This Is "My Generasi", My Story
Assalamualaikum.
Salam pagi Isnin dan salam sayang untuk anda-anda semua. Semoga tidak dalam blues di pagi Isnin ya. Sebenarnya entry pagi ini nak bawa anda semua kembali ke masa silam, ke zaman kanak-kanak Ribena, dalam berbelas-belas tahun yang lepas. Eh, ke berpuluh-puluh? Haha.
Sebenarnya video MY GENERASI dari JinnyBoyTV ini telah diupload beberapa tahun yang sudah, tapi dek kerana ianya sentiasa di share maka ianya sentiasa hidup. Malah dengan menontonnya pun dapat hidupkan kembali memori zaman kanak-kanak kita semua. Terutama sekali mereka yang lahir dalam lingkungan 1980an.
This is us people!! This is, US!!!
:)
Salam pagi Isnin dan salam sayang untuk anda-anda semua. Semoga tidak dalam blues di pagi Isnin ya. Sebenarnya entry pagi ini nak bawa anda semua kembali ke masa silam, ke zaman kanak-kanak Ribena, dalam berbelas-belas tahun yang lepas. Eh, ke berpuluh-puluh? Haha.
Sebenarnya video MY GENERASI dari JinnyBoyTV ini telah diupload beberapa tahun yang sudah, tapi dek kerana ianya sentiasa di share maka ianya sentiasa hidup. Malah dengan menontonnya pun dapat hidupkan kembali memori zaman kanak-kanak kita semua. Terutama sekali mereka yang lahir dalam lingkungan 1980an.
This is us people!! This is, US!!!
:)
Itu semua himpunan momen, permainan dan keadaan keliling kita di waktu itu, di zaman kita. Yang mana jika nak dibandingkan dengan sekarang memang dah banyak sangat bezanya. Contohnya macam permainan zeropoint. Ini permainan kegemaran budak-budak perempuan, ini adalah lambang kehormatan di saat itu.
Sekolah sesi pagi sibuk bermain pemadam. Bawa pemadam ke sekolah sampai cecah 10 biji, kadang balik, ada rezeki, lebihlah pemadam di bawa balik, kalau nasib tak baik, habis semua pemadam. Haha. Pembaziran kan beli banyak-banyak pemadam? Dan bila ke sekolah agama di sesi petang, zeropoint pula yang jadi kegilaan.
Masa itu aku sanggup tak makan waktu rehat sebab nak kumpul duit beli getah sampai 2, 3 bungkus besar. Sebab aku suka buat getah zeropoint dengan menggunakan 4 ke 5 getah segelung. Paling maksimum aku guna 6. Kalau rezeki tak ada ketika itu, paling minimum pun 2 getah segelung. Itu pun tak masyuk sangat main. Sebab bila dah habis level atas kepala, kau kena lalu lagi satu level yang mana dua orang yang pegang getah zeropoint tadi akan hayun getah sekuat yang boleh dari atas bawah atas bawah.
Kalau guna banyak getah dalam segelung, bila dihayun atas bawah lebih terasa sakit. Itu baru best! Haha. Dan kalau kena opponent yang suka hayun laju dan kuat, memang terketarlah kaki nak melepasi halangan, sebab sakit. Kekeke. Masa awal-awal aku masuk sekolah agama dulu, aku main cuma suka-suka. Jadi anak-anak saja dalam kumpulan. Lama kelamaan, bila skill dah develop, aku jadi antara mereka-mereka yang selalu dipilih untuk jadi ketua atau kita panggil MAK untuk lead anak-anak. Bila anak-anak tak lepas, mak yang kena tolong. Woot woot.
Sebab ketika itu aku antara yang tertinggi, dan tak comel macam sekarang, bolehlah jadi emak, lepas level atas kepala macam makan kacang. Sekarang kalau suruh aku lompat, memang oatah riuklah tulang. Haha. Kenangan sangat.
Dalam video JinnyBoyTv pun ada tunjuk macam mana si lelaki nak berkenalan dengan si gadis sebab zaman kita tak ada Facebook lagi. Jadi si gadis serahkan buku pada si lelaki, yang mengandungi biodata si gadis, dan si lelaki perlu menulis tentang dirinya sebelum memulangkannya kembali.
Aku mula kumpul buku-buku seperti itu sejak darjah 2 lagi. Dan aku panggil buku itu sebagai 纪年本 , maksudnya MEMORY BOOK. Aku ada dalam 6 ke 7 buah buku seperti itu. Setiap tahun akan tukar buku baru. Buku itu aku akan pass over pada kawan-kawan sekelas, abang kakak senior yang dah nak masuk Tingkatan 1, dan juga cikgu cikgi yang mengajar aku. Jadi aku ada banyak koleksi ucapan dari sahabat-sahabat dan cikgu aku yang aku kumpulkan dalam buku-buku.
Dan di bawah ini, adalah MEMORY BOOK aku yang paling latest. Aku buat pada tahun 2003 dan aku gunakan sampai 2006.
Memang zaman-zaman muda remaja dulu selalulah kena bebel dengan mak sebab banyak habiskan duit nak beli MEMORY BOOK, tak cukup itu, kena juga perli pen warna warni, gel bling-bling. Sebab nak hias biodata katanya. Kah kah kah. Tapi aku tak pernah pun rajin menghias. Sebaliknya kawan-kawan yang tulis ucapan mereka dalam buku aku yang rajin decorate. Ada yang berbunga-bunga, ada yang tampal kertas, ada yang lukis. Seribu satu macam ragam dan kenangan.
Ini impian yang aku tulis dalam MEMORY BOOK aku, di saat usia aku 16 tahun. Jangan gelak dengan tulisan aku, sebab masa sekolah dulu, tabiat aku adalah menulis dengan pembaris di bawah. Itu pasal tulisan jadi rupa itu. Haha. Nampak tak impian dan cita-cita gadis 16 tahun ini punyalah besar. Aku cakap dengan diri sendiri, ini bukan angan-angan. Aku kena realisasikannya, insyaALLAH.
:)
Aku cuba juga cari buku-buku aku yang lain, tapi tak berjumpa. Cuma yang ini saja yang tinggal. Sekali sekala mengimbau kenangan, tersenyumlah juga. Moga kenangan lepas dapat dijadikan inspirasi untuk lebih maju di masa depan. Bukan cuma kenangan.
Salam sayang sekali lagi dari aku untuk semua. Sampai sini dulu. Jumpa lagi. Jaga diri. Have a great weekdays ahead. Assalamualaikum.
Ulasan