Migrate | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Migrate

3 comments
Assalamualaikum.

Salam hujung minggu untuk semua. Semenjak dua menjak, aku banyak duduk berfikir, sambil keluarkan planner dan conteng-conteng. Dah macam lagak gaya Perdana Menteri, macam-macam yang difikir dan nak dibuat.

Migrate. Hijrah. Dari satu tempat lama ke satu tempat yang baru. Banyak masa aku habiskan dalam beberapa minggu kebelakangan ini memikirkan tentang ini. Berhijrah ke tempat baru. Bukan impian, bukan cita-cita, tapi lebih pada perancangan. Entah kenapa, kali ini terasa tekad begitu bulat sekali, sampai lebih 10 muka surat perancangan.


Dah bosan ke duduk Malaysia? Dah berpatah arang ke? Ke nak lari jauh-jauh dari situasi dan keadaan? Haha. Bukan bukan bukan. Cumanya terasa macam nak cari pengalaman baru, nak buka mata, timba ilmu. Dalam kepala otak cuma ada dua tempat, United Kingdom dan Korea. Haha. 

Perancangannya dalam tempoh 5 ke 10 tahun akan datang. Migrate bawa mak bawa abah dan bawa adik-adik lelaki aku yang dua orang. By that time, adik-adik perempuan aku yang 2 orang pun mungkin dah kahwin agaknya dan ada anak. Jadi, biarlah mereka dengan keluarga mereka. Aku sebagai anak sulung, biarlah aku bawa mak abah dan adik-adik lelaki aku berhijrah. Hajatnya nak sambung belajar. Paling tidak pun kalau ada mak, ada orang boleh masakkan makanan Melayu kalau aku stress belajar stress exam. Hehe. Ada abah untuk bagi aku nasihat. Ada adik-adik lelaki untuk jadi bodyguard aku di negara orang. Tak adalah kesunyian aku nanti. Dalam masa yang sama, biarlah adik-adik aku sambung belajar di negara orang. Buka mata timba pengalaman.


10 tahun, 15 tahun, dah puas tengok negara orang, pulanglah ke Malaysia. Lagipun hujan emas kan di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Bila aku duduk berfikir masa depan di usia 26 tahun ini, banyak perancangan hidup aku dah berubah jika nak dibandingkan masa umur aku 20 tahun, 23 tahun. Umur yang ketika itu asyik fikir, umur berapa nak kahwin. Haha.

Umur sekarang, perancangan hidup sedikit sebanyak dah berubah. Aku lebih banyak memikirkan kehidupan keluarga, adik-adik, dan pekerjaan aku. Soal peribadi, bila zaman muda kita dah selalu memikirkannya, di usia pertengahan kita jadi lebih longgar dan tak terlalu memaksa.  


Harap penghijrahan yang aku rancangkan dapat aku laksanakan. Walaupun hakikatnya aku tak nampak jelas lagi masa depan itu bagaimana, tapi paling tidak kalau aku merancang, ianya akan jadi jelas sedikit demi sedikit. Kan?

Teringin nak rasa pengalaman update entry blog Cahaya Yang Riang Gembira di negara orang pada musim sejuk, sambil pakai sweater tebal, baju bulu-bulu, kain lilit-lilit leher, sarung tangan bulu, dan segala macam bulu dari kepala ke kaki, dan minum kopi panas. Indahnya. Hehe.

Selamat malam semua. Semoga apa yang kita rancangkan akan terlaksana suatu hari nanti, tak kisahlah cepat atau lambat. Selamat berhujung minggu. Assalamualaikum.
:) 

3 Comments Here:

penaberkala berkata...

kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukan
apapun, semoga setiap inci harapan dan perancangan dapat dilaksanakan di kemudian hari

tak salah untuk pasang impian, moga ia dapat memotivasikan kita ke arah itu

apapun, all the best
nanti dah gi oversea, jangan lupa update blog pasal musim salji smua k,hehe

farhana berkata...

Hi bebeh! :)
Lama rasanya tak singgah as da lama I xupdate blog hehe

Bagus tu. Buat perancangan dalam bentuk tulisan n dlm masa yg sama visualize it. The most powerful way untuk realisasikan impian.

Sebagai kwn, I akan sentiasa support n doakan moga impian u akan berjaya direalisasikan, ameen :)

Akma Khaieri berkata...

setiap perancangan yang telah rancanakan tidak semestinya menjadi apa yang kita impikan...berdoa adalah jalan yang terbaik...salam berkenalan dari saya untuk mengeratkan lagi perhubungan sesama bloggers...

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.