Resepi Orang Bujang : Western Food Spaghetti Bolognese Selera Melayu

Assalamualaikum.

Bagi menghidupkan lagi blog yang dah macam nyawa-nyawa ikan, jadinya apa kata kita tulis satu entry pasal resepi. Alah. Macam dulu-dulu kala, resepi yang datangnya bukan dari chef profesional. Cuma resepi yang terasa mahu dikongsi dari seorang gadis bujang untuk bujang-bujang lain di luar sana. Resepi yang mana mudah, murah dan jimat masa. Kenyang? Bolehlah. Haha.

Jangan terkejut. Gambar dia memang antik sikit kalau anda tengok. Gambar 76 minggu yang lepas ada, gambar masa raya tahun 2012 pun ada. Haa! Antik ke tidak? Bukan apa, malam tadi aku duduk masakkan adik aku spagetti bolognese selera orang Melayu, tak sempat tangkap gambar, makanan dah habis, barulah idea nak update blog datang.

Jadi, inilah dia, memperkenalkan SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA. Curlasss gitu nama resepi. Kalau nak yang fancy fancy, nak macam pesen Itali, western bagai, ini bukan resepi yang anda cari ya. Sebab resepi aku adalah resepi mudah, murah, dari bujang untuk bujang. Kekeke. ^^

Terima kasih pada Mak Siah untuk resepi sedap dan mudah ini. Heee.

BAHAN - BAHAN :

1) Spagetti (ikut suka anda nak berapa pek, janji habis makan)
2) Satu botol kimball spaghetti sos (ikut suka nak perisa apa, aku selalu pakai TRADISIONAL / MUSHROOM)

*Kimball spaghetti sos aku selalu pakai 2 botol sebab rumah aku ada 5 orang yang makan dan bertambah sampai 2, 3 kali.

3) 2 @ 3 sudu besar bawang besar yang telah diblender
4) 1 sudu besar bawang putih yang telah diblender
5) 3 @ 4 sudu besar cili boh
6) Ayam cincang Ramly
7) Garam gula secukup rasa
8) Air pun secukup selera anda (kalau aku suka separa pekat, jadi aku letak air cukup-cukup ikut selera aku - GUNA BOTOL SOS SPAGHETTI KIMBALL TADI)

CARA - CARA :

1) Masak spaghetti ikut cara mana-mana pun yang anda suka, janji masak. Macam aku, aku akan panaskan air dalam periuk. Letak sikit minyak zaitun dan sikit garam. Sikit saja. Bila dah mendidih air, masukkan spagetti. Jangan undercook dan jangan overcook okay. Pandai-pandai agak, keluarkan, rendam dalam air sejuk kejap dan rasa. Kalau mentah, masak lagi. Jangan kembang sangat sudah.

*Dalam televisyen orang ajar nak tahu spaghetti dah masak ke belum, campak ke dinding. Kalau melekat maknanya dah masak. Hoho.

2) Keluarkan kuali, panaskan dan letak minyak. Minyak pun jangan sikit sangat dan jangan sampai mengelemih sangat. Asal cukup untuk tumis segala bahan yang ada tadi.

3) Bila minyak dah panas, tumis bawang besar dan bawang putih tadi sampai garing.

4) Agak-agak dah garing dan kekuningan, tumis pula cili boh tadi sampai garing juga. Lagi garing cili boh lagi sedap nyum nyum.

5) Agak dah garing, masukkan sos kimball tadi. Botol dia jangan dibuang. Kita gunakan untuk isi air. Selalu aku gunakan botol tersebut, anggaran air dia lebih kurang satu botol kimball spaghetti sos tapi jangan penuh sangat. Dalam 3/4 lebih sikit pun boleh.

6) Kecilkan sikit api sebab takut kuah dia meletup-letup masa tengah masak. Sebelum masukkan air, masukkan ayam cincang dan gaul sampai sebati. Agak-agak ayam dah cun sikit, masukkan air botol kimball spaghetti sos tadi. Biarkan dia sampai menggelegak.

7) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dan siap!!! 

Okay, sekian resepi dari orang bujang untuk orang bujang. Tak susah pun, kalau teringin nak makan sesuatu, kena usaha sikit, kalau tak memang kebulur. Okay?

Jaga diri. Selamat mencuba dan selamat menjamu selera. Assalamualaikum.

Ulasan

Nurul Athirah berkata…
Kalau satu botol kira kira berapa orang boleh makan
@Eiyra Meseji

Selalu kalau saya masak 2 botol, boleh makan 10 - 12 hidangan. Sebab family saya selalu jenis amik kuah banyak. So maybe 1 botol dalam 6 - 8 hidangan boleh rasanya. Sebab nanti kita bubuh air dengan bahan-bahan tumis lagi kan. :)
tasha johari berkata…
As salam sis nk mntk resipi boleh x? SY x jmpa resipi la

@UNKNOWN

BAHAN - BAHAN :

1) Spagetti (ikut suka anda nak berapa pek, janji habis makan)
2) Satu botol kimball spaghetti sos (ikut suka nak perisa apa, aku selalu pakai TRADISIONAL / MUSHROOM)

*Kimball spaghetti sos aku selalu pakai 2 botol sebab rumah aku ada 5 orang yang makan dan bertambah sampai 2, 3 kali.

3) 2 @ 3 sudu besar bawang besar yang telah diblender
4) 1 sudu besar bawang putih yang telah diblender
5) 3 @ 4 sudu besar cili boh
6) Ayam cincang Ramly
7) Garam gula secukup rasa
8) Air pun secukup selera anda (kalau aku suka separa pekat, jadi aku letak air cukup-cukup ikut selera aku - GUNA BOTOL SOS SPAGHETTI KIMBALL TADI)

CARA - CARA :

1) Masak spaghetti ikut cara mana-mana pun yang anda suka, janji masak. Macam aku, aku akan panaskan air dalam periuk. Letak sikit minyak zaitun dan sikit garam. Sikit saja. Bila dah mendidih air, masukkan spagetti. Jangan undercook dan jangan overcook okay. Pandai-pandai agak, keluarkan, rendam dalam air sejuk kejap dan rasa. Kalau mentah, masak lagi. Jangan kembang sangat sudah.

*Dalam televisyen orang ajar nak tahu spaghetti dah masak ke belum, campak ke dinding. Kalau melekat maknanya dah masak. Hoho.

2) Keluarkan kuali, panaskan dan letak minyak. Minyak pun jangan sikit sangat dan jangan sampai mengelemih sangat. Asal cukup untuk tumis segala bahan yang ada tadi.

3) Bila minyak dah panas, tumis bawang besar dan bawang putih tadi sampai garing.

4) Agak-agak dah garing dan kekuningan, tumis pula cili boh tadi sampai garing juga. Lagi garing cili boh lagi sedap nyum nyum.

5) Agak dah garing, masukkan sos kimball tadi. Botol dia jangan dibuang. Kita gunakan untuk isi air. Selalu aku gunakan botol tersebut, anggaran air dia lebih kurang satu botol kimball spaghetti sos tapi jangan penuh sangat. Dalam 3/4 lebih sikit pun boleh.

6) Kecilkan sikit api sebab takut kuah dia meletup-letup masa tengah masak. Sebelum masukkan air, masukkan ayam cincang dan gaul sampai sebati. Agak-agak ayam dah cun sikit, masukkan air botol kimball spaghetti sos tadi. Biarkan dia sampai menggelegak.

7) Masukkan garam dan gula secukup rasa. Dan siap!!!
Aisyah Ghazi berkata…
thx admin for the tips. senang je ye rupanya buat spagethhi. nnti bole la i try ni. Anyway, free2 jemput datang ke blog i untuk info2 kekal fit dan slim.

>>> Slim & Fit Semulajadi!<<<
Tanpa Nama berkata…
Masukkan juga mixed italian herbs (oregano, thymes, parsley, basil) dan bay leave. Baru rasa original bolognese dari bologna italy
@Tanpa Nama Thanx for the sharing. Pakai herbs memang terangkat spaghetti. Kadang-kadang bubuh juga herbs-herbs semua tu. Tapi sebab tajuk entry spaghetti selera Melayu, tu yang saya tak masukkan sekali tu.

Thanx again for the sharing. Appreciate it. :)
Tanpa Nama berkata…
Pergh..memang sdp..thanks untuk resepi ni..saya dah cuba..mmg sdp..siapa yg terjumpa blog ni..bgus cpt2 masak..kelmarin saya dah cuba untuk buka puasa..thank you again kepada empunya blog ni..:)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?