini.. Heehee.. =)

Takde laa cantik mane pn, baru blaja lg nie.. Huhu.. Sy study kat ipoh.. Amik course under UM, mcm program francais laa.. Huhu.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.