31/12/2011 Ke 1/1/2012

Assalamualaikum..

Tinggal lagi beberapa jam kita dah nak menginjak ke tahun baru 2012.. Sana sini dah tentu orang cakap pasal azam baru.. Hurm.. Azam.. Azam? Azam.. Hehe.. Sejak aku buka mata lihat dunia hingga kini dah cecah 24 tahun 11 bulan, macam-macam azam dah aku tanam.. Ada yang tercapai, ada yang ditunda, ada pula yang dah cancel.. Eh! Boleh cancel-cancel eh? Ekeke..


2011.. Menyaksikan banyak kejatuhan dalam hidup aku.. Eceh.. Dah macam  tuan pengarah sebuah syarikat pula, siap ada jatuh bangun bagai.. Kejatuhan apa, biarlah aku saja yang tahu.. Perit memanglah perit, tapi semangat kenalah tanam semula.. Jatuh lalu bangun, itu kejayaan yang sebenarnya.. Tapi kalau dah jatuh, terus duduk dan tak nak bangun, itu gagal yang sebenar-benarnya.. Saat-saat getir di tahun 2011 ini banyak buka mata aku tentang keadaan keliling aku, orang-orang yang ada dalam hidup aku, pendek kata apa yang aku tak nampak bila aku berjaya, duduk di atas.. Syukur! =)

2012.. Seperti tahun-tahun sudah, impian, azam dan cita-cita aku setinggi Burj Khalifa.. 1/1/ 2012, biar aku mula mendaki dari bawah, mudah-mudahan, pengakhiran 2012 nanti aku dah berada di puncak Burj Khalifa.. InsyaALLAH..

Usia pun bukan muda lagi, dah perlahan-lahan menapak masuk ke usia lebih dewasa, hidup lebih pancaroba, kena usaha lebih lagi, tampung mana yang kurang, yang kosong kita mula isikan, dan yang baik kita jadikan lagi baik..

To dear readers, who have always stay beside me going through ups and downs of Cahaya Yang Riang Gembira, thank you so much.. Moga anda semua bergembira dan berbahagia selalu.. Jaga diri jaga kesihatan jaga peribadi.. Assalamualaikum.. 

Ulasan

Saya berkata…
Selamat mendaki kepuncak kejayaan. Moga dipermudahkan segala urusan oleh Nya. Jangan gopoh semasa mendaki, takut nanti 'mengah' ditengah jalan.

opss lupa. kalau penat mendaki, naik jer lif .... keh keh keh

Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.