Malam, Kau Bawalah Rinduku Untuk Dirinya Yang Jauh Dariku


Assalamualaikum.. Selamat  malam semua.. Jam dah pun menunjukkan pukul 10.17 malam.. Esok dah mula free sampailah Ahad.. Jadinya, harus diisi dengan apa yang patut.. Bukan selalu ada masa terluang, kalau ada pun, selalunya kerja aku memang membuta saja.. Heh.. Sedap kan tajuk entry aku? Haaaa!! Mesti ada yang kata, layan jiwang manjang aku ni kan.. Hehe..

Dalam lebih kurang 1 jam 43 minit, jiwa, minda dan emosi akan masuk ke alam cinta yang membuai jiwa dan perasaan.. Entah apa mimpi malam ini, ter"booking" wayang tengah malam, layan jiwang di OU2 bersama Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Bront Palarae.. Harapnya aku tak menangis.. Haha.. Jom kita berOMBAK RINDU.. Habis wayang pun mahu dekat jam 2 pagi.. Round-round Kuala Lumpur pun style juga.. Layan perasaan orang kata..

* * * * *

OMBAK RINDU
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku


* * * * *

Till here everyone.. Take care.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Jujurnya, aku sedang merajuk, terasa hati dan berjauh hati.. Adoi.. Mengada aku kan.. Tapi kenapa hati aku tak mampu nak mengendahkan sesuatu yang bikin rajuk hati.. Sukarnya.. Mungkin sebab, I don't want to miss every single moment and thing yang aku susah nak dapat macam dulu-dulu.. Sebulan sekali kot? Haha.. Something that I realize, how precious it is to me.. Hmmm..




UPDATE
Selesai menonton OMBAK RINDU.. Memang full house.. Sampai ke depan pun orang duduk.. Boleh tahanlah cerita dia.. Aku bagi 3.75 bintang.. Cuma aku tak menangis tonton filem ini tadi sebagaimana aku menangis bila baca novelnya.. Hehe.. Mungkinkah ada sekuel untuk filem ini seperti mana ada sambungan untuk novel Ombak Rindu iaitu CINTA TIADA AKHIRNYA? Who knows.. =p


Dan scene yang terpaling aku suka, bila Hariz baru pulang dari kerja dan Izzah ingin menyediakan minum petang, Hariz terlelap di kerusi.. Izzah duduk di sisinya dan baring di dadanya.. Lalu Hariz membuka mata.. Ouch! Masa tu aku rasa, cinta itu sangat-sangat indah kan sebenarnya.. Heee.. :D


Bagi yang nak pergi tonton, selamat menonton ya.. Bak kata Encik Hans Rollo, novel dan filem berbeza jadi ada kelebihan dan ada kelemahan masing-masing.. Yang penting samada novel ataupun filem keduanya dah bagi yang terbaik untuk penonton dan pembaca..


REVIEW FILEM OMBAK RINDU - HANS ROLLO DE PELICULA


P/S : Tiap kali aku nak pergi tengok wayang, aku mesti usha blog review filem di atas terlebih dahulu.. Hehe.. :D


Ulasan

Hans Hanis berkata…
hehehe
tq la usha blog den dlu before tgok wayang
nih ada filem yg dengar kata menarik
dah main dkt panggung dah
tajuk filem 50/50
cuba download
ku pun tgh download sebab nak tgok

asal aku xminat lagu dalam filem nih?
hahahahahaa
Boneka Tak Sakit berkata…
rata semua blogger perempuan update ong bak rindu hehe.
aku xsuka sgt cerita sedih2 nie. jadi aku rasa aku xberminat nak tgk. tapi aku naktgk dia punya perjalanan kutipan aku yakin mybe tinggi dpt cecah mcm kl gangster ke? mybee *rasa x :P

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.