Tag From Gieyana.. =)

Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Setelah pulang sahaja dari kolej, aku terus ke kedai makan, kebulur dek kerana menahan lapar sejak dari tengahari tadi.. Haha.. Selesai sahaja makan, aku pekena ABC pula.. Wah.. Dalam cuaca yang panas sebegini, ABC memang sesuatu yang sangat nikmat.. Haha..


Setelah makan, mata pun mengantuk.. Namun sebelum itu aku ingin melangsaikan hutang tag aku.. Tag ini datangnya dari Gie.. Ini tag kedua aku.. Haha.. Tagnya berbunyi begini..


1) A title of your hobby


Well.. As you can see, that is my hobby.. Collecting VCD.. =)


2) A brief story


Yup.. Mengumpul VCD, DVD, original mahupun pirate.. Haha.. Most of my collection ialah Korean drama and Hindi movie.. Aku cinta gila sama cerita Hindustan.. Haha.. Kalau kalian hendak tahu, gambar di bawah itu cuma 1/4 sahaja daripada koleksi cerita simpanan aku.. Banyak tak? Mak aku cukup bising kerana dia mengatakan membazir sahaja membeli cerita Hindustan, tengok sekali lalu disimpan di dalam almari.. Aku bukan apa, kerana minat aku yang begitu mendalam dan kegilaan aku pada cerita Hindustan, aku tidak kisah untuk membelanjakan RM19.90 sebulan.. (jangan gelak, sebab aku memang minah jiwang berjiwa Hindustan) =p






Koleksi-koleksi cerita kesayangan aku..



Cerita di bawah ini pula cerita yang aku ingin sangat membelinya.. Walaupun ceritanya sudah aku tonton di wayang, tetapi aku tetap dengan tekad dan niat aku untuk membeli cerita-cerita ini.. Heehee.. =)








Selain itu, aku juga sangat gemar mendownload lagu.. Rakan-rakan menggelarkan aku gudang lagu kerana apa sahaja lagu yang mereka minta, semuanya ada.. (tapi jangan minta lagu pelik-pelik) Aku cukup minat pada lagu-lagu Indonesia (bukan pengkhianat bangsa) dan juga lagu-lagu Otai Rock.. Best banget.. Haha.. Jadi sebagai konklusinya, aku ini boleh dikategorikan sebagai semuanya aku rembat.. Haha.. Cerita dan lagu apa-apa pun aku layan.. Asalkan best.. Heehee.. =)


Selesai sudah menjawab tag.. Fuh.. Mencabar betul.. Hak hak hak.. Okeylah, bagi sesiapa yang berminat hendak jawab, dipersilakan.. Hendak suruh aku tag orang balik, memang aku liat.. Haha.. Okey semua, have a pleasant evening.. =)




Ulasan

pal7 berkata…
pal pon minat hindustan..lalala

tom mere priyar ko nehi?..
Haha.. Ayat tu takde dalam kamus hindustan.. Maaf encik pal..=p

Awek hindustan dgr pn lari tau.. =p
starlight berkata…
hoho...boley pinjam niii
Boley2.. Satu jam satu hengget.. Haha.. =p
abangfaizul berkata…
tag tu ape? x tau ni... serious...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.