Aku Yang Menyayangimu..
~ ENTRY INI UNTUK SEMUA SEMPENA TAHUN BARU.. AGAK PANJANG TAPI MOGA JADI PANDUAN.. ~ Tubuh yang hampir berbulan-bulan terbalut hangat kini digigit kesejukan yang begitu hebat, dari kepala bawa ke kaki.. Ingin membuka dua pasang mata ini tapi terasa sukar sekali.. Suara hiruk pikuk sekeliling menyentuh gegendang telingaku yang lembut ini.. Argghhh!!! Bising sungguh.. Mahu tidur lagi sedikit pun tak boleh.. Tiba-tiba punggung gebu itu ditepuk-tepuk kuat.. "Ouch!! Sakitlah.." Perlahan-lahan mata ini terbuka, tangisan bergema di segenap bilik yang dipenuhi orang-orang dan kebisingan.. Suara-suara desakan, jeritan tadi kini reda.. Kegembiraan dapat ku rasa mengisi segenap dimensi itu.. Aku buka mata seluasnya.. Tubuh yang dimamah kesejukan tadi kini hangat kembali.. Kehangatan dari pelukan seorang insan di sebelahku.. Aku memandangnya, dia merenungku kembali.. Dalam pelukan itu, aku lena dibuai mimpi.. Sebelum mata tertutup, ku lihat ada air mengalir dari sepasang mata itu.. Tiba