Ini Bebelan Seorang Pemandu. Bukan Pemandu Lelaki Bukan Juga Pemandu Wanita.

Assalamualaikum.

Salam petang Ahad. Oh! Perempuan yang mengejar bayang-bayang ini mula menulis lagi walau sedang mendiami musim patah hati. Ini saja ubatnya. Menulis itu satu ubat. Ubat ajaib!

Beberapa malam lepas, aku keluar bersama adik lelakiku. Sekarang ini bila keluar malam, aku lebih suka mengajak adik-adik lelakiku bersama. Paranoia aku makin menebal hari ke hari. Ada mereka terasa tenang sikit hati bila menapak keluar rumah. Oh! Dan jangan lupa, doa juga peneman bila mana kita melangkah saja keluar dari rumah. Berdoalah semoga perjalanan pergi dan pulang kita selamat dan sejahtera. :)

Setiap kali aku melalui jalan di mana Melaka Mall bertemu Jusco Ayer Keroh, pasti ada senario ini. Inilah yang selalu akan terjadi. Bila satu lane dijadikan dua lane. Laluan itu adalah untuk samada mahu belok ke kanan ataupun membuat pusingan U. Perkara yang aku cukup marah bila orang tak reti beratur. Orang lain punyalah beratur, tiba-tiba dia menonong pergi ke depan, jadikan satu lane kepada dua lane. Lane yang diambil pula adalah lane yang mana untuk kenderaan menghala terus ke depan. Sekarang, jalan yang bersistematik dah jadi sesak. Kalau nak belok ke kanan, masih boleh bersabar. Tapi bila dia yang duduk dekat lane buatan dia sendiri nak buat pusingan U. Amboi! Kalau betul pun tak kisah nyawa sendiri, ingatlah nyawa orang lain.


Ingat satu sajalah. Kita bawa kereta atas jalan raya, bukan hanya ada diri kita seorang saja. Orang lain pun menggunakan jalan raya yang sama. Toleransi dan berhemahlah. Please be understanding. Oh lagi satu! Sabar! Bila kita sabar, gunung setinggi Himalaya pun kita boleh tarah. Tak ada hal punya! (Tapi jangan tarah betul-betul, peliharalah gunung di bumi kita. Hehe.)

Apa yang aku pesan pada adik-adik aku, kalau nanti dah bawa kereta sendiri, ingat satu saja, nyawa kita sama harganya dengan nyawa orang lain. 

Aku ada juga perhatikan beberapa page di Facebook yang mana terlalu gemar menaikkan gambar kemalangan, kesalahan jalan raya, disertakan dengan ayat-ayat yang "memuji" pemandu wanita. 

Ada kemalangan, "Oh! Mesti perempuan yang drive."
Ada kereta parking tak betul, "Perempuan memang tak reti parking."
Ada kereta bawa macam siput, "Sah! Tak payah tengok, mesti perempuan."
Ada pula bawa macam pelesit, "Perempuan memang suka bawa kereta laju dan gopoh."
=.=

Bagi akulah, bila kita menapak atas jalan raya, tak ada istilah lelaki ke perempuan, ada lelaki begini begitu, sama juga ada perempuan begini begitu, tapi hakikatnya yang ada pemandu berhemah atau pemandu yang tidak berhemah. That's all and that's it.

Have a great day. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?