Pengaruh Time Lapse Drama Korea My Love From The Stars

Assalamualaikum.

My Love From The Stars dah selamat masuk dalam peti harta karun selepas aku tamat menonton kesemua 21 episod dalam masa 4 hari. Cerita yang unik, best dan sangat menghiburkan. Standing ovation untuk Gianna Jun Ji Hyun, memang aktres berkebolehan dan sangat talented. Mungkin sebab itu dia amat jarang membintangi drama dan lebih popular menerusi filem seperti My Sassy Girl, Windstruck, The Thieves, The Berlin File dan banyak lagi filem lain.

Aku boleh kata dalam banyak pelakon wanita Korea, dia memang kategori top A list actress. Walaupun perangai dia punyalah buruk dalam drama ini, dia tetap akan buat kau suka dekat dia. That's her charm. Overall drama My Love From The Stars adalah comel, menghiburkan, sweet. Walaupun happy ending tapi aku tak berapa berkenan sikitlah dengan ending dia. 





Yang aku nak sangat kongsikan dalam entry kali ini adalah tentang TIME-LAPSE PHOTOGRAPHY. Aku bukannya seorang photographer apatah lagi seorang yang pakar dalam bidang fotografi tapi aku pernah tengok koleksi TIME LAPSE SHOOT beberapa photographer dalam Instagram dan ianya buat aku teringin sangat nak mencuba untuk shoot.

Dan kalau anda tonton drama My Love From The Stars, anda boleh lihat beberapa TIME LAPSE SHOOT yang terdapat dalam drama ini, dan ianya sangat awesome. Dek kerana pengaruh time lapse dalam drama ini dan lepas membelek koleksi time lapse yang ada di Youtube, aku boleh kata yang aku dah jatuh cinta. Nak mula belajar secepat yang mungkin, tambah lagi satu skill baru. Jom aku kongsikan antara time lapse yang ada di Youtube.

Selamat menonton. Assalamualaikum.









Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?