Home Sweet Home : Memperkasakan Skill Rumahtangga | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Home Sweet Home : Memperkasakan Skill Rumahtangga

4 comments
Assalamualaikum.. Salam pagi Rabu.. Eh.. Dah Rabu ya.. Tak sabar nak merasa cuti tahun baru pula.. Seksa aku nak menghadap keadaan sekarang.. Stress sampai tahap nak memandang muka orang pun aku rasa, alahai, lemah sangat.. Tapi cuti tahun baru nanti tak adalah menarik mana sebab hanya berkampung di Kuala Lumpur saja, tak seperti cuti Hari Natal, yang mana aku dapat pulang ke rumah setelah hampir sebulan tak balik.. Tak kisah, asalkan HOLIDAY!! Stress free day!!


Kalau orang yang tak kenal aku singgah blog ini, baca tajuk atas nun, orang dah tentu-tentu akan anggap aku wanita yang dah berkahwin.. Kan kan? Ecewah.. Wanita okay.. Auwww! Berbalik pada tajuk, bukan apa pun, aku cuma nak sampaikan, rumah adalah tempat terbaik untuk memperkasakan skill rumahtangga.. Tak kisahlah, yang dah berkahwin, atau pun belum.. Memandangkan, usia pun dah nak masuk suku abad tak lama lagi (ouh.. sungguh sukar nak percaya..), makanya sesi memperkasakan skill rumahtangga harus dilakukan dengan lebih giat..

Manalah tahu.. Just around the corner saja.. Ehem ehem!!! =p

Dan untuk itu, untuk pertama kalinya, aku turun padang dan, "it's baking time".. Memang ini pertama kali aku buat kek, dari mula sampai akhir, dengan dibantu seorang adik lelaki aku.. Selalunya, aku tolong tengok, tolong gaul-gaul, paling malas sekalipun, aku tolong tengok.. Hehe..  Bukan apa, semenjak tekak menanam minat dalam makan memakan kek coklat lembab, tergerak pula rasa hati nak cuba buat..

Orang kata, ini kek paling termudah sekalilah.. Dan untuk first timer, atau pun rasa nak baking bersama anak-anak dan giving them first exposure in baking, choc moist cake adalah pilihan terbaik.. Itu apa yang aku bacalah.. Jadi aku google sana sini, pilih resepi mana yang terbaik.. Akhir sekali, aku jumpa satu resepi di YouTube, satu rancangan di Astro Awani bersama Chef Marina.. Jadi, apa lagi, beli bahan-bahan dan malamnya terus memulakan operasi..


Hasil yang teramat sememeh sekali.. Amatur okay.. Masih boleh diterima.. Hehe.. Kenapa aku pilih resepi ni eh? Sebab untuk toping dia, atau ganache dia, tak guna coklat masakan.. Sebab entah kenapa, aku tak suka coklat masakan yang keping-keping, lepas tu kena cairkan.. Kekeke.. Cerewetnya!!

Dan pinggan di atas disumbat masuk ke dalam peti ais.. Hanya dipotong keesokan paginya..  Jom tengok bila dah potong macam mana..


Okay.. Jom zoom dekat.. Menakutkan! Ada lubang besar lagi.. Haha.. Apa aku boleh cakap, masih ada lagi yang tak betul, mungkin bahan terlebih atau terkurang, masih tak pasti lagi, tapi kek dia sangat sedap.. Nice one juga resepi Chef Marina.. Sampai Mak Teh aku kata, boleh buat berniaga raya tahun depan.. Haha.. Ada masa ke aku nak bake? Entahlah.. Cuma ganache dia agak manis dan tak berapa sebati digaul.. Haish.. Ini kerja nak cepatlah ni.. =p


Overall, agak berpuas hati untuk percubaan kali pertama.. Dan kek dah habis dah pun.. Ada masa nanti, bolehlah buat lagi.. Kita betulkan mana yang kurang, mana yang lebih.. Hee.. Okay.. Sampai ketemu di lain masa untuk sesi memperkasa skill rumahtangga okay.. Ewahhh!! =p

Till here peeps.. Enjoy your day.. Happy working and studying.. Assalamualaikum..


4 Comments Here:

Lelaki Ini berkata...

ya Allah...
Akak!
Nmpk sgt2 sedap!

♥CIK SHA♥ berkata...

Doc Hana..nak resepi! nak try jugak la..^_^

Saya berkata...

walau apapun terjadi harap2 semangat nak membakor tu sampai ke hujung nyawa ... :P

black_mel berkata...

saye 1st time singgah...puan blog dh kawen ker?hehehe...kidding..

not bad for the 1st try..keep up ur good work...nnti leh try..hehe..

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.