Berdendang Anak Jalanan

Assalamualaikum..

Tajuk entry adalah inspirasi yang terbit selepas menonton short film bertajuk Oley.. Sebuah filem pendek yang agak bagus dari pandangan mata aku, mudah difahami dan jelas apa isinya dan pengajarannya.. Alunan yang mengakhiri filem pendek tersebut yang buat aku tergerak hati mahu menjadikannya tajuk untuk entry kali ini..

Syukur Alhamdulillah, aku sudah beransur sihat.. Selsema sudah makin hampir ke penghujung, cuma tekak saja yang masih lagi tak berapa nak elok.. Sepanjang aku tak berapa nak sihatlah, kereta aku tak boleh dibawa berjalan ke mana-mana.. Ibarat lumpuh sebelah kakilah terasa hidup aku.. Mahu tak mahu, terpaksa cari alternatif lain, cara dan jalan lain untuk bergerak, semua masalah ada jalan penyelesaiannya.. Iya tak? Kena usaha sedikitlah.. Tak boleh nak manja selalu..


Selalunya kalau aku tak sihat, aku wajib makan buah.. Tak kiralah buah apa, tekak aku, waktu sakit, makanan yang wajib nak ditelan adalah buah.. Entah kenapa, tapi memang dari dulu begitu.. Tiap kali sakit, aku cenderung makan buah dengan banyaknya.. Terfikir-fikir juga, macam mana aku nak keluar dari UM dan membeli buah.. Alhamdulillah, berjaya cari jalan penyelesaian untuk masalah dan kebuntuan yang melanda..

Tempat membeli buah adalah Kampung Pantai Dalam.. Rata-rata penjual di situ adalah Melayu ataupun rakyat Indonesia.. Pertama kali aku ke situ.. Apa ya yang aku beli.. 6 biji epal merah, sesisir pisang, dan 10 biji buah salak.. Oh! Dan tak lupa, buah yang bakal menjadikan sakit tekak aku makin teruk, buah rambutan, 3kg.. Amboi!! 3kg sekali.. Hamek! Kongsi dengan roommate okay.. Dan buah-buah itu semua aku habiskan dalam masa 3 - 4 hari.. Haaa!! Kan aku dah kata, waktu tak sihat, aku memang jadi gila buah.. Sesisir pisang aku habiskan dalam masa 2 hari.. Memang seronoklah perut, sihat! Keh keh keh..

Alhamdulillah.. Makin sihat rasanya.. Lagi 2, 3 hari, InsyaALLAH akan sihat sepenuhnya.. Mudah-mudahan.. Duduk di perantauan, banyak dugaan.. Kadang-kadang benda yang tak diduga datang kepada kita, tapi itu semua yang mematangkan dan mendewasakan kita.. A process of life, where everyone get a chance to experience it.. Right?

Till here.. Selamat malam.. Do take care peeps.. Assalamualaikum..

* * * * *
Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga ku diberi pedoman

IMPIAN ANAK JALANAN
(KEMBARA)

* * * * *

Cebisan ini khas dedikasi untuk semua perantau, anak jalanan, buat hiburan dan moga jadi ingatan.. =)



Ulasan

Cikgu Fonik berkata…
Salam,

Tu dia aih, setandan pisang?! bela monyet kah?

http://toadjitsu.blogspot.com/2011/12/stone-soup.html
@Gentleman Frog Haah kan.. Bela monyet ke apa.. Bila encik Gentleman Frog cakap baru saya terpikir.. Kah kah kah.. Sesisir laa.. Ape daaa.. Isk isk isk.. =p
Nazz@Purple berkata…
dekat UM ke?..dkt je la..nazz kat TM dpan tu je..jom lepak kat pantai dalam..
NoraChan berkata…
makan rambutan je??
alang2 minum la air gas and makan AIskrim sekali... baru la ceta baik sakit tekak tu,,,, hohohoh
ch!natsu berkata…
buah salak? nak sikit..!!! lamanyer xmkn buah salak..
slalunya dulu klu ayah chin blk sbh or srawak bw blk buah salak mesti chin yg mgabeskan..
coz sibling lain xbrape gemar..
aish trus mengidam buah salak.. huhu~

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.