A Classic Fairytale Love Story

PICTURES TAKEN FROM GOOGLE IMAGE. 
CREDIT TO THE RESPECTED SITE

Assalamualaikum.

Dulu-dulu masa zaman awal blogging, selalu jugalah aku menaip entry tentang nikah kahwin. Kononnya si Farhana yang ketika itu berusia 22 tahun sibuk duduk rancang nak kahwin bila umur 25 tahun. Tapi sekarang, dah 27, masih single lagi seperti dulu. Haha. Dan bila usia dah nak makin dekat 3 series, perasaan nak sangat kahwin macam zaman awal 20an dulu dah banyak berkurangan. Bukanlah tak nak kahwin, siapa yang tak nak hidup berpasangan, cumanya banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu aku fokus.

Tapi kalau kata jodoh datang, terimalah dengan hati terbuka. Memang dah terbiasa dengan hidup single, cuma kadang ada waktu terdetik juga rasa sunyi sepi dalam hati. Rasa sepi yang lain macam, yang boleh buat kau sebak tiba-tiba. Tapi rasa begitu cuma datang sekali sekala saja. Buat apa nak rasa sepi sangat, DIA kan ada.
:)


Bila usia makin lanjut, ramailah yang cuba kenen-kenenkan. Kenalkan dengan orang ini orang itu. Bagi nombor telefon aku dekat orang itu orang ini. Kadang ada juga yang sapa menyapa melalui social networking service. Aku tak adalah menolak, orang kata cuba kenal hati budi. Mana tahu boleh click, ada chemistry, itu pun dah langkah pertama.

Aku tak pasti samada aku terlalu paranoid atau apa, tapi ramainya yang mula-mula konon kata nak kawan-kawan dulu bila dengar aku cakap aku cuma gadis pendek gemuk yang biasa-biasa saja, tapi bila mereka tahu aku lulusan medik dan bergelar seorang doktor, esok lusa terus kata, "boleh tak kita jadi pasangan", "kita kahwin", "saya nak awak jadi isteri saya". Hurm. Memang ayat-ayatnya kelihatan indah, tapi setiap darinya aku sikit pun tak rasa keikhlasan, yang tulus datang dari hati.


Ya, aku seorang lulusan perubatan. Pernah bekerja sebagai doktor selama setahun lebih, sebelum aku berhenti atas sebab kesihatan dan sekarang sedang berkira-kira samada mahu menyambung perkhidmatan atau tidak. Aku dah lalui hidup bergelar seorang doktor yang penat, mencabar, gaji pula syukur Alhamdulillah orang kata bolehlah. Nak kata boleh kaya raya, mungkin tidaklah kot. Kecuali seorang specialist / consultant.

Tapi itu yang aku takutkan. Ada orang yang terima aku bila dengar pekerjaan aku. Tanpa lihat aku macam mana, tanpa kenal aku bagaimana. Mungkin lain kali aku tak patut terlalu berterus terang sangat agaknya. Itu yang buat aku rasa dah serik dan malas nak berusaha. Kalau ada jodoh, adalah.


Mungkin sebab benda ini selalu bermain di fikiran aku, memikirkan tentang keikhlasan hati manusia, terus ianya jadi mimpi tidur malamku. Dalam mimpi aku, aku telah diperkenalkan dengan seseorang, untuk dijodohkan, tapi cuma kenal melalui gambar sahaja. Begitu juga dengan dia. Tapi sayangnya, si lelaki menolak secara baik perjodohan tersebut. Nak dijadikan cerita, kami berdua dipertemukan, berkenalan, dan jadi kawan. Aku sikit pun tak mengenali dia. Tapi si dia dapat cam aku melalui gambar yang pernah ditengoknya dulu.

Dari situlah, dia luahkan perasaan dia untuk jadikan aku isteri, dan dia cakap dia pernah tolak aku sekali tanpa kenal diri aku, dan dia tak akan buat kesilapan kali kedua. Dan aku masih ragu-ragu, aku tanyakan pada dia, dia tak kisah ke aku ni pendek, gemuk pula tu, biasa saja. Tapi dia kata, dia sukakan aku sebab diri aku. Saat dan ketika itu, memang air mata aku mengalir tak hentilah. Sampai aku terjaga dari tidur sebab perasaan gembira. Tapi rupanya, mimpi. Haha. Sampai basah segala bantal kepalaku sebab menangis dalam tidur. Err.


Aku memang ada inferiority complex yang agak besar tentang keadaan diri aku. Sampaikan aku takut nak berkenalan dengan orang sebab aku takutkan penolakan, rejection. Yang paling aku takut bila orang terima aku kerana sesuatu yang duniawi yang aku miliki, bukan kerana diri aku, personaliti aku.

It hurts. Really deep. And that scars, somehow causing massive loneliness at some point in my life. Cuma pada DIA aku berdoa, mohon dibuang rasa resah dan sedih yang kadang-kadang aku rasakan ini. Kita hidup bukan untuk manusia lain. Kita hidup untuk DIA yang Maha Esa. Kalau bukan sekarang, mimpi indah itu mungkin akan jadi nyata satu hari nanti.

Sampai sini dulu coret aku. Selamat malam. Assalamualaikum.





Ulasan

Time Traveller berkata…
Banyak kan berdoa pada Allah.. Siapa tak nak ada jodoh kan.. tapi apa pun tolak dulu pandangan siapa nak terima kita sebab kita ini itu.. kerja apa.. belajar apa.. etc..

Kadang2 tengok pada hikmah.. kehidupan kita juga .. jauh mana kita dgn Allah.. well apa pun saya doakan moga segala urusan di dunia ini dipermudahkan Allah Amin :D
farhana berkata…
InsyaAllah, moga ada jodoh yang terbaik menanti kita. Orang kata, yang lambat tu tak semestinya tak baik. Bersangka baik pada Allah. There is someone, somewhere, waiting for the right time to be your someone special.

Sama-sama kita doa ya :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?