Resepi Paprik Ayam Yang Riang Bergembira Sebab Mudah Dimasak Dan Enak Dimakan
Assalamualaikum.
Tajuk entry kalau tak pelik tak sah. Memanjang nak enter frame saja nama Cahaya Yang Riang Gembira, dalam resepi pun nak bubuh nama sendiri padahal masakannya terlalu common dan dah terlalu ramai orang yang masak dengan cara dan selera masing-masing. Alah. Apa ada hal.
Sweet tak gambar abang dengan kakak kita dekat bawah? Itu memang dah jadi impian dan fantasi indah bagi pasangan yang dah berkahwin mahupun yang teringin nak kahwin (macam aku). Haha. Tolong menolong di dapur adalah amalan mulia, di samping boleh menjadi pengerat hubungan suami isteri. Okay Farhana, masa belum time lagi ya untuk kau. Sila fokus dulu pada kerjaya, pada mak abah dan pada adik-adik ya.
^^
Kali ini aku kongsikan resepi paprik ayam. Sebab apa resepi ini jadi pilihan, sebab ianya adalah makanan favourite kebanyakan kita masa zaman belajar dulu. Kalau sampai kedai makan, duduk fikir kejap, semalam dah makan sup ayam, kelmarin dah makan tomyam, esok nak makan telur bistik, apa kata hari ini makan paprik. Haaa gitu!! Paprik memang akan sentiasa ada dalam menu sebuah restoran, dan menjadi antara pilihan menu aku sendiri masa zaman belajar dulu. Jom tengok macam mana nak masak, senang je okay kakak abang.
GAMBAR DIAMBIL DI SINI |
BAHAN-BAHAN A :
Dada ayam yang dipotong kecil (selalu aku guna dada ayam bersaiz besar dalam 3 atau 4 ketul)
Bawang besar sebiji dihiris
Bawang putih 3 - 5 ulas diketuk atau dihiris ikut suka tekak anda
Halia 2 inci dihiris
Cili merah dan cili padi (berapa batang terpulang pada toleransi anda terhadap makanan pedas)
Serai 2 - 3 batang diketuk
1 kiub ayam
1 kiub tomyam (ikut suka nak letak atau tak ; dalam 4 kali aku masak sekali saja aku guna)
Daun limau 5 - 6 helai
Sedikit perahan limau kasturi
Garam dan gula secukup rasa
Sayur (baby corn, lobak, kacang panjang, kubis bunga)
BAHAN-BAHAN B : (Ini adalah sos dan boleh dicampurkan semuanya dalam satu mangkuk)
2 - 3 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos ikan
CARA-CARA MASAK :
1) Ayam yang dipotong kecil tadi boleh digaul dengan sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam / kunyit dan digoreng sebentar. Jangan terlalu lama dan garing sangat.
2) Panaskan minyak. Tumis bawang besar + bawang putih + cili padi + serai.
3) Bila agak dah kekuningan dan harum, masukkan sos yang telah dicampurkan tadi + kiub pati ayam seketul + halia yang dihiris.
4) Gaul sebentar dan masukkan air ikut kepekatan yang anda suka. Kalau anda suka pekat, letak secawan kecil air pun cukup. Kalau anda suka berkuah sikit, letak dalam 2 cawan kecil air. Aku selalu letak secawan kecil.
5) Masukkan sayur sebab sayur perlukan masa untuk empuk. Dah agak-agak empuk, masukkan ayam yang digoreng tadi. Kaup balikkan kesemua bahan.
6) Masukkan sedikit perahan air limau kasturi, garam dan gula secukup rasa.
7) Carikkan daun limau ke dalam kuali. Masak lagi sekejap. Sekejap saja, tak perlu lama-lama okay. Dan siap!!! Dan inilah hasilnya.
Kalau nak diikutkan aku bukanlah arif sangat masak, pakai main campak-campak saja. Asal timbul rasanya dan sedap ditekak, jadilah. Heee. Sama juga macam paprik, sebenarnya kali pertama aku cuba nak masak resepi ini, dan bila dah buat sekali, seterusnya dah boleh masak dengan senang pakai teknik campak-campak. Dan sekarang, dah 4 kali aku masak untuk orang dalam rumah ini.
Yang paling mengejutkan, mak aku yang memang susah nak terima resepi baru selain makanan yang selalu dia masak, boleh terima dan suka dengan resepi paprik yang aku masak. Haha. Okay semua, selamat mencuba. Aku pun budak baru belajar lagi, salah silap harap dimaafkan dan dibetulkan.
Salam Isnin semua. Jaga diri. Assalamualaikum.
6) RESEPI KERANG BAKAR BERCILI BERSAMA KUAH KICAP PEDAS
7) RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA
8) LASAGNA YANG TAK BERAPA CUN TAPI BOLEH TAHAN SEDAP
9) RESEPI SARAPAN PAGI MERANGKAP PEMANIS MULUT YANG PELIK
10) RESEPI PAPRIK AYAM YANG RIANG BERGEMBIRA MUDAH DIMASAK SEDAP DIMAKAN
11) PEMANIS MULUT CHEESEKUT OREO / STRAWBERRY RIANG GEMBIRA
12) AISKRIM OREO HOMEMADE
7) RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA
8) LASAGNA YANG TAK BERAPA CUN TAPI BOLEH TAHAN SEDAP
9) RESEPI SARAPAN PAGI MERANGKAP PEMANIS MULUT YANG PELIK
10) RESEPI PAPRIK AYAM YANG RIANG BERGEMBIRA MUDAH DIMASAK SEDAP DIMAKAN
11) PEMANIS MULUT CHEESEKUT OREO / STRAWBERRY RIANG GEMBIRA
12) AISKRIM OREO HOMEMADE
Ulasan
nk kene try ni..
jemput ke blog saye..
http://norzuryati.blogspot.com
~perkongsian ttg kehidupan, anak2, tips kesihatan, kecantikan, tazkirah dll..
Moga bermanfaat :)