Cuba Fikir Positif, Dan Benda Positif Akan Datang Pada Kita

Assalamualaikum.

Salam 29 Ramadan untuk semua. Dekat nak berapa hari lagi nak raya, pasti ramai yang sibuk duduk buat persiapan itu ini, berkemas-kemas nak pulang ke kampung. Semalam baca entry dari Joegrimjow tentang kemalangan maut yang dialaminya, makin bertambah fobia aku pada kereta dan jalan raya. Takutkan sampai terbayang-bayang macam kes senario kemalangan maut yang pernah dibaca. Hati-hatilah ya semua. Jangan lupa, sebelum mulakan perjalanan jauh, periksa dulu kereta, pastikan dalam keadaan baik. Sebelum apa-apa, baca doa naik kenderaan. Dan tali pinggang keledar, jangan pernah lupa pakai okay. Semoga selamat sampai ke destinasi hendaknya.

Tahun ini raya pertama di Melaka. Barangkali raya kedua baru pulang ke Kota Tinggi. Itupun lagi satu yang mendatangkan takut, jalan dari Kulai nak ke Kota Tinggi sempit dan agak berbahaya juga. Apa pun, doa-doa semoga perjalanan balik nanti lancar. Aamiin.


Yang sebenarnya aku nak cerita pasal berfikiran positif. Ceritanya berlaku beberapa hari lepas. Ketika itu kecoh satu Malaysia dengan penculikan adik Wan Aisyah di Jusco Rawang, dikatakan dibawa lari oleh seorang lelaki kenalan Facebook ibunya. Ketika itu ramai juga yang share dan sebarkan berita ini. Dan memang dah jadi hobi aku menggodek Instagram bila ada masa lapang. 

Ada seorang artis juga berkongsikan berita ini di laman Instagramnya. Apa yang menarik mata aku dan mencuit sikit perasaan aku sampai berkocak jiwa adalah komen pada posting tersebut, ada seorang followers komen "DAHLAH GEMUK, PENCULIK PULAK TU!"

Bila aku baca saja statement tersebut, aku macam kena ketuk dekat kepala dengan kuat. Aku pun dengan muka dan reaksi yang, "OKAY, APA BENDA NI SEMUA?"


Aku pun cerita dekat adik bongsu aku yang berusia 14 tahun. Apa-apa pun, aku suka kongsi cerita dengan dia, sebab dia sangat memahami dan dia akan bagi nasihat yang orang takkan sangka diberi oleh budak lelaki umur 14 tahun. Haha. Aku cerita sebab aku sangat berkecil hati sedikit dengan ayat sebegitu. Bagi aku ayat tersebut terdiri dari 2 bahagian. Dan ayat seumpama itu adalah untuk menggabungkan samada dua sifat yang baik atau dua sifat yang buruk.

Contohnya, "DAHLAH CANTIK, PANDAI MASAK PULAK TU." Ataupun "DAHLAH SIKIT, MAHAL PULAK TU." Saat dan ketika itu, memang itulah aku fikir. Cuba dan cuba untuk fahamkan apa yang sebenarnya pengomen tersebut nak sampaikan. Tapi makin fikir makin aku rasa tak boleh terima dan digest. Geram okay!


Adik aku kata, "Kenapa awak nak pening-pening fikir benda tu semua, fikir benda-benda baik aje. Mungkin dia nak ajak orang semua kurus." Aku mampu nganga sajalah sambil dengar. Tapi memang betul sebenarnya, orang selalu kata cuba fikirkan benda positif, dia akan tarik aura positif dan benda baik-baik akan datang pada kita.

Contoh macam keadaan di atas, cuba kalau aku ambil pendekatan positif, automatik aku akan rasa tercabar untuk terus berusaha kurangkan berat badan. Tapi kalau aku fikir benda negatif, benda yang tak elok, otak aku akan fikir bukan-bukan, hati dan jiwa pun kacau, mungkin dalam tak sedar aku mungkin termarah dan termengata orang itu dalam hati. Bukankah dah tak elok begitu. 

So, think positive. Dan selalunya benda positif akan datang pada kita. Have a great day ahead people. Take care. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?