I Won't Be Offended

Assalamualaikum..

Hujan masih lagi renyai di luar sana.. Selesai makan malam.. Lauk dewan makan hari ini adalah ayam masak sambal.. Kenyang Alhamdulillah.. Sebenarnya sudah agak lama aku tak turun ke dewan makan.. Entahlah, malas barangkali.. Haih.. Nak makan pun malas.. Apa nak jadi..

Tapi kedatangan aku ke dewan makan pada hari ini cukup untuk bikin aku senyum gembira lewat petang Khamis ini.. Cukup cukup gembira..


Again.. I believe it's the small little thing that make people smile.. Tak percaya? Tadi masa ambil nasi, aku hulurkan kad makan pada makcik yang jaga dekat situ.. Makcik pandang aku dan senyum, tiba-tiba dia bersuara, "Lama Acik tak nampak kamu turun dewan makan.." Aku pun tersenyum lebar dan mengangguk, mengiyakan kata makcik..

Bayangkan, setiap hari beratus-ratus pelajar yang akan beratur ambil makan, makcik yang tukang tick kad makan pun mesti tak ada masa nak ingat seorang-seorang.. Tapi tak sangka, makcik boleh ingat juga aku yang dah lama tak turun dewan makan, walhal aku jarang berborak dengan dia, cuma senyum lebar dan ucapkan Terima Kasih saja pada dia.. Mungkin sebab tabiat aku agaknya, tiap kali menghampiri makcik tukang tick kad makan tu, aku akan bersandar dekat palang tepi tempat makcik duduk, aku senyum, sambil-sambil usik anak dia kadang-kadang.. Itulah kerja aku..

Something that make people smile, aite? =)


Teringat aku pada bait lagu David Archuleta - Falling Stars yang cukup aku suka..

"When you forget me, when you don't remember my name, not even a memory, somewhere in the back of your brain.. I won't be offended.."

Sometimes, you wish that in somebody's busy life, even if it is just for a second, you will struck that somebody's mind.. You pray that in the back of their mind, somewhere in the corner of their heart, you still exist and not being forgotten..

But when they forget you, you say "It's okay.. I won't be offended.." Really? Mulut mungkin tak kisah, tapi dalam hati mungkin terguris.. 

Aku? Tak mengapa jika Nur Farhana tak diingati, cukuplah sekadar mengingati ada si gadis comel yang selalu tersenyum dengan epalnya di dunia sebelah sini.. That'll be enough for me, and I won't ask for more.. =)

Paling penting, jangan lupa diri sudahlah.. Love yourself..

Jaga diri.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
Bila orang Google "Cahaya Yang Riang Gembira", hari-hari datang jenguk dan baca, itu pun sudah cukup buat aku tersenyum.. Terima kasih kerana mengingati.. =)


Ulasan

LynnAiza berkata…
suka entri ni. ;)
PuanPepel berkata…
sy sllu je igt kamo..ngee...punye lma xjenguk... da ubah wajah dah
farhana berkata…
Betul kan...kadang2 benda yang mcm ni, boleh buat kita senyum seharian :)
Wah, best la lirik lagu DA tu..nak download la! hehehe
ch!natsu berkata…
chin dtg dgn epal..!!! kekeke..
sile jgn mrh br skang dtg menjenguk.. saya sayang kamu..*ttbe.. ^^
puteri biru berkata…
setoju, kdg2 erkara kecik je boleh wat kita senyum. hukhuk

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.