Resepi Makan Tengahari Makan Malam Orang Bujang : Kerang Bakar Riang Gembira



Assalamualaikum.

Exaggerated sungguh tajuk. Kan? Pertama sekali, orang akan kata resepi macam kompleks, tapi kenapa aku bubuh tajuk "resepi orang bujang"? Kerana sepatutnya ikut logik resepi orang bujang dah tentulah yang mudah-mudah. Ya tak? Sebabnya aku bujang lagi. Lalala.
:P

Tapi sebagai orang bujang, tak mencabar juga kalau selalu masak masakan yang simple-simple, sekali sekala susah sikit, apa ada hal. Perut pun kenyang, hati pun riang dapat makan sedap sekali sekala. 

Kali ini aku nak kongsikan resepi kerang bakar yang bagi aku tak adalah susah mana pun. Kerang bakar ini aku buat kelmarin, sekali dengan percubaan pertama aku membuat TOM YAM PUTIH ALA THAI. Lain kali aku share resepi tom yam putih okay. Sebiji macam makan dekat kedai siam. Nyum nyum!!
:)

*Sorry! Kualiti gambar tak cun sangat.*


BAHAN-BAHAN : 
(Kalau ikut aku, memang pakai campak sesaja. Aku bubuh bawang dan cili lebih banyak dari kuantiti di bawah sebab nak dapatkan banyak sambal. Lagi sedap kalau lumur banyak-banyak.)

1) Kerang - 1 Kilo
2) Bawang merah besar / Bawang Holland - 3 biji
3) Bawang putih - 4 ulas
4) Cili merah - 3 batang
5) Cili padi - ikut suka anda dan tahap kepedasan anda
6) Lengkuas - 1 cm
7) Halia - 1 cm
8) Belacan - 1 inci
9) Serai - 2 batang
10) Daun limau beberapa helai
11) Air asam jawa sikit
12) Garam dan gula secukup rasa
13) Daun pisang dan aluminium foil

CARA-CARA :

1) Cuci kerang anda dahulu bersih-sebersihnya.

2) Blender kesemua bahan dari NOMBOR 2 hingga NOMBOR 8. Panaskan kuali. Bubuh minyak untuk menumis.

3) Tumis bahan-bahan yang telah diblender tadi sehingga garing. Maksud garing di sini, agak-agak cili dia rasa dah masak. Faham tak? Hehe.

4) Serai dihiris. Ikut suka anda nak hiris besar-besar atau kecil-kecil. Masukkan serai yang sudah dihiris ke dalam sambal yang ditumis tadi.

5) Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.

6) Kerang yang telah dicuci tadi dimasukkan ke dalam kuali. Kaup balikkan supaya rata sambalnya. Masak dalam kuali sekejap saja, dalam 5 minit.

7) Sediakan aluminium foil di dalam pan / pemanggang ajaib, dan lapik di atasnya dengan daun pisang untuk lebih enak orang tua-tua kata. Kerang yang di dalam kuali tadi bolehlah dipindahkan ke dalam pan tersebut.

8) Carikkan beberapa helai daun limau purut. Dan bungkuslah aluminium foil tersebut.

9) Bakar di atas dapur gas atau dapur elektrik dengan api kecil selama 20 minit ke 30 minit. Dan siap!

*Kalau pakai pemanggang ajaib, tak perlu dah guna aluminium foil. Tapi nak guna daun pisang boleh.*


Kerang bakar bercili ini sangat sedap dicicah bersama kuah kicap. Dan nak buat kicap pun sangat senang. Bukan saja boleh dimakan dengan kerang bakar, boleh juga dimakan dengan ikan bakar dan segala macam bakar yang lain.

Caranya tumbuk bawang merah kecil, bawang putih, belacan 1 inci dan cili padi. Masukkan kicap, sedikit gula kalau suka dan akhir sekali perahan air limau kasturi. Dan siap. Sedap hingga menjilat pinggan mangkuk. Confirm!!!

Okay, akhir kata sampai jumpa lagi di lain entry. Maafkan diri ini yang sekejap timbul sekejap tenggelam. Maklumlah, sibuk mempersiapkan diri untuk menjadi seorang isteri yang power rangers. Kekeke. 

Happy weekend people. Assalamualaikum.
:)

Ulasan

Gieyana berkata…
menariknyaa...nnt leh cuba..:-)
Tanpa Nama berkata…
Best x ni ? Seram
...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?