Zikir Buat Dhia

Assalamualaikum.. Salam malam minggu semua.. Hari Jumaat, hari yang agak memenatkan, sampai saja bilik, terus tertidur tak sedarkan diri.. Bangun-bangun, terus aku feeling-feeling nak layan Tentang Dhia episod akhir.. Maklumlah orang tak ada tv, kenalah tunggu orang upload online.. Motif gambar bawah ini diletak dengan Tentang Dhia? Entahlah.. Cuma nak cakap, semua orang mimpikan nak ada keluarga bahagia.. Zikir dan Dhia pun mesti macam tu juga.. Kau, aku, kita semua dah tentu-tentu inginkan benda yang sama juga.. Kan? =)


Tentang Dhia, yang mana sebelum itu tajuk yang diberikan adalah Zikir Buat Dhia, dah pun berakhir semalam.. Aku tengok ramailah duduk mengulas dekat Facebook, dekat Twitter.. Kerja aku? Refresh sejuta kali.. Dah ibarat macam aku tengok betul-betullah membaca semua ulasan yang ada.. Ulasan yang ditulis dengan macam-macam perasaan dan emosi, ada marah, benci, kasihan, sedih, geram dan banyak lagilah.. Dan macam-macam juga ayat tak puas hati yang aku baca.. Hehe.. Sabar ya korang..


Rata-rata aku lihat ramai yang tak puas hati, duduk berleter dengan pengakhiran drama Tentang Dhia semalam.. Fuh!! Biasalah kita, kalau tengok drama, macam immerse sekali dalam drama, jadi macam-macam feeling yang keluar.. Tapi apa pun, cerita dah habis dah pun, kira okay jugalah melihat Dhia meninggal di sisi suaminya dan tak lama itu, Zikir pun menyusul.. Walau dengan lelehan air mata pun, aku tetap rasa gembira dengan ending dia..


Adatlah dah namanya drama, tak semua ada happy ending.. Mesti ada yang sad ending juga.. Macam hidup kitalah, tak selalunya, 24 jam kita selalu gembira, ada masa juga yang kita sugul, sedih, dan macam-macam lagilah perasaan yang tak best.. Kan kan kan? =)

Hidup berumahtangga yang ditonjolkan dalam cerita ini pun, refleksi dari dunia depan mata kita juga.. Lumrahlah, ada turun naik.. Kan? Mana ada pantai yang tak dihempas ombak dan badai.. Kan lagi? Heee.. =)


Apa-apa pun, yang penting, kita sebagai manusia yang ada akal fikiran, ada agama sebagai pegangan, apa yang baik, kita jadikan ikutan, benda yang kita tahu tak elok dan memudaratkan, kita jauhkan, kita jadikan apa yang kita lihat dari pengalaman orang lain sebagai pengajaran dan pedoman.. Itu yang sepatutnya..

Bagi aku, ada drama yang bukan saja untuk hiburan, tapi untuk kita fikirkan dan renungkan, apa benda baik yang boleh kita ikut, apa benda tak baik yang kita perlu jauhkan dan tinggalkan.. Kan kan kan? Overall, Tentang Dhia is worth watching.. Melihatkan kehidupan Dhia dari awal lagi, kisah cinta pertama yang kecundang di tengah jalan sampailah dia bertemu dengan jodoh yang Allah temukan untuk dia.. After all, even they both died, cinta mereka tetap bersemi dan mekar.. Lagi sekali, kan? =)

Okaylah.. Dah panjang makcik membebel.. Maaflah ya.. Termeleret pula entry hari ini.. Haha.. Jaga diri semua.. Enjoy your weekends and holidays.. Assalamualaikum.. 

Ulasan

syanabel berkata…
Betul tu, melalui drama je banyak benda kita boleh belajar dan ambil iktibar. Jangan jadi org yang hanya tahu nak kritik je.

Jodoh pertemuan semuanya tuhan yang tentukan. Kita hanya mampu merancang.

Happy holiday and selamat menyambut tahun baru kak Farhana. Good Luck in whatever you do!
kurus berkata…
SAYANG AKAK X DPT TGK LAST EPISOD NIE HUHUHU

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.