Their Love Story

Assalamualaikum.

Salam pagi Rabu. Hari ini 9 April. 2 hari yang lepas, iaitu 7 April adalah hari ulangtahun perkahwinan yang ke-28 kedua orang tuaku. Walau banyak turun naik dalam kehidupan, aku cuma harap kami semua dapat menempuh dugaan hidup ini bersama-sama sampai ke akhirnya.

Hari yang sama juga adalah hari ulangtahun perkahwinan abang sepupuku. Sudah 2 tahun dia mendirikan rumahtangga bersama isterinya yang tercinta yang mesra dengan panggilan Kak Yong. Sejujurnya aku tak pernah tahu kisah cinta mereka, dan aku tak pernah tahu abang sepupuku sedang bercinta. Tup tup saja bertunang dan berkahwin. Rupanya ada kisah yang sangat menjadi inspirasi di sebaliknya. Ecewah.


Al kisahnya, abang sepupuku dan Kak Yong cuma berkenalan melalui alam maya saja. Hendak dijadikan cerita Kak Yong dalam diam meminati abang sepupuku. 3 bulan lamanya masa yang diambil untuk memulakan perbualan di Facebook dengan abang sepupuku. Dek kerana kesibukan abang sepupuku saat itu, maka dia sangat jarang nak berbalas mesej di Facebook. Tapi Kak Yong pula tetap rajin menghantar mesej saban hari dengan ucapan GOOD MORNING, bertanya khabar. Tapi tetap juga jarang mendapat balasan dari abang sepupuku.

Akhirnya Kak Yong berhenti menghantar ucapan selamat pagi dan tiada lagi bertanya khabar. Seminggu lamanya. Tiba-tiba Kak Yong dikejutkan dengan mesej di Facebook dari abang sepupuku yang bertanyakan kenapa tiada lagi mesej selamat pagi, kenapa tiada khabar dari Kak Yong selama seminggu.

Ewah!! Abang sepupuku terasa juga dengan ketiadaan mesej-mesej Kak Yong dan juga khabar dari Kak Yong. Selepas beberapa bulan mereka berkenalan di alam maya, menjadi rapat, akhirnya mereka melangkah setapak dalam perhubungan.


Kini dah hampir 2 tahun mereka berkahwin. Aku doakan mereka sentiasa berbahagia dan cepat menimang cahaya mata. Mudah-mudahan. InsyaALLAH. Dalam duduk mendengar kisah cinta alam maya abang sepupuku dan Kak Yong, aku teringat semula keadaan dan situasi aku.

Macam mana Kak Yong dalam diam meminati dan mengadmire abang sepupuku, aku juga dalam diam menyukai seorang sahabat. Seseorang yang aku cuma kenal di alam maya. Seorang yang aku namakan Penyebab Senyuman Dalam Rahsia. Macam mana satu waktu dulu, aku akan selalu dapat mesej bertanya khabar. Hampir setahun lebih lamanya sampailah Penyebab Senyuman Dalam Rahsia tamat belajar dan mula bekerja. Ketika itu sudah jarang ada mesej bertanya khabar. Bila tiada kehadiran orang yang kita dah selalu terbiasa dengannya, memang rasa janggal sedikit. Rindu? Barangkali.


Tapi aku tahu, di mata dia aku cuma mungkin seorang sahabat alam maya yang baik dan rapat dengannya saja. Pernah satu waktu aku ambil keputusan untuk buat seperti apa yang Kak Yong buat. Walaupun bukan setiap hari, aku suka menghantar mesej SELAMAT PAGI ENCIK di pagi-pagi buta. Pada hemat aku, mungkin itu boleh jadi satu cara untuk dia tahu, aku suka dia. Haha. Bila difikirkan memang lawak dan aku pula tak ada keyakinan yang tinggi. Walaupun aku akui aku sangat rajin hantar ucap selamat pagi, kad raya, kad hari jadi dan entry hari jadi. Haha.

Sampai satu waktu, aku berhenti hantar mesej selamat pagi. Tapi tak ada pun yang bertanya kenapa tiada lagi mesej selamat pagi, seperti mana abang sepupuku yang bertanya pada Kak Yong. Haha. Maka di situ, aku sendiri simpulkan, berhentilah syok sendiri. Anggap saja kau suka dia tapi dia tak sukakan kau. Haha. Mungkin mesej aku tak sesignifikan mana dan bila tiada pun orang tak perasan dan tak terasa. Mungkin saja aku sendiri rasa kehilangan dia. Dan itu Farhana, syok sendiri ya. Hmmm.


Walaupun kisah hati dan perasaan sendiri tak ada putik-putik rasa yang berkembang tapi aku gembira dapat dengar kisah bahagia orang lain yang sampai ke jinjang pelamin. Siapa kata cinta alam maya tak mampu kekal dan bahagia? Walaupun kisah aku bukan bukti yang terbaik tapi di luar sana ada banyak lagi kisah-kisah cinta alam maya yang berakhir dengan gembira. Kan?

Bak kata orang, bila sentuh bab perasaan, ianya bukan sesuatu yang boleh dipaksa. Kalau paksa, nanti putus, patah dan koyak. Baik kita belajar untuk fit in di tempat yang boleh kita fit in. Mungkin aku dah sangat terpengaruh dengan entry selamat hari jadi sayang hasil penulisan Penyebab Senyuman Dalam Rahsia sampai aku ingatkan aku boleh ada kisah gembira seperti itu dengan orang yang aku suka. Sedangkan hakikatnya, fantasi dan realiti ada garis yang memisahkan.

Semoga semua orang jumpa kisah bahagia mereka. It's a matter of time. I will find my own happy story too, if not now, maybe later. And I'm okay. Take care guys. Lots of love. Have a great days ahead. Assalamualaikum. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?