Resepi Pencuci Mulut Enak : Puding Oreo Tetap Enak Walau Tanpa Perlu Putar, Jilat Dan Celup | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Resepi Pencuci Mulut Enak : Puding Oreo Tetap Enak Walau Tanpa Perlu Putar, Jilat Dan Celup

Leave a Comment

Assalamualaikum.

Dah 24 Ramadan, sekejap sungguh masa berlalu. Apa yang anda inginkan untuk dicapai pada bulan puasa kali ini, dah tercapai ke belum? Aku pula, 60% daripadanya dah tercapai. Kadang bukan apa, masa yang ada tak pernah nak cukup. Heh.

Kalau bab masak memasak, aku lebih suka masak makanan utama, main course omputeh kata. Bab dessert aku memang lemah. Tapi dalam bulan Ramadan, aku lebih tercari-cari dessert sebab ianya menyejukkan dan menyegarkan selain dari memaniskan mulut. Mana taknya, seharian berpuasa, bila berbuka puasa dapat merasa makanan manis itu memang satu nikmat. Syukur Alhamdulillah.

Jadi fokus aku untuk belajar masak kali ini lebih kepada belajar membuat dessert. Alah! Simple-simple saja pun dah cukup. Antara semua dessert yang aku dah buat dalam bulan puasa kali ini, aku rasa PUDING OREO adalah yang paling enak. Hehe. Mungkin aku peminat Oreo agaknya, jadi kecenderungan aku agak tertumpu di situ. Mana tak minat, sampai 2 hari berturut-turut aku buat Puding Oreo ni. Sebabnya adik bongsu aku dah naik syeikh, habis dibalunnya setupperware puding aku yang buat ni. ^^

Dapat jugalah aku bagi pada Mak Teh sekeluarga untuk merasa. Benda yang baik yang sedap yang enak, eloklah kalau dikongsi-kongsi. Ya tak? :)



BAHAN-BAHAN:

Loyang Saiz 8" persegi 
1 bungkus agar-agar serbuk 10 gram 
750ml air 
150 gram gula 
1 tin susu cair 400g 
3/4 cawan serbuk milo 
1 bungkus Oreo 137g (patahkan tapi, lapisan krim jangan diasingkan) 
2 sudu tepung kastad dibancuh dengan air



CARA MENYEDIAKAN:



1) Panaskan agar-agar bersama air hingga agar-agar larut, kemudian masukkan gula, kacau dan biarkan gula larut. Masukkan susu cair + tepung kastad yang dibancuh dengan air tadi hingga mendidih. (Aku guna api kecil dan sentiasa kacau supaya tak beku)



2) Asingkan 2 cawan ke dalam periuk yang lain dan campurkan serbuk milo, kacau hingga sebati.



3) Tuangkan campuran milo ke dalam loyang/acuan. 



4) Apabila permukaan agar-agar milo dalam acuan sudah mengeras, tuangkan kesemua adunan periuk yang asli (warna putih) dalam acuan. Taburkan kesemua oreo.



5) Biarkan membeku dalam suhu bilik, kemudian bila sejuk baru masukkan dalam peti ais.



Antara pemanis mulut yang lain tutup mata pun boleh buat dah tentulah kek batik dan puding kustad berkuah. Kek batik aku buat saja-saja sebab tengah waktu kemuncak terpaling malas aku. Kalau waktu terpaling rajin, kek lapis Sarawak 10 biji siap!!! Kekeke.

Dah masak untuk keluarga, untuk mak abah, untuk adik-adik. Ada lagi angan-angan yang masih lagi angan-angan dan berharap jadi kenyataan, masak untuk suami dan anak-anak. Haha. Mesti seronok kan perasaan puas dan bahagia memasak untuk suami dan anak-anak. :) 


Okaylah. Bagi yang dah mula bercuti, selamat bercuti dan selamat menyediakan persiapan raya. Tapi jangan lupa, bulan Ramadan masih lagi ada. Heee. Jaga diri semua. Assalamualaikum.

0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.