Bila Perigi Mencari Timba



Perigi mencari timba.. Isu ini sudah boleh kita katakan lapuk ditelan zaman serba moden ini.. Aku suka pada satu petikan ayat dari mazidlakmal.blogspot yang mana dia mengatakan LELAKI DAN PEREMPUAN PUNYA KEINGINAN HAMPIR SAMA, YANG BERBEZA CUMA JANTINA. Benar sekali apa yang dikatakan itu tapi sejauh mana masyarakat kita boleh menerimanya.. Sedarkah kita, di akhir zaman ini, wanita lebih ramai jumlahnya dari lelaki, mungkinkah atas sebab ini maka isu perigi mencari timba ini menjadi "hot story" di zaman ini? Aku juga tiada jawapannya..


Wahai lelaki-lelaki di luar sana, bila perigi mula mencari timba, apa reaksi kamu? Ikhlas aku katakan, aku sendiri pernah mengalaminya.. Tetapi timba yang aku cari itu rupanya hanya inginkan perigi yang tidak mencari timba.. Haha..


Wahai insan yang bergelar lelaki.. Tercalarkah maruah kamu apabila si wanita datang dan menyatakan rasa cintanya padamu? Tercabarkah egomu apabila ada insan yang tampil di hadapanmu dan mengatakan dia cinta padamu? Sukar untuk aku memberikan jawapan pada persoalan ini kerana hanya lelaki yang memahaminya..





Ulasan

edan coba berkata…
alangkah edan punya pengalaman sebegitu..
tentu rasa lebih dihargai..
tp apakan daya tiada rupa..
Hahaha.. Ish3.. Hang ni pun.. Mrendah diri sgt.. Takpa.. Hang tggu lg 20 tahun, pasti ada naa.. Sabaq naa.. =p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?