In Time Of Test, Family Is Best


Assalamualaikum.. Pejam celik, Isnin pun dah hampir nak melabuhkan tirai.. Ini bermakna, dah masuk minggu ketiga aku tak pulang ke rumah.. Dan mungkin akan terus berada di sini sehinggalah pertengahan Januari tahun hadapan.. Jadual yang sangat suntuk menyukarkan aku untuk cari masa pulang ke rumah.. Ahh! Rindu!

Berada jauh dari keluarga, di perantauan, dugaan dah tentu-tentu berlambak.. Keserabutan kepala, itu dan ini.. Ahh! Terlalu banyak permasalahan orang dewasa ya.. Heh.. Dalam masa 3 hari, dah 2 kali aku jatuh terseliuh.. Dulu pernah aku ceritakan, kedua-dua belah kaki aku yang tak berapa kuat dan selalu jatuh terseliuh.. Entah bilalah keadaan ini akan bertambah baik.. Urat-urat kaki aku pun rasanya dah bersimpul mati agaknya sebab asyik saja terseliuh..

Petang tadi, lepas angkat baju yang dijemur, tak sengaja terpijak sabun cecair yang tertumpah di lantai di depan pintu, apa lagi, buat split depan pintu bilik.. Haha.. Jatuh terseliuh dan terduduk memang sakit kan.. Kaki aku pun dah naik bengkak.. Rasa macam nak balut dengan ais saja kaki.. 

Bila saat-saat macam ini, jatuh terseliuh, kaki bengkak, orang yang aku cari selalunya adalah emak dan abah.. Emak tukang tumbuk halia, abah tukang urut.. Balut kaki dan masuk tidur, memang terbaik.. Berangin dan selesa.. Lepas beberapa hari, bengkak pasti surut.. Tapi bila dah jauh dari keluarga, siapalah yang boleh urut, capai tangan sendiri sajalah.. Minyak angin aku pun dah habis 3 botol sebab asyik urut.. Bayangkanlah kekerapan aku terjatuh..

Kesimpulannya, berhati-hati ketika berjalan kaki dan kalau dah tertumpahkan sabun, tolong lap.. Nanti orang jatuh bergolek-golek.. Uuuuu.. Pesanan ikhlas dari Cahaya Yang Riang Gembira.. Till here, take care dear readers.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS
Other things may change us, but we start and end with the family..
I don't care how poor a man is; if he has family, he is rich..
=)

Ulasan

farhana berkata…
Haaaaaaaaa..kesiannya!!!! Da ok x kaki u tu?
Watch ur steps my dear.
Get well soon ya...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.