16 September 2014

Assalamualaikum.

Salam hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Selamat pagi. Oh ya, dan selamat bercuti juga. Hari ini, adik aku yang nombor 3 akan pulang semula ke kolej selepas 5 hari bercuti. Tak jauh mana pun, Nilai saja. Dari Melaka, 1 jam dah sampai.

Hmm. Adik aku dah masuk 21 tahun, habis saja SPM dia tak terus sambung belajar, sebaliknya dia nak merasa dunia bekerja. Dan bekerjalah dia selama 3 tahun tanpa sedar walaupun dah berjuta kali dibebel supaya sambung belajar. Haha. Akhirnya, di usia 21 tahun adikku sambung belajar juga.

Yang paling aku tak sangka, dia ambil course nursing di KPJ Nilai. Hmm. Mula-mula aku tak berapa yakin sangat dia mampu bawa, sebab aku dulu pun dah merasa susah payah dan dugaan belajar medik. Tapi melihatkan kesungguhan dia, kerisauan aku berkuranglah sikit demi sikit. Aku tahu dia mampu redah dan keluar sebagai seorang nurse yang mampu berbakti pada manusia.

Walau macam mana lewatnya pun, lanjutnya usia kita, itu bukan penghalang untuk kita kejar ilmu. Ilmu ada di mana-mana, bumi tuhan ini Maha luas. Kalau ada keyakinan dan kesungguhan, apa pun kita boleh redah.

Dalam kepala otak aku dah berkira-kira nak ambil sijil di NIOSH, nak sambung belajar dan dalam masa sama bekerja. Aku tahu mungkin kelihatan berat dan susah, tapi ini peluang aku nak ubah diri dan ubah hidup. Orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Aku akan cuba keluarkan seribu daya yang aku ada.
:)

Moga satu hari nanti mampu jadi anak bangsa yang dapat dibanggakan. Salam hari Malaysia. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?