10 Ribu Langkah Sehari Untuk Diri Dan Masa Depan

Assalamualaikum.

Wah! Tajuk bukan main berkobar dan bersemangat. Sejak aku mulakan program untuk menyihatkan tubuh badan dengan diet, defisit kalori, working out dan sebagainya, memang agak sukar sebenarnya. Kena ada semangat yang kuat, istiqamah, konsistensi dalam membuat sesuatu. Sasaran aku adalah mencapai berat badan ideal dalam masa satu tahun. 

Sebab apa satu tahun? Sebab kita gunakan cara lama yang klasik, walaupun lambat tapi berkesan untuk dapatkan tubuh badan yang lebih sihat, iaitu melalui pemakanan sihat dan exercise. Atas sebab masalah kesihatan tulang belakang dan kaki yang agak menyukarkan hidup kadang-kadang, jadinya memang sukar kalau nak bergantung pada exercise. Doktor pakar nasihatkan aku supaya berbasikal buat masa sekarang sebab masalah tulang belakang aku.

Tapi aku mana nak dengar sangat nasihat doktor, pesakit degil. Kekeke. Apa aku buat ialah aktiviti yang tak berat mana tapi bakar banyak kalori. Untuk elakkan masalah kaki jadi melarat jika exercise, aku akan telan ubat dulu, dan pakai kasut khas untuk kaki aku, kuranglah sikit sakitnya.

Apa aku buat? Aku nak cabar diri sendiri untuk 10 ribu langkah sehari. Memang susah sebenarnya, sebab separuh dari diri aku cuba elak untuk berjalan banyak sebab masalah kesihatan aku sekarang, tapi separuh lagi diri aku terlalu ingin sangat nak kurus dan cantik macam dulu. Haha. Jadinya, ini adalah cara terbaik.

Jadi bagi mereka yang nak cuba kuruskan badan tapi ada masalah kesihatan yang menyukarkan aktiviti sukan yang lasak dan membebankan, jalan 10 ribu langkah sehari adalah langkah yang baik. Dalam handphone sekarang ada terlalu banyak applikasi pedometer yang mengira langkah anda seharian juga kalori yang anda bakar, jadi bolehlah gunakan dengan sebaiknya.

Apa aku buat waktu petang, aku pergi ke track berdekatan kawasan rumah, aku akan pusing track sebanyak 2 ke 3 kali. Dan bila dah rasa selesa, minggu-minggu seterusnya boleh tambah lagi pusingan. Itulah cara terbaik. Tapi selain dari berjalan pusing track, aku akan guna dalam 15 minit untuk basketball dan 15 minit untuk bermain skuasy (tapi guna raket dan bola tenis). Kekeke.

Semuanya sebab "greed" ingin kurus cepat. Memang seksa sebenarnya, malam waktu tidur kaki dan belakang aku akan mula buat hal. Tak mengapa. Aku akan jadikan benda ini sebagai cabaran dan bukan halangan. Kalau tak, macam mana nak capai apa yang kita inginkan. Ya tak? Jom! Mulakan 10 ribu langkah sehari. Bukan untuk siapa pun, untuk kita dan untuk masa depan kita juga. ^^






Video di bawah yang aku kongsikan, adalah sebuah HEALTH TALK SHOW Korea bertajuk Vitamin. Episod tersebut adalah tentang diet. Apa yang aku suka tentang rancangan tersebut, ada banyak tips dan nasihat yang berguna dari doktor. Dan aku cukup kagum dengan kemajuan teknologi dan perubatan negara Korea, memang bagus.

Dalam rancangan tersebut, doktor nasihatkan bagi golongan yang terlampau obes, cara terbaik adalah DIET + EXERCISE + TEKNOLOGI. Ada 3 teknologi yang advance di tahun 2013 untuk penurunan berat badan, dan aku buat research, di Malaysia pun ada klinik aestetik dan hospital yang menyediakan perkhidmatan seumpama itu. Cuma ongkosnya memang besarlah kan. Cecah ribu riban.

Teknologi yang dinyatakan di dalam video tersebut adalah :

1) HYPERTONIC PHARMACOLOGICAL LIPOLYSIS USING OSMOTIC PRESSURE 
(reduce waist size up to 5 - 7 cm in a week)

2) RADIOFREQUENCY FAT REMOVAL USING HEAT 
(reduce waist size up to 10 cm in a week) 

3) FAT FREEZING PROCEDURE 
(reduce waist size up to 15 - 20 cm in a week)

Untuk belajar dan tahu lebih lanjut lagi, boleh tonton rancangan Vitamin di bawah. Tak rugi, malah entertaining. Semoga dapat manfaat sedikit sebanyak dengan perkongsian ini. Jaga diri. Jaga kesihatan. Assalamualaikum.




Ulasan

Adziim berkata…
Keep it up tapi sila berhati-hati. Dua pakar ortopedik hospital columbia ini pun ada nasihat, buat senaman berbasikal, paling kurang stress dan risiko kecederaan pada kaki.

Tak pun berenang.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T