~ Jiwa Rasa Gelora.. Kasih Pada.. Siapa??? ~

Assalamualaikum..


Pukul 2.43 pagi.. Aku mengiring ke kiri dan ke kanan cuba untuk melelapkan mata.. Namun ternyata sepasang mata ini begitu degil untuk melabuhkan kelopaknya sedangkan ianya sudah begitu layu.. Aku bangkit, menghadap komputer dan memulakan coretan yang aku kira perlu untuk aku luahkan agar malam ini aku dapat tidur dengan tenang..


Apakah sebenarnya yang berlaku dalam diriku ini? Ada gelora dalam jiwaku, yang menyeksa hati dan menyekat mindaku.. Ibarat ombak yang bergelora sebelum datangnya taufan, aku resah, ada sesuatu dalam diriku yang tidak mampu aku ungkapkan, ada sesuatu rasa yang begitu.. INDA
H??? Hmm.. Mana mungkin.. Akalku pantas sahaja menyangkal fikiran nakal itu, tetapi hati ini begitu riang sekali, melonjak kegirangan.. Resah sungguh, perasaan ini begitu menghimpit jiwa, tatkala ini, akal dan hati seolah-olah bersatu memikirkan hanya yang satu itu..








Aku tidak sabar menunggu hari itu.. Hari di mana gelora dalam jiwa ini hilang.. Namun jikalau ianya hilang, aku bagaimana? Hmm.. Teringat aku pada bait lagu JIWA RASA GELORA,
KASIH PADA... SIAPA??? Haha.. Akalku mengakui adanya gelora tetapi menyangkal wujudnya kasih.. Entahlah.. Otakku beku, tiada apa yang aku dapat fikirkan dengan waras di kala ini.. Hmm..







Mataku kian layu dan layu.. Namun resah dan gelora tetap bertandang tanpa dijemput, tidak juga mahu keluar walau disuruh berkali-kali.. Aku cuma berharap, sinaran sang suria pagi esoknya, mampu mengusir jauh rasa yang ada dalam diriku ini.. Tidurlah.. Jika perlu aku paksa mata ini untuk tidur, aku akan lakukan juga. Sesungguhnya aku tidak sabar menunggu sinaran suria esoknya mengusir rasa yang kian bersarang dalam diri ini..


Selamat malam semua.. =)



Ulasan

Mamamanja berkata…
amboi... memalam nak bergelora plak dah erk? :)
Ppb.. Thanx sudi singgah.. =)

Akak MM.. Heehee.. Tu la.. Musim2 cuaca panas ni mlam2 de mmg brgelora.. Ahakz.. =p
el berkata…
dek ...ko ni jiwang betol lah..ada bakat buat nobel kisah cinta ni...

dek..ko gersang ke..kahhhh (dek..akk gurau tenuk je ye..jgn mare)
Kak el.. Tu lah pasai.. Nak kawen takde calon kak oi.. Hak hak hak.. Shhh.. Jgn bg tau org.. =p
pal7 berkata…
hana..
da jatuh cinta ka?..
siapa?..nak tau sapa yang bertuah ni?..hehe
Pal.. Cpat jek eh tangkap mksud entry ni.. Pndai mnganalisa.. Nk kene bg tau ke? Xmo laa.. Segan laa dgn pal.. Heehee.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?