Emergency Couple : Antara Drama Dan Realiti


Assalamualaikum.

Jam dah hampir menunjukkan pukul 3 pagi. Dan aku masih di depan laptop, menghabiskan saki baki episod drama Korea yang bertajuk Emergency Couple. Sebuah kisah cinta, romantik komedi, yang berlatar belakangkan para doktor di Jabatan Trauma Dan Kecemasan (ACCIDENT AND EMERGENCY @ A&E) di Woosu University Hospital. Drama ini bagi aku best dan aku cuma gunakan 2 hari untuk habiskan 21 episod. Haha.

Rating dia : 8 / 10

Pada mulanya aku agak berat ingin menonton drama yang bergenre medikal memandangkan aku bekerja dalam bidang yang sama, kalau balik rumah tengok cerita yang ada elemen sama, sedikit sebanyak terasa juga stress dari tempat kerja. Tapi sekarang, keadaan dah banyak berubah. Banyak dan besar.


Jujur aku kata, dan aku akui, aku sangat suka bila lihat diri aku memakai kot putih ini ketika mula bekerja dulu. Seakan terasa satu tanggungjawab besar yang perlu digalas. Awal bekerja dulu memang aku akui agak tertekan, kadang terasa "sesat dalam terang". Suasana bekerja, tanggungjawab terhadap pesakit, menghadap specialist dan konsultan yang ada dikalangannya baik dan ada juga yang suka menyinga. Memang mencabar hidup di awal bekerja dulu.

Sama macam yang dilalui Oh Jin Hee (Song Ji Hyo) dan Oh Chang Min (Choi Jin Hyuk) yang memulakan perjalanan mereka sebagai intern di sebuah hospital. Semua doktor yang baru masuk dunia pekerjaan akan lalui seperti apa yang mereka lalui. Ada yang bijak pandai hafal buku tapi bila bab praktikal dan berdepan dengan kes sebenar dan pesakit, stuck. Ada pula yang rajin bertanya dan sentiasa mahu belajar. Ada pula yang jenis berkira-kira tentang kerja. Sama macam dunia sebenar. Tak banyak beza.


Walaupun bos mereka garang tapi banyak mengajar. Dalam dunia sebenar pun ada specialist dan konsultan yang begini. Nampak saja garang, kadang suka menengking dan marah-marah, tapi hati mereka lembut dan baik. Malah suka mengajar. Masa aku bekerja, aku rasa seronok nak pergi kerja bila ditugaskan di bawah specialist yang suka mengajar. Sebaliknya bila berada di bawah bos yang garang, automatik nak masuk kerja hati berdebar-debar.

Satu benda yang aku seronok tengok, walaupun mereka berlakon, tapi mereka memang nampak macam doktor. Especially bos-bos besar. Pergh!! Buat kerja saling tak tumpah macam bos-bos aku bila bekerja. Cekap dan kompeten. Kadang aku tertanya, macam mana mereka belajar teknik, gaya dan kredibiliti yang mereka tunjukkan dalam drama. Sebab dah serupa doktor sebenar kalau dilihat. Hmm. Dah nama pun pelakon. Ya tak. Itu yang bezanya drama kedoktoran dalam dan negara. REAL dan FAKE!!!


Drama ini buatkan aku rindu nak berkhidmat. Buatkan aku teringat macam mana aku bangun pagi-pagi, matahari belum lagi terbit, round satu ward tengok pesakit. Tulis review, periksa pesakit dari katil ke katil. Sendiri tawaf wad sekali, tawaf bersama MO sekali, tawaf dengan specialist dan konsultan pula seterusnya. Sesi petang tawaf sekali lagi. Tak terkiralah berapa kali tawaf wad dalam sehari.

Penat? Memang penat. Tapi bila dah jadi kebiasaan, dah jadi darah daging, rasa seronok dan sense of duty akan automatik ada. Macam aku, aku selalu develop hubungan rapat dengan pesakit aku. Kalau aku ada masa lebih, aku suka berbual dengan mereka. Aku rasa tanggungjawab aku bukan saja merawat mereka. Tapi lebih dari itu. Jadi tak semena-mena perasaan sayang pada pesakit akan timbul. Yerp. Aku sayang pesakit-pesakit aku. Mereka ajar aku kenal manusia, mereka ajar aku tentang kehidupan, mereka adalah sebahagian dari hidup aku.


Drama ini bagi aku ringan. Tak banyak konflik besar dan tak banyak twist. Memang sangat ringan dan sesuai untuk tontonan santai. Tak perlu pecah kepala risaukan konflik itu ini. Just enjoy. Dari segi cintan cintun dalam drama ini memang tak dinafikan ada komedi ada sweet-sweet dan geli-gelinya. Dah nama pun drama Korea. Serious buat kau rasa nak berkahwin. Dan somehow cerita ini dah mula ubah sikit pandangan aku, tak adalah teruk mana berkahwin sesama doktor. Sebab dunianya sama. Hmm.

Dalam drama ini aku boleh nampak diri aku dalam setiap intern yang ada di situ. Kebluran aku ada pada Oh Jin Hee. Rasa ragu-ragu tentang masa depan pekerjaan aku ada pada Im Yong Gyu. Di pengakhiran cerita, Im Yong Gyu berhenti dari menjadi intern dan seorang doktor sebaliknya dia mulakan passion dia dalam bidang muzik. Dia mula dari bawah dengan apa yang dia suka. Dialog yang paling aku suka dengar bila rakan-rakannya semua memberi semangat pada dia, mereka kata, "IT'S NEVER TOO LATE! DO WHAT YOU LOVE INSTEAD."


Perasaan kena marah dengan bos memang tak best. Aku pun selalu kena marah. Tapi itu yang buat aku belajar dan makin hari makin sedar tentang tanggungjawab aku sebagai seorang doktor. Ini bukan kerja main-main. Dan ianya melibatkan nyawa. Tapi bila dah lama kelamaan, ianya dah lali. Apa pun, itu proses pembelajaran yang perlu kita lalui dalam kehidupan kita.

Bila aku ambil keputusan untuk sambung belajar, dalam masa beberapa hari yang aku ambil untuk buat keputusan dan berfikir, kerap juga aku menangis. Separuh dari aku, aku cintakan kerja aku sebenarnya. Cita-cita aku, seorang psikiatris. Aku nak kenal manusia dengan lebih dalam lagi. Separuh lagi diri aku kata, dengan keadaan kesihatan aku, aku tak akan ke mana. Jadi aku simpan jauh-jauh cita-cita aku. Aku nekad untuk sambung belajar.

Macam di awal episod drama ini, ibu Oh Jin Hee menasihatkan dia untuk tak berhenti dan terus bertahan. Sebab perjalanan untuk jadi seorang doktor bukan mudah. 5 - 6 tahun belajar berhempas pulas, nak lulus exam pun memang bukan mudah, kalau berhenti, maka rugi. Aku sedikit sebanyak terkesan dengan kata-kata itu. Kebanyakan orang di keliling aku semua berkata begitu, kenapa susah payah belajar lalu nak tinggalkan kerja sebagai seorang doktor. Memang aku tersepit, sampai sekarang. Aku sangat terasa keseorangan selepas aku buat keputusan besar dalam hidup aku. Kadang aku terasa seperti hidup seorang diri di pulau terpencil. Sampai aku tertanya kembali pada diri aku, salahkah keputusan yang aku buat.
:'(


Aku banyak menangis juga bila menonton drama ini, sebab buatkan aku memikirkan tentang pekerjaan aku, buatkan aku terus berfikir tentang diri aku, buat aku banyak berfikir. Walaupun ianya drama tapi sebahagiannya adalah realiti hidup aku. Realiti yang aku cuba untuk atur semula demi masa depan aku dan kebahagiaan aku.

Terima kasih pada si kecil di atas, kehadirannya dalam drama ini buat aku tersenyum sekali sekala. Bos aku selalu pesan dulu, kerja kita adalah ibadat. Tanggungjawab kita besar. Kalau nak jadi doktor kerana gaji besar dan nak jadi kaya, fikir semula niat itu, fikir kembali samada ini jalan yang kamu inginkan. Fikir dan fikir lagi.

Saat-saat sekarang bila mana aku terasa seperti berseorangan dengan keputusan yang dibuat, aku rindu kerja aku. Aku rindu pesakit aku. Aku rindu bau ubatan. Aku rindu untuk sarungkan semula kot putih dan menapak kaki ke dalam wad. Jujur aku rindu. Sekarang aku nak sihat kembali. Berubat sampai sihat. Aku akan sambung belajar, dan jika diizinkan, selesai aku sambung belajar, aku ingin kembali dalam dunia ini dan kejar balik cita-cita aku. InsyaALLAH.

Salam pagi Isnin semua. Semoga minggu ini menjadi minggu yang terbaik untuk anda dan semoga semuanya berjalan lancar. Jaga diri. Assalamualaikum.


P/S : Siapa pun pasangan yang ditakdirkan untuk aku dalam hidup ini, aku harap dia tak akan buat aku rasa keseorangan bila aku buat keputusan dalam hidup aku. Aku harap dia faham. Aku harap dia akan sokong aku. Dan siapa pun dia, aku harap dia mampu aku jadikan tempat bersandar dan berpaut. Hmm. Whoever he is. Wherever he is. I hope. And I pray.
:)


Ulasan

@Sungrin Shim Tak ada banyak spoiler sangat kan? Its more towards personal story. Haha.

Ada certain part yang sama, ada yang tak. Dari segi budaya kerja, politik di tempat kerja, attitude doktor baru, more or less the same. Cuma pendapat saya, dorang masih sempat lagi duduk makan, duduk menelaah buku, duduk2 masa kerja which kitorang tak sempat pun buat. Kadang makan pun tak sempat. Haha.

And dari sterilization, kebersihan prosedur dalam cerita ni saya tak berapa setuju sangat. Dekat Malaysia ni lain, selalu saya buat prosedur, kalau sedang dalam keadaan steril tapi pegang benda luar lain, automatik kena marah dan suruh tukar set baru. Haha.

Maybe its drama dan dorang tak emphasize sangat perkara begitu kot. Hehe.

P/S : Fina, yup, I'm resigning, my health condition tak mengizinkan. So I decide to further Master dulu then maybe later apply masuk hospital balik. :)
Unknown berkata…
Hmm tak best kan bila rasa keseorangan ? tapi, tapi, tapi .. kalau rasa ada masa, tengok la Good Doctor pulak. best jugak. siap ada description tentang penyakit lagi, buat aku rasa nk jadi doktor pulak. tapi, sayangnya .. dlu sekolah taknak belajar sungguh2. hehehehe so, mmg tak boleh jadi doktor ! heee
Unknown berkata…
Siapa Nama dok tour yg jadi chief tu....minat sangat...
Unknown berkata…
Siapa Nama dok tour yg jadi chief tu....minat sangat...
Unknown berkata…
Siapa Nama dok tour yg jadi chief tu....minat sangat...
Tanpa Nama berkata…
Siapa Nama doctor chief tu ya
@Noor Elkhalidy Abd Halim Chief Gook Chun Soo tu nama dia Lee Pil Mo.
Akula berkata…
memang best cite nie you dr ye farhana sekarang tak jadi dr ke nape sakit ke
@Akula Yup. Bekas doktor. Huhu. Ada masalah tulang belakang. InsyaALLAH, ada rezeki, dah sihat sikit, mungkin akan masuk servis semula. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T