Assalamualaikum. Okay, first of all, pictures attached in this post are taken from Google, credit to the respected site. Atas sebab tidak mahu blog ini terus tercungap-cungap, ibarat nyawa-nyawa ikan sebab jarang ada post baru, jadi aku ambil keputusan untuk kongsikan pengalaman menjalani MRI di Hospital Melaka pada hari ini, 1 Julai 2013. Temujanji aku adalah pada pukul 2 petang tapi dah menjadi kebiasaan untuk aku datang lebih awal 10 minit untuk apa juga temujanji. Prinsip yang terbaik kita pegang, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. Berdebar tak usah dikatalah, sepanjang jalan menuju ke MRI suite memang hati berdebar memanjang. Setelah selesai pendaftaran, aku diberikan baju hospital untuk ditukar. Segala macam peralatan besi yang ada pada badan perlulah ditanggal kerana seperti yang aku tulis di atas, ianya adalah gua MAGNET. Sebelum menjalani MRI juga ada checklist yang perlu ditanya kepada pesakit contohnya seperti pernah menjalani pembedahan memas...
Ulasan
nape plak sedey?..
cter kat pal k..