Ini Bukan Kisah Sains Fiksyen


Tersebutlah kisah, ada seorang gadis yang terlalu menyukai epal.. Bersama epal, hadir juga sebuah senyuman.. Senyuman yang sentiasa di bibir, menguntum indah tapi entah esok lusa, bila layunya epal, senyuman itu juga akan turut pudar dan suram.. Siapa tahu..



Hari-hari yang dilalui diisi dengan senyuman.. Senyuman yang sentiasa terlekat di wajahnya.. 



Epal hijau, epal merah, semuanya disukai.. Bila dah suka, sukar nak kikis dan ingin selalu ada sebiji epal setiap hari.. Tapi, mana mungkin.. Setiap hari?



Pun begitu, sukanya pada epal masih ada dan terus terukir dalam diri.. Entah bila akan lenyap atau hilang, dia sendiri tidak pasti.. Selagi ada epal, selagi ada senyum..



Atau mungkin saat itu telah tiba? Dan epal itu akan pergi membawa bersama senyuman yang terukir lantas memudarkan terus rasa suka dan kenikmatan yang pernah dirasai.. Yang ada kini, hanyalah . . . . . 

* * *

Assalamualaikum..

P/S : Rapuan malam hari.. 13 Disember 2011..


Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.