[Resepi Pemanis Mulut Popular] Cheesekut Oreo Strawberry Riang Gembira

Assalamualaikum.

Salam pagi Rabu semua. Terasa lama tak menambah koleksi resepi yang ada dalam ENTRY YANG INI. Bukannya apa, kita bukanlah tukang masak hebat, jadi kadang terkial-kial juga duduk fikir nak masak apa lagi eh supaya boleh sumbat buat tambah koleksi resepi bujang yang ada. Tapi nan ado idea yang datang.

Cuma semenjak seminggu dua kebelakangan ini, aku dan adik-adik telah ketagih sejenis pemanis mulut yang orang lain dah lama dah ketagih. Pemanis mulut yang dah lama dah popular cuma baru sekarang aku tergerak hati nak buat dan merasa. Pertama sekali sebab aku tak berapa gemar cream cheese, mungkin sebab ada pengalaman buruk dengan cream cheese agaknya. Jadi aku ragu-ragu nak buat masa makanan ini tengah popular suatu ketika dulu. Cuma beberapa minggu sudah, tekak terasa nak makan cheese cake. Beli dekat Secret Recipe Cream Brulee Cheese Cake, sedap tak terkata dan terasa nak lagi dan lagi. Nak beli selalu pokailah kan, jadi timbullah hasrat nak buat CHEESEKUT.


Cumanya tiap kali lepas makan Cheesekut, aku kena bakar pula kalori. Bila tengah makan bukan main euphoria memang tak ingatlah erti penyesalan, tapi bila dah habis makan bersudu-sudu, masa tu nak menyesal tak berguna. Cream cheese dah berkoyan masuk dalam tembolok. Haha.

Pertama kali aku makan, memang aku cakap aku dah jatuh cinta. Rasa seronok, gembira dan macam melayang di udara bila makan pemanis mulut ini. Euphoria orang putih kata. Yang mana perasaan begitu kita selalu rasa bila kita makan coklat. Haa. Samalah perasaannya juga bila makan Cheesekut ini. Seronok dan happy je hati. Bunga-bunga gitu. Haha.

Dah 4 kali aku buat Cheesekut ni dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini, tapi mosttly aku buat CHEESEKUT OREO. CHEESEKUT STRAWBERRY cuma sekali saja aku buat. Kedua-duanya memang terbaik tapi OREO lagi dapat sambutan hangat.


Resepi dia bersepah ada dekat internet. Sama saja semua resepi yang ada, tak banyak beza mana pun. Cuma orang tukar-tukar topping dia. Tapi sebab aku banyak masa terluang, aku taiplah sekali resepi CHEESEKUT RIANG GEMBIRA. Haha.

BAHAN-BAHAN :
Biskut Hup Seng Deluxe Crackers sebungkus
Cream Cheese Philadelphia 250 g
Susu pekat manis 1/4 atau 1/2 tin (ikut tekak anda)
Sebungkus Oreo
Susu segar Dutch Lady

CARA-CARA:

1) Blend Oreo sampai hancur menggunakan blender kering. Ada orang tak suka masukkan krim dia, tapi aku balun blend sekali.
2) Blend cream cheese + susu pekat manis 1/4 tin atau 1/2 tin + susu segar 3 -4 sudu besar (Sukatan susu segar ikut suka anda, masuk sikit-sikit dulu, jangan sampai tekstur cream cheesenya terlalu cair)
4) Sediakan loyang.
5) Biskut Hup Seng Deluxe Crackers dicelup ke dalam susu segar yang ada lebih tadi. Dah celup, susunlah sekeping demi sekeping dalam loyang.
4) Dah siap selapisan, sapukan cream cheese di atasnya rata-rata sampai semuanya diselaputi cream cheese.
5) Taburkan serbuk oreo yang dah diblend.
6) Ulang langkah-langkah di atas selapis demi selapis.
7) Balut dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti ais.
8) Enak dimakan selepas disejukkan semalaman.

* Ada orang suka cream cheese tebal-tebal, ikut suka anda. Maknanya kena tambah lebih sikit cream cheese untuk diblend.

* Untuk strawberry, aku campurkan Hershey's Syrup Strawberry dalam cream cheese yang dah diblend. Lapisan-lapisannya pula aku tabur dengan biskut belanda Strawberry yang dah diblend. Atau boleh juga guna Rocky perisa strawberry.




Dah nama pun cheese, tak bolehlah nak melantak sekaligus berkeping-keping. Makan sikit pun dah cukup. Boleh simpan dalam peti ais, dan makan sehari sekeping. Heee. Dia lebih kurang macam Kek Batik yang gunakan biskut Marie, cuma yang ini guna cream cheese. Apa pun, memang dijamin sedap. Kalau buat bisnes pun menarik juga. Hehe.

Apa pun, selamat mencuba bagi yang belum pernah cuba. Bagi yang dah selalu cuba, buatlah lagi buat untuk minum petang nanti. Kekeke. Have a great day ahead people. Jaga diri semua. Assalamualaikum.







Ulasan

terima kasih untuk resepi ni..nk try buat ni
CikJa berkata…
Cheesekut oreo. Sedap! Tp kalau beli cheesekut rasa buah2 tu kadang terasa pengawet dia jd tak sedap huhu
Tanpa Nama berkata…
hihihi da wat biz pon cheesekut ni
mmg dpt smbutan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T