#1 Selepas Berbuka (Kerang Bakar) : Bakar Jangan Tak Bakar


Assalamualaikum.

Amboi. Mengular kekenyangan semua ya lepas berbuka dan berterawikh. Mata aku pun dah mula kelayuan selepas menjamu selera. Sebelum berbuka tadi aku kongsikan entry tentang masakan untuk hari pertama puasa. Berdebar juga aku, takut kalau-kalau tak menjadi dan tak sedap. Maklumlah bulan-bulan puasa mana boleh nak merasa. Tapi orang kata, agak-agak. ^^ 


Alah! Orang kalau tengok aluminium foil pun dah boleh agak masakan apa ya tak. Tak adalah misteri sangat. Heh! Dah tentunya sesuatu yang bakar jangan tak bakar. Ikan bakar ke, kerang bakar ke, pari bakar ke dan macam-macam lagilah yang boleh bakar dan dibakar.

Dan kalau dah masak makanan yang berunsurkan bakar, dah tentulah kena ada kuah untuk dicecah. Iya tak? Mula-mula aku agak keliru juga, samada mahu buat air asam atau sambal kicap pedas, tapi selepas bertanya pada mak, dan memandangkan ahli rumah aku tak berapa minat air asam, jadinya aku buatlah sambal kicap pedas untuk dicecah.

Aku dengan kejamnya memaksa adik aku untuk buat thumbs up. Padahal masa ini masih ada setengah jam lagi mahu berbuka. Belum rasa dah thumbs up. Eh! Apa kes? Haha. Tapi tak sia-sia thumbs up adik bongsu aku. Sambal kicap pedas ini memang menjadi. Macam restoran habaq hang. Kekeke.


Jangan tengok rupanya yang sememeh, kena rasa dulu baru boleh nilai. Bahan dia tak banyak mana, bawang merah, bawang putih dan belacan bakar ditumbuk. Cili merah, hijau dan cili padi dipotong kecil-kecil. Masuk kicap, gula dan garam secukup rasa. Akhir sekali kita perah limau kasturi dalam 4 biji ke dalam bahan yang kita dah campurkan kesemuanya tadi. Dan tadaa!! Siap!!

Oh ya! Apa yang kita bakar tadi ya. Inilah dia. Kerang bakar Cahaya Riang Gembira. Haha. Percubaan pertama, alhamdulillah berjaya. Satu rumah makan dengan berseleranya. Dan lagi sekali, jangan tengok rupa sememeh, rasanya jjanggg!! Haha.


Tak susah mana juga resepinya. Kita blend bawang besar, bawang merah, bawang putih, belacan, halia atau lengkuas, cili padi dan cili boh. Bahan yang dah diblend tadi kita tumis dan sebelum diangkat, taburkan serai. Aku guna dalam 2 batang serai, dan dihiris-hiris. Kerang tadi kita masukkan dalam aluminium foil dan kita lumur sambal yang kita tumis hingga garing tadi. Taburkan daun limau purut dan bawang besar yang dimayang lalu ditutup kemas dan dibakar. Bakar kerang selalu tak perlu lama-lama. Aku bakar guna dapur elektrik dalam 20 minit. Sebelum berbuka, aku panaskan sekali lagi di atas dapur dalam 5 minit.

Senang nak tahu dah masak atau belum, kita tengok samada mulut dia terbuka atau tak. Jika dah, maknanya sudah masak dan boleh dimakan. Cecah pula dengan sambal kicap, fuh, memang meletup. Okay, untuk para bujang di luar sana, bolehlah cuba resepi ini. Gerenti tak menyesal.

Okay. Sampai sini saja. Ada kelapangan, kita teruskan dengan resepi lain pula. Selamat meneruskan ibadah puasa. Jaga diri. Assalamualaikum.
:) 









Ulasan

el berkata…
1st time tgk kerang bakar with the sambal sekali tu..sllu org bakar cam tu je kan..thumbs up lahhhh hehe
Hime berkata…
alamak,silap baca entry ni masa lepas sahur.kan dh terliur.opss

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?