This Boy Is The MC For Running Man? Really?


Assalamualaikum.. Salam pagi Ahad semua.. Wah.. Pagi Ahad, cuaca yang cantik untuk mengular dalam bilik.. Walalupun Subuh aku tadi dimulakan dengan sedikit amarah, tapi rasanya dah reda as the day goes by.. Semenjak petang semalam hingga ke tengah malam bekalan air di asrama tak ada.. Puas juga aku merantau dari blok ke blok petang semalam, dekat 3 blok juga tak ada air.. Akhirnya di blok keempat, Alhamdulillah ada air, itu pun dah nak habis.. Syukur Alhamdulillah, pagi tadi air dah ada semula.. Seksa juga tak ada air..

Walaupun tak ada air, tapi masih ada lagi yang begitu "rajin" membuang air di bilik air yang tak ada air.. Air kecil okay lagi kot, tapi yang besar? Maaf! Tertulis benda tak elok pula pagi-pagi begini.. Bukan apa, marah jugalah.. Nak tak nak, kena cuci dulu tandas baru selesa nak guna.. Lagipun hari Ahad, cleaner dah tentu bercuti.. Emosi terlebih bukannya apa, bukan selalu pun kakak senior nak emosi, kena ingat, kita hidup dalam komuniti kot, where we share the toilets, the bathrooms.. Aigoo.. Okay Farhana, kawal emosi..

Melencong jauh dah entry.. Maaf.. Aku saja nak kongsi gembira dan gelak tawa aku di pagi Ahad.. Aku usha Facebook adik bongsu aku.. Cuba tengok apa yang buat aku gelak.. Tak sangka sampai begitu sekali.. LOL..

Macam aku pernah cerita dulu, adik lelaki bongsu aku memang pemalu dan pendiam.. So, bila dia buat sesuatu yang melawakkan, memang tergelak besarlah.. Boleh pula dia tulis dia BEKERJA sebagai MC RUNNING MAN.. Amboi.. Ada hati nak caras Yoo Jae Suk the National MC of Korea.. Cuba tengok dia study apa dan di mana? STUDIED RUNNING MAN at CHELSEA.. Adoiyai.. Tak boleh nak kata apa..



Adik aku yang seorang ini memang peminat fanatik bola.. Tapi tak sangka, RUNNING MAN, variety show Korea itu pun boleh terselit dalam minat dia.. Well, indeed like sister like brother.. Weeee..

Till here then, happy weekend peeps.. Assalamualaikum..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sumpah skit atie if xdewk air kan kak!
tapi baguslah dah ada air..
tak le busuk!
hehehe

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.