Indah Rasa Bila Diri Dihargai


Assalamualaikum.. Sebelum lena mata ini dipejam, aku ingin berkongsi sesuatu yang aku baca dan benar-benar membuai rasa.. Pasti ada yang sudah membacanya juga.. Puisi Zahiril Adzim buat isteri tercinta, Shera Aiyob..

* * * * *

"Isteriku, percayalah sebabnya ialah kasih dan cinta.
Akan ku jaga kau seperti ku jaga diriku sendiri, memang hidup itu tidak pernah ada jaminan keselamatan,
Bahaya, ancaman di mana-mana. Tapi selagi kau dalam dakapanku,
Aku berjanji akan menjagamu. Setiap saat dan waktu,
Setiap siang dan malam, Setiap guruh dan hujan,
Setiap panas dan terik. Setiap nafasku.
Aku sering menadah telapak tangan dan memohon pada Tuhan agar kau, bukan sahaja menjadi isteriku tetapi menjadi isteri yang disayangi Allah Ta’ala.
Isteriku, Selamat datang ke hidupku,
Selamat menjadi isteriku, Selamat menjadi ibu pada anak-anakku kelak,
Selamat menjadi menantu ibu bapaku, Selamat menjadi adik dan kakak pada adik-beradikku.
Selamat menjadi keluargaku, Selamat menjadi pelengkap hidupku.
Selamat menjadi separuh dari aku."

* * * * *
Benar-benar membuai rasa.. Terasa seolah betapa diri ini dihargai bila membaca bait puisi tersebut.. Satu hari nanti, aku berharap akan ketemu dia yang ditakdirkan untuk jadi separuh dari aku, yang bisa menghargai aku seperti mana juga aku.. Berkali-kali aku pesan pada diri, hargai orang yang hargai kita.. Moga terus melekat pesan itu di kepala..
Haih.. Malam dingin bersama keluhan panjang.. Membawa sekali lamunan pada kisah hati satu waktu dulu.. Menjelma tiba-tiba, ada sayu mencuit tangkai hati.. Benarkah ianya telah menjadi sejarah dan disimpan kemas dalam lipatan kenangan? Atau sisa cebisannya masih aku simpan dan genggam dalam jari jemari aku ini? Aku sendiri terus tertanya.. Ya Allah.. Tenangkanlah hati ini..
Mata sudah terasa mahu lelap.. Malam ini aku mahu mimpi manis, mimpi biar sampai ke bintang.. Selamat malam semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..

HEART SPEAKS : Kisah hati satu waktu dulu, rasanya dia sudah ketemu bahagia baru buat dirinya.. Aku tumpang juga bahagia.. Aku? Masih sendiri dan sabar menanti saat tiba bahagia buatku pula.. Mudah-mudahan.. Tapi sekarang, biar kita jalani hidup seadanya dan hadapi dengan senyuman seindah suria.. 


Ulasan

Boneka Tak Sakit berkata…
aku xminat puisi la plk.. T_T pantun x romantik ke? hahah kalau dia tulis pantun syok la sikit baca.. tapi aku xpandai berpantun juga kuikuikui

oh ye aku mybe try cuna aktive balik blogwalking sbb aku kan xde kerja dah ;P apa2 pow tuk syg diri sendiri xperlu ada org no2!
susah kot nak syg diri sendiri
Tanpa Nama berkata…
ayat last paling best..

selamat menjadi separuh dari aku!
iman berkata…
uwill find the one one day dear :)
amirulfaiz berkata…
Saya tak pandai nak berpuisi untuk isteri. Cuma saya mampu mencuba menjadi teman yang baik buat isteri. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.