Resepi Maggi Goreng Mudah Serta Cepat Untuk Orang Bujang Yang Malas Masak Dan Nak Jimat Duit


Assalamualaikum.

Amboi amboi amboi. Ewah kemain panjang tajuk dia nak bubuh. Tak boleh panjang lagi ke Cik Farhana? =p

Aku kongsikan entry kali ini atas sebab few keywords yang landing ke blog ini dan mencari RESEPI ORANG BUJANG. Maka, sebagai seorang yang bujang lagi trang tang tang, selayaknya aku berkongsikan satu resepi khas untuk para bujang seperti aku dan kalian semua. Dah sedia? Ewah! =p

Untuk kali ini, aku kongsikan resepi mee goreng. Lain kali jika berkesempatan aku kongsikan resepi-resepi mudah yang lain seperti pencuci mulut dan sebagainya. Nantikan okay. Ewah lagi. Dah macam blog masakan. Kekeke. Orang macam kita tak hebat masak untuk buat blog masakan, jadi kita gunakan sajalah skill apa yang kita ada. Skill survival saja. Makan untuk hidup. =p


Mee goreng ini boleh aku katakan sebagai selera anak kecil. Masa aku kecil-kecil dulu, ketika di Sarawak, makcik jiran sebelah rumah selalu masak mee goreng dan diberikan sedikit kepada kami. Aku memang peminat mee goreng beliau sebab rasanya yang simple tapi sedap. Jadinya, aku rasa orang-orang bujang especially lelaki mungkin tak ada masalah nak terima rasanya yang simple sebab aku dengar-dengar cerita orang kata, bujang-bujang lelaki telan apa saja. =p

Bahannya yang sangat mudah dan boleh dijumpai di dapur rumah anda buatkan resepi ini ada extra point sebagai masakan yang mudah serta cepat. Anda boleh gunakan mee CINTAN tanpa goreng yang ada dijual di pasaraya, seperti gambar di bawah. Ataupun jika anda dah jemu jelak dengan maggi yang anda makan, anda boleh keluarkan mee saja dan buangkan perencahnya.



BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi
2) Bawang Merah Kecil dan Bawang Putih
3) Sos
4) Kicap
5) Lada Hitam Serbuk @ Lada Hitam Biji
6) Udang atau Ayam
7) Garam dan gula secukup rasa
8) Taugeh jika suka

CARA MEMASAK

1) Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih, celurkan mee anda. Jangan terlalu lama, takut nanti terlembik sangat dan hancur bila digoreng.

2) Hiris bawang merah kecil dan bawang putih. Sukatan? Kalau aku gunakan sebungkus mee maggi, aku pakai 2 - 3 biji bawang merah kecil dan 2 ulas bawang putih. Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah dan putih yang kita hiris tadi sehingga kekuningan dan naik bau.

TIPS : Bawang merah kecil bagi aku lebih sedap dan manis jika dibandingkan dengan bawang merah besar. Dan selalunya, aku suka pakai banyak bawang sebab ianya menambahkan manis pada mee yang kita goreng. LAGI BANYAK BAWANG MERAH KECIL LAGI BEST!

3) Masukkan sos cili. Aku main curah saja. Agak-agak. Ikut rasa. Tapi lebih kurang dalam 5 - 6 sudu besar. Masukkan kicap cair. Ini pun agak-agak. Jangan terlalu banyak sebab nanti hitam dan masin. Ikut selera anda.

4) Gaulkan sos dan kicap tadi biar sebati. Masukkan udang atau ayam anda. Aku suka masukkan udang atau ayam dalam mee goreng sebab ianya memaniskan masakan dan tak nampak terlalu bosan. Jika anda rasa terlalu pekat, anda boleh campurkan air sedikit. Sedikit saja okay. Jangan terlalu banyak. Yang penting kelikatan kuah dia masih kekal. Jangan terlalu likat jangan terlalu cair. AGAK-AGAK. ^^

5) Taburkan sedikit lada hitam serbuk. Aku malas nak guna biji sebab malas nak tumbuk. Tapi kalau guna yang biji bagi aku lagi sedap rasanya. Orang kata, rasa dia bangkit. Anggaran dalam setengah sudu kecil.

6) Perisakan dengan garam dan gula ikut selera anda. Akhir sekali masukkan mee yang telah dicelur. Gaul sehingga bahan tumisan tadi kena pada mee anda dengan serata. Taburkan sedikit serbuk lada hitam pada mee untuk memberi kepedasan pada masakan. Sukatan terpulang dan ikut selera anda.

7) Masukkan taugeh sebelum mee diangkat. Kaup balikkan kesemua bahan. Bila dah agak semuanya mesra (tak perlu terlalu lama atas api), tutup api dan bolehlah dihidang.

* * *

MAGGI GORENG VERSI KEDUA

BAHAN-BAHAN (3 Bungkus Maggi)

1) Mee Cintan Tanpa Goreng @ Mee Maggi
2) Bawang besar blend 2 sudu besar
3) Bawang putih blend 1 sudu besar
4) 2 sudu besar cili boh
5) 2 sudu besar sos cili + 1 sudu besar sos tomato
6) 2 sudu besar kicap
7) Udang atau Ayam
8) Garam dan gula secukup rasa
9) Sayur sawi atau taugeh ikut tekak anda

CARA-CARA

1) Tumis bawang besar + putih hingga garing dan naik bau. Masukkan cili boh dan tumis lagi sampai cili garing.

2) Masukkan ayam / udang.

3) Masukkan segala sos dan kicap. Gula dan garam. Ikut anda nak letak air sedikit atau tak. Bergantunglah pada tahap kepekatan bahan yang anda tumis. Kadang aku pakai air, kadang tak.

4) Selepas itu masukkan mee yang telah dicelur tadi bersama sayur. Gaul sampai sebati kesemua bahan. Biarkan beberapa minit dengan api sederhana. Selepas itu api dah boleh tutup. Dan serve.



Mudah serta cepat bukan. Rasanya pun enak. Daripada anda makan maggi goreng yang berperisa artificial, lebih baik anda masak sendiri. Lagi thorbaek!! Jadi inilah dia resepi pertama dari blog Cahaya Yang Riang Gembira untuk para bujang yang malas dan nak jimat belanja tapi nak makanan yang mudah, cepat dan enak. Kekeke.

Untuk menjamu mata melihat makanan yang lebih "high-tech" sedikit, bolehlah ke link di bawah. Ecewah.



Okay. Selamat bersahur untuk semua sebentar lagi. Selamat malam. Assalamualaikum.



Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Haha...yg bujang laki telan apa je tu yg x tahan ayat dia tu.....oit....lidah kami ni mahal tau x...silap rasa bleh demam..kiu kiu kiu...tp mcm best je...letak plak daun bwg dgn telur mata...hu...

Xde ke resepi yg mencabar maruah org bujang yg selalu di cop pemalas?hahahahahaha....biasanya org suka masak ni ht tgh senang..xpun tgh jatuh
cinta...hahahaha...hohoho..gigil2....;-)

throughmyretina
@AnonymousBetul apa. Orang lelaki senang sikit, kebanyakannya tak cerewet. Lagilah yang tengah membujang, asal perut kenyang. Ini pujian tau. Hahaha. :p

Amboi. Nak resepi mencabar maruah. Haha. Nanti saya bagi "RESEPI UNTUK ORANG BUJANG YANG TENGAH RAJIN NAK CUBA MAKANAN YANG MENCABAR" eh. Haha.

Aik. Saya pulak ke yang kena. Entah2 Cik Anonymous yang tengah jatuh cinta kot. Siap gigil-gigil lagi. Gigil-gigil apa tak tahulah. Hahaha.
Tanpa Nama berkata…
Pujian ke....ohh..terharunya sayer....tq..tq...haha..mmg di akui laki ni byk cmtu...tmbah plak yg free...oh...bahagia...

Ok...bring it on...hahahahaha....mana tau bleh cuba...kn?

Xla cik ana...demam...terawih pun xpg mlm td...ni pun xbest ja rasa....haha..tu yg gigil...klau jatuh cnta...hehehe...lama dh xrasa...dh lupa dh cmner rasa jatuh cnta tu...kiu kiu kiu...

Morning sunshine
@Anonymous Haaa. Yang bab free tu memang laju sepantas kilat. Tak dinafikan. Haha.

Takpa. Dah kahwin nanti boleh rasa macam mana jatuh cinta. Yang itu lagi best. Kot. Heee.

Selamat pagi Cik Anonymous. Dan semoga kebah demam tu. Happy working. ^^
el berkata…
ni mcm megi goreng jugak lah
k.el suka taruh teluq..lagi penyedap lau xde ayam dgg tu haha
@el Haah. Sikit lebih kurang ja Kak El. Cuma kadang Maggi Goreng tu ada orang bubuh rencah maggi tu sekali. Hehe. Masakan orang bujang kalau malas nak masak Kak El. Hehe. :)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Biar rasia (dato siti) berkata…
Haha... Lagi mudah nasi bujang... Haha... Gi kedai beli nasi.. Balik rumah masak telur.. Potong timun.. Buat sambal belacan.. Makan... (xyah sambal belacan pun boleh )... Haha lagi mudah beli je kat kedai nasi bujang satu... Haha.. Ke gi 7e pilih je perisa meggi cup yang diminati... Masuk air panas tunggu 2 minit makan... :P tips paling malas dari aku.. Haha... ^_^
Aina berkata…
Basuh dulu kan mee tu? kalau saya guna mee yg warna kuning tu boleh ke? ._.
@Aina Aina. Mee tu macam mee maggi juga, kena celur dalam air panas dulu bagi lembut sikit baru masak. Kiranya dah basuh sekalilah tu bila celur. Hehe.

Mee kuning gemuk tu ke? Mee kuning gemuk tu saya tak pernah masak guna cara ni. Selalu saya masak resepi lain sikit dari ni. Tapi kalau mee warna kuning yang kurus tu memang betullah, sama dengan yang selalu saya guna. :)
Unknown berkata…
salam nurfarhana terima kasih ye wahai tuan empunya blog kerana membuatkan perut dan hati seorang lelaki muda mcm saya yg sedang kelaparan waktu ini dgn mmberi idea utk memasak maggie goreng, terima kasih -shafiq- :).
@SHAFIQ SICKWaalaikumsalam Shafiq. Amboi ayat, perut dan hati gitu. Haha. Ni resepi biasa2 je, simple je. Sama-sama. :)
Unknown berkata…
trima kasey tuan tanah.. utk idea megi goreng nie..
@biawak darat sama2 biawak. idea biasa je tu. kalau tak sedap mana, maaflah ya. heee. selamat menjamu selera. :)
Unknown berkata…
dulu aku pena bukak blog ni, aku rasa cam ngarot je entry ni.... sbb masa tu aku dok ngn fmly.... skng dah dok bujang, baru tahu betapa bergunanya entry ni....hahaha btw time kasih banyak ;-)
@zube ibnu akhlakhen Hahahahahaha. Jujur sebagai tuan blog aku cakap, ikutkan entry ni memang mengarut, bukan blog masakan tapi tulis pasal resepi masak bagai. Sedap pun belum tentu sebenarnya. Haha. Tapi kalau ada orang bujang yang merasakan manfaatnya dengan skill survival ni, aku tumpang gembiralah. Hahahahaha.

Anyway, komen kau really make my day. All the best. And yeah, sama-sama. :)
Unknown berkata…
sedaplahhhh. senang plak tu nk masak.. ssuai sgt utk org bujang mcm i ni.. haha
Tanpa Nama berkata…
resepi yang tiptop..perut yang lapar kini sudah kenyang..thanks yaa for the recipe
Nita Hanita berkata…
Salam singgah...resepi ni bukan untuk org bujang je,anak2 pun suka... t kasih perkongsian resepi ni.anak2 merengek nak makan maggi goreng,bolehlah cuba resepi ni...
Tanpa Nama berkata…
Terima kasih atas perkongsian resepi :)
Tanpa Nama berkata…
Hmm..boleh try ni..macam sodap jo
Tanpa Nama berkata…
Aq x suke bwng
Tanpa Nama berkata…
Sedp nye nmpk..
Kak Maggy berkata…
Nampak je sedap, rasa tu yang kita tak tahu.
Eh. "Tak suka bawang" dengan "Sedapnya nampak" orang sama ke?
:D
Tanpa Nama berkata…
4 bintang pidot bagi. Seruis sedp. Pepagi ni makn tambh teloq pulk memang wow ahh
Tanpa Nama berkata…
Terbaik
Hahahaha. Kalau sedap alhamdulillah. Kalau tak sedap, maaflah. Berjemaah kalian semua datang komen ya. Terima kasihhh. Hoho.
Tanpa Nama berkata…
Mcm best je resepi ni..°_^
Tanpa Nama berkata…
Waa..aq buat maggi x pernah sedap..time qaseh atas resepi yg simple n senang ni.sesuai sngt ngn org malas mcm aq..thanks
ResepiAsia.com berkata…
perut bila dah lapar.. megi jadi cintan.. cintan jadi indomie.. ingomie jadi maameee.. renyuk dan goncang...renyuk dan goncang
.
Resepi Premium Untuk Orang Asia

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?