Misi Raya 2013 Si Cahaya Yang Riang Gembira | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Misi Raya 2013 Si Cahaya Yang Riang Gembira

4 comments
Assalamualaikum.

Bulan Syawal akan menjelang tak lama lagi, ramailah suri-suri rumah duduk memerap dekat dapur bermainkan tepung, mentega, gula dan segala macam lagi bahan, berkelentang-kelentung di dapur bikin biskut bikin kek.

Tahun ini tak seperti tahun sudah, mak tak ambil banyak sangat tempahan baju raya, sebaliknya mak ambil lebih banyak tempahan untuk kek buah, kek marble dan kek lapis Sarawak. Tahun ini juga aku dan mak terlebih rajin nak buat biskut. Tapi cuma 2 jenis saja biskut klasik, yang mudah, cepat, dan sedaplah of course. Kekeke. Biskut suji dan biskut semperit. Adalah dalam 15 balang kesemuanya. Kali terakhir buat biskut rasanya 3 ke 4 tahun yang lepas. Malas nak menghadap oven dengan tepung-tepung al kisahnya. =.=


Tahun ini, sama juga seperti tahun yang sudah-sudah, mak akan tanya, "Tak pos kek dekat orang tu?" Oh mak! Tak pernah lupa nak tanya ya tiap-tiap tahun. Mak semenjak dua menjak ini, dah bertukar profesion, jadi spy separuh masa. Adeh! Spy anak sendiri okay. Mak oh mak.

Ingat lagi aku pernah tulis tentang perbualan aku dan "ibu" tentang seseorang. Mak pun ada juga mendengar ketika itu. Mak dah lama tahu sebenarnya, masa saat aku pos kek dulu mak dah korek-korek walaupun aku kata, kawanlah mak. Tetap juga mak ingat orangnya sampai sekarang. Adik perempuan aku ceritakan pada aku, tak berapa lama dulu mak ada tanyakan pada dia, "Along awak tu ada contact, sms lagi dengan budak Terengganu yang dia hantar kek dulu tu? Apa cerita sekarang?" Adik aku pun jawab dia entah saja. Haha.

Kebetulan beberapa minggu lepas mak pinjam handphone aku, masa itu jugalah ada sms masuk. Dan mak pun ternampaklah nama pengirimnya. Apa lagi dengan pantas dan laju mak bergosip dengan adik perempuan aku, "Budak tu sms. Maknanya dorang kawan lagilah."

Aisey!! Nak tergelak aku dengar bila adik aku ceritakan pada aku. Mak oh mak! Spy anak sendiri ya. Kalaulah aku boleh cerita dekat mak, memang dah aku ceritakan. Tapi, apa yang boleh aku cerita pada cerita yang tak nampak jelas jalan cerita dia? Cerita penyebab senyuman dalam rahsia. Haha. Hmmmmm. 


Jadi, misi raya aku kali ini selain dari nak buat biskut (dah siap dah pun), aku nak hantar kad raya untuk orang-orang yang selalu dalam ingatan. Huhu. Harapnya tercapailah misiku kuza ni. Haha.

Pada yang nak pulang ke kampung, selamat pulang. Hati-hati di jalan raya. Ingat orang tersayang. Ingat, orang lain pun ada orang yang tersayang. Baca doa sebelum mulakan perjalanan. Semoga lancar semuanya. Jaga diri. Assalamualaikum. 

4 Comments Here:

Adziim berkata...

Dapat cuti raya eh..Semoga berjaya dalam mencari kepastian pada jalan cerita yang tak berapa jelas tu.

azuan berkata...

waktu belajar - tiap2 tahun tolong buat kue raya dengan kakak aku.

waktu kerja - bagi duit beli barang2 kue je..haha

FarhanaDr berkata...

@Adziim Cuti ke tak cuti ke, mood nak raya tak ada. Haha. Rasa macam nak duduk rumah mengadap biskut raya je. :p

Kepastian yang sukar dicari. Hehe.

FarhanaDr berkata...

@azuan Oh. Reti buat kuih raya ke. Ingat reti makan je. Haha. :p

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.