Dulu Tak Berkenan, Sekarang Dah Sayang

Assalamualaikum..

Selamat pagi Isnin semua.. Segar terasa bangun pagi Isnin selepas berpenat jalan seharian semalam.. Janji temu dengan sahabat baik tercinta, bersama dua orang yang lain, cukup seronok.. Menonton wayang di E@Curve, makan-makan di Kenny Rogers, layan bowling, jalan-jalan usha booth yang menjual barangan untuk perayaan Krismas nanti, dan makan dan jalan dan makan.. Fuh!! Buncit rasanya perut.. 

Balik pada tajuk kita, apa benda yang dulunya aku tak berkenan? Apa lagi kalau bukan KUCING!! Aku kurang berkenan atau dalam erti kata lain aku seram, ngeri, geli dan takut pada kucing, terutama sekali anak kucing.. Kalau ada kucing yang tiba-tiba didukung dan disuakan pada aku, memang akan kedengaran jeritan aku sebatu jauhnya.. Takut weh!! Haha..

Tapi selepas bertemu dia, aku dah jatuh cinta.. Sebab dia sangat comel!! Tambah bila dia buat muka seperti di bawah dengan mata bulat besar.. Tolonglah, rasa nak dukung dan bawa balik okay..



Itulah dia, si Puss The Boots.. Kucing comel, yang macho, bergaya, gentleman, romantik dan juga cool plus steady.. Haha.. Dah macam manusia kan? Terima kasihlah pada sahabat baikku dan juga encik kekasih hatinya kerana sudi belanja aku tengok Puss The Boots semalam.. Filem yang menceriakan hari aku.. Dari awal cerita sampai akhir, memang asyik gelak.. Haha..


And not forgotten, our dear Humpty Alexander Dumpty yang naughty dan pendendam.. Haip! Rasa nak pecah buat telur dadar bila tengok.. Half boiled egg pun sedap.. Ops!

Kalau aku ada anak ada suami, memang hujung minggu, time cuti-cuti, memang aku bawa pergi tonton Puss In Boots.. Entertaining.. Budak-budak ramai dalam panggung semalam.. And they enjoyed the show very much as I do..

Okay semua, till here.. Have a great weekdays ahead.. Assalamualaikum..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.