Faizul Dan Fairuz.. Double Tag.. =)

Assalamualaikum semua.. Aku baru sahaja pulang dari menonton wayang, cerita seram dari Thailand, Coming Soon tajuknya.. Oh.. Sungguh hampeh sekali ceritanya.. Nasib baik malam ini Lady's Day, RM 6 sahaja.. Haha.. Baiklah, back to the story, entry kali ini sekali lagi tentang tag.. Tag oh tag..


1. Nyatakan siapa yang telah mengetag anda..


Aduh.. Terkejut yang amat.. Aku ditag.. Sebanyak DUA kali, soalan yang sama.. Orang yang berbeza.. Haha.. Faizul dan Fairuz.. Dua orang mamat macho yang berdarah seni.. =)


2. Letakkan gambar anda di zaman kanak-kanak yang paling anda suka.. Sebanyak yang anda suka dan nyatakan umur anda di dalam foto itu..







Siapa tu? Comel sungguh.. Haha.. Masa itu umur aku 1 tahun rasanya..





Baru mula belajar mengaji Quran.. Umur time tu 4 tahun..





Pertandingan syarahan yang aku masuk.. Umur time tu 8 tahun.. Kecil sahaja..



3. Senaraikan LIMA kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)


- Ketika umurku 4 tahun aku pernah menggunting rambutku sendiri.. Rupanya seperti ditebuk tikus.. Habis semua rambut hadapanku.. Haha.. Ketika itu mak aku mengejar aku sampai ke rumah nenek dengan rotan di tangan..


- Waktu bulan puasa, aku sahaja budak Melayu di tadika ketika itu, umurku baru sahaja mencecah 5 tahun ketika aku mela berpuasa.. Penatnya memang tak dapat dibayangkan.. Sampai aku tertidur di ruang tengah yang digunakan untuk mengajar.. Cikgu tidak sampai hati untuk mengejutkan aku, tetapi mereka tetap meneruskan pembelajaran.. Aku tidur di tengah-tengah dunia sambil dikelilingi rakan-rakanku..


- Sewaktu di sekolah rendah, dek kerana umur pun baru sahaja 8 tahun, aku dan rakanku, seorang lelaki, bergaduh dengan menggunakan penyapu hanya kerana berebutkan jawatan ketua darjah.. Haha.. Oh.. So childish..


- Umur 8 tahun juga aku sudah dibawa oleh ayahku ke gelanggang tenis untuk belajar tenis dengan seorang couch.. Masa inilah berkenalan denga seorang abang comel.. Heehee.. Cinta monyet katakan.. Hari-hari aku akan mendapat bunga raya yang dibalut dalam kertas.. Haha.. Kenapalah bunga raya ya?


- Sewaktu sekolah rendah, aku sangat aktif dalam pertandingan syarahan.. Setiap kali jika mewakili sekolah dan pergi ke sekolah lain, semua mata akan memandang aku dengan pandangan pelik.. Maklumlah, aku budak Melayu.. Tetapi bila sahaja aku buka mulut dan mula bersyarah, semuanya tunduk dan terdiam.. Setelah selesai, aku mendapat tepukan yang sangat gemuruh.. Itu saat yang paling aku tidak dapat lupakan.. =)


4. Apa nama panggilan anda semasa kecil..

Orang kampung semua panggil aku Ana.. Keluargaku yang terdekat ada juga memanggilku debab.. Pada hal masa kecil aku tak adalah debab mana pun sebaliknya bila dah besar pula debab semacam.. Haha.. Terkenan nama debab itu agaknya..


5. Tag 10 kawan blog anda.. Pastikan mereka jawab.. =)



- Kak Gieyana yang comel loteh.. Heehee..
- Kak El yang hebat tulis novel.. Betul tak kak? Hee.. =p
- Mamamanja.. Boleh ke tag akak? Haha..
- Dudu.. Aku nak tag kau jugak..
- Wanieweng.. Saya tag awak kawan dudu..
- Encik Zaffril.. Saja nak tengok rupa you time kicik-kicik..
- Nakamura.. Dah habis exam jawablah.. Heehee..
- Frensick SN.. Jawab dik jawab..
- Edan Coba.. Walaupun Faizul dah tag hang, cheq nak tag jugak..
- Azri Sekandar.. Aku tau dia pergi dan belum balik.. Tunggu saja kepulangannya..





** Gambar-gambar di atas adalah ulangan semata-mata kerana aku tiada gambar lain dalam simpanan.. Semuanya di kampung.. Heehee.. =)





Ulasan

mr.syazwan berkata…
comel nyee dia masa kecik2..
hehehe
el berkata…
dek..comei la pic g ngaji tu...hehehe
a'ah mn debab pun ms kecik..kiut jek...ni skrg tmbh kiut lg..hehehe

ms kecik..notti girl eh..siap gaduh pki penyapu..haihhhh...anak sapa lah tu..kahhhh

nota bijik: dek..akk nk jwb tag tu..tpi pic xde..kt kpg..ate cm mn...nak gak tunjuk gmbr ms kecik akk tu...ala2 britney spears gitu..(berdekah3 pasan)..akk jwb lenkali leh..nak balik kpg g amek pic..BLEH????
Gieyana berkata…
Adik ~ comel ker akak erk? perasan plak nnt!huhuhu...Akak x der pic kecik2 ar..dulu org susah x der duit nk beli camera...camni nie? skip bleh x? Zaman sekolah menengah ada ar...
Mamamanja berkata…
ohooo tag zaman kekecik erk?? ada ke pun gambonya ntah ler...
kena amik masa ler nak menjawab nampaknya. nak kena belek2 balik album nih. so tungguuuuuuuuu :)
Akak-akak sekalian.. Blh jewk.. Saya akan tggu walau seribu tahun lg utk mlihat gambar2 akak ktika kicik.. Hak hak hak.. Gmbr skola mnengah pn blh aja.. Heehee.. =p

Mr.Syazwan.. Trima kasih.. Sy mmg comel.. Haha.. =p
starlight berkata…
yes!!!x kene...yeay suke..
pal7 berkata…
comel betul dia mase kecik2 dulu..hehe
Pal.. Puji ikhlas ke? Hana nk tggu pal plak jwab tag ni.. Nk tgk comel ke pal kcik2 dulu.. =p
Tanpa Nama berkata…
tomeynya diaaaaa.....

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.