Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Monolog #4 : Bahagia

Imej
Assalamualaikum.. Penghujung tahun yang teramat teruk.. Minggu-minggu yang terlalu banyak gelombang tanpa ada datangnya tenang walau sekejap.. Aku masih lagi termangu-mangu, tercari-cari mana diri, mana arah harus ditujui.. Aku tahu hidup ini indah, terlalu indah.. Tapi untuk aku menikmati indah itu, aku tiada daya dan upaya.. Terlalu dalam aku tenggelam, sampai ke dasar hingga sukar rasanya mahu ke permukaan.. Aku tak mahu lemas.. Tapi... Credit from Zedge Tuhan.. Sesungguhnya aku mencari bahagia.. Aku inginkan bahagia.. Tapi untuk aku ketemu yang namanya bahagia itu terasa amat sukar sekali rasanya.. Gelombang-gelombang yang tak pernah putus hadir ini kadang buat aku jatuh dan terasa sukar untuk bangkit kembali.. Aku masih mencari ke mana hilangnya aku yang kuat suatu waktu dulu.. Aku begitu menginginkannya kembali, agar dapat aku lalui detik sukar dalam hidup ini.. Dalam sukar, sedih, sepi yang dilalui, ada sedikit gembira mencuit hati.. Hingga kini aku masih sukar...

Monolog #3 : Cinta

Imej
Assalamualaikum.. Hari ini tanggal 22 Disember 2012.. Serasa lama sungguh aku tak berbicara di sini.. Hari ini adalah hari meraikan cinta.. Cinta antara dua sahabat terbaik aku.. Cinta Siti Nor Faizah dan Abdul Aziz Harith.. Perjalanan 2 jam akhirnya membawa aku ke Shah Alam bersama kedua orang tuaku.. Perkahwinan sahabat baik, manakan tak boleh tak datang..  Dalam menumpang gembira ada rasa sayu mengusik.. Sahabat aku telah jadi milik orang.. Sudah bergelar isteri kepada seseorang.. Tak banyak pun pasti ada sedikit yang telah berubah.. Tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk dia dan suami dalam melayari kehidupan baru ini.. Sambil dalam hati selalu berdoa akan tiba saat seperti ini untuk aku nanti.. Heh.. Bila masanya entah aku hendak mencari sebahagian lagi dari hidup aku.. Hidup yang sentiasa sibuk, mengharap bulan jatuh ke riba? Heh.. Walau di mana pun sebahagian dari hidup aku itu, aku harap satu hari nanti pasti ketemu aku dengannya.. Semua orang te...

Monolog #2 : Indah Itu Bahasa

Imej
Assalamualaikum.. Sedang merasa keenakan berbaring setelah lebih berbelas-belas jam berdiri, berlari ke sana dan ke mari.. Kurusnya entahlah bila.. Barangkali dalam mimpi saja.. Heh.. Lewat Maghrib tadi, drama bergolak di wad 3-4.. Seorang pakcik dengan lantang memarahi seorang remaja lelaki.. Hanya kerana ada sedikit salah dan silap dari remaja lelaki itu.. Aku dari hujung wad sudah mendengar gema jeritan pakcik itu.. Yang ternyata memang sukar sekali untuk mengawal marahnya.. Aku sebenarnya, cukup alergik dengan tengkingan, suara lantang, jeritan dan yang seangkatan dengannya.. Apatah lagi jika ianya berpandukan pada sesuatu yang tidak berasas langsung.. Dari dulu-dulu orang selalu kata, YANG ELOK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA.. Aku tak pasti kenapa bila mana kita boleh bercakap dengan baik, sopan dan lemah lembut tapi kita tetap memilih untuk meninggi suara, menengking, mengherdik.. Satu benda yang aku pegang bila aku mula bekerja, layanlah pesakit dengan ...

Monolog #1 - Gembira Hanya Ilusi Cuma

Imej
Taken from Mr. Google Kadang bila duduk berfikir, mengenang kembali kisah-kisah lalu, masa satu tahun dulu yang dihabiskan dengan juta-juta mesej ringkas yang dihantar, dibalas, diterjah pada seseorang itu sebenarnya hanya sia-sia.. Perasaan yang mulanya memang kosong dan hanya sekadar suka-suka seharusnya dibiar terus begitu.. Bukan mula diisi dengan harapan dan mimpi-mimpi tentang masa depan.. Orang kata, jika seseorang itu serius terhadap kita dan menganggap kita akan menjadi sebahagian dari hidupnya dia, maka dia akan bertekad, terus dan terus ada tanpa jemu dan lelah.. Satu tahun itu, dan mungkin lebih, adanya dia sentiasa dengan pesanan-pesanan ringkasnya, buat aku berubah pendirian diri.. Dari suka-suka, aku mula memendam rasa.. Namun kini, bila berfikir kembali, serasanya aku patut sedar diri.. Segalanya pada dirinya dia, mungkin satu tahun lebih yang sentiasa ada dia itu adalah "Having Fun" saja.. Having fun.. And that's it.. End of story.. Sesun...

Kecenderungan Yang Berubah

Imej
Assalamualaikum.. Sedang menikmati sisa-sisa cuti sehari yang masih ada ini.. Kemalasan dah mula terasa.. Walaupun kadang-kadang ada rindu yang menyapa.. Rindu pada pesakit-pesakit yang setia mendiami wad 3-4.. Dulu pernah aku kata, macam mana minatnya aku pada bidang psikiatri sehingga aku tanam hasrat ingin menyambung pelajaran dan menjadi seorang Pakar Sakit Jiwa a.k.a psychiatrist.. Adakah aku dah berubah? Hmm.. Masih lagi ada hasrat dan impian ke arah itu, cumanya semenjak dua menjak ini, ada terasa kecenderungan aku ada sedikit perubahan.. Aku mula sukakan orang-orang tua.. Kebanyakan pesakit yang ada dalam wad 3-4 terdiri daripada pakcik-pakcik dan atuk-atuk.. Satu benda yang menarik adalah orang-orang tua sangatlah sensitif.. Perlu pandai mendekatkan diri dan cuba rapat dengan mereka barulah mereka akan merasakan kita sebahagian dari keluarga mereka.. Cabang dunia perubatan yang melibatkan diri dengan golongan-golongan veteran disebut sebagai GERIATRI...

27 November 2012

Imej
Assalamualaikum.. Hmm.. Tak sangka masih lagi berdiri teguh dan menghirup udara pada tanggal 27hb 2012.. Satu lagi tarikh baru pada tahun 2012.. Tahun ini mungkin tak seperti tahun-tahun yang sudah, banyak  yang dah berubah.. Tahun berganti, usia bertambah dan manusia juga kadang turut ikut berubah.. 27 NOVEMBER 2010 27 NOVEMBER 2011 2012? Hmm.. Mungkin tak seperti yang sudah-sudah.. Mungkin tahun ini tiada apa yang termampu ditulis dan diucap.. Cukuplah sekadar mengingati kembali apa yang pernah dicoret dulu pada tarikh ini.. Yang dah berlalu tetap akan berlalu.. Kenangan akan selamanya jadi kenangan.. Ucap selamat tinggal pada kenangan dan terus sabar menantikan hadirnya satu senyuman baru, satu lembaran baru.. Berterima kasihlah pada kenangan untuk segalnya yang manis dan indah.. "Encik, selamat hari lahir.. All the best in life.. Take care.." Selamat malam dunia.. Assalamualaikum..

Sudahi Perih Ini

Imej
Assalamualaikum.. Lama aku tak menghirup udara dunia maya, dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Dunia yang sekarang terasa makin malap makin hilang sinar dan serinya.. Entah ke mana.. Bila dicongak-congak, sudah beberapa hari aku tinggalkan Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetrik & Ginekologi).. Ada rindu yang menyapa.. Mungkin kerana hati meronta bila berada di Jabatan baru ini.. Officially entering Medical.. A department where you'll learn the real meaning of "hectic life".. Perasaannya tidak seperti ketika aku mula-mula memasuk Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan.. Perasaan tidak suka dan ingin lari kali ini lebih menebal.. Tapi apakan daya.. Mungkin kerana ini bukan apa yang jiwa aku inginkan, maka setiap apa yang aku buat ianya menjadi serba tak kena dan wujud perasaan tidak suka.. Bersama dengan kesihatan yang makin hari makin teruk dan merosot, tambah lagi dengan hancur runtuh luluhnya jiwa dan emosi, motivasi dan kelangsungan hidup yang aku ...

Anak-Anak Ummi

Imej
Usai saja pulang dari kerja, aku lihat 2 ekor si comel ini sudah berada di depan pintu rumah.. Masih merah lagi tubuhnya.. Masih tak kuat lagi kepaknya.. Sejak tadi asyik saja berbunyi sambil membuka luas si paruh kecil itu.. Lapar kelihatannya.. Si ibu di luar sana pasti sedang kerisauan dan bersedih mana hilang anaknya.. Si anak pula pasti merindui hangatnya berada dalam pelukan si ibu.. Be strong si comel.. Bertahanlah dan terus hidup.. Raya yang dipenuhi dengan tidur, tidur dan tidur.. Terlalu penat hinggakan bisa tidur walau dalam keadaan dagu dipangku dan mata memandang skrin laptop ini.. Haha.. Apa pun, salam Aidiladha dariku buat semua.. Have a great weekend ahead people.. Take care.. Assalamualaikum.. =)

Tanpa Tajuk

Imej
Taken from Facebook. WHAT IS LOVE? ;-)

Atas Nama Cinta, Terlahir Aku Melihat Dunia

Imej
Assalamulaikum.. Nama aku Nur Farhana.. Makna di sebalik nama tersebut dah jelas tertera, Cahaya Yang Riang Gembira.. Eh! Apa kes tiba-tiba sebut nama siap makna sekali? Saja.. Nak diingatkan berkali-kali, bagi anda dan anda semua ingat terus dan tak lupa nama gadis riang gembira ini.. Haha.. Hendak dijadikanlah cerita, posting aku dah nak hampir ke hujungnya.. Tapi masih terdapat lagi segelintir insan yang memanggil aku bukan dengan namaku..  "HAFIZAH! MARI SINI.." "TOLONG AKAK KEJAP HAFIZAH.." "HAFIZAH.. KAU BUAT APA SINI?" "HAFIZAH DAN HAFIZAH DAN HAFIZAH.." Masa mula-mula dulu, memang aku tak pernah toleh bila dipanggil dengan nama Hafizah.. Tapi sekarang, dek kerana dah selalu sangat orang panggil aku dengan nama Hafizah, maka secara automatiknya aku akan menoleh dan menyahut lalu menuruti.. =.=  Kenapa Hafizah? Sebabnya dalam department yang sama ada seorang lagi rakan sekerjaku yang dikatakan seiras den...

Over

Imej
"That person is not replying my mails.. That person is ignoring my text messages.. That person removed me from Facebook.. The funny thing is.. There are so many ways for us to get connected nowadays.. But if someone still IGNORES you through all that.. You should get the message.. IT'S OVER.." - A dialogue taken from Teri Meri Kahaani - Betul apa yang dikata.. Macam mana kita cuba untuk "connect" diri kita dengan seseorang, tapi kalau seseorang itu sentiasa cuba disconnect, jalan dua hala akan jadi sehala.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum.. HEART SPEAKS : Missing things.. Lot and lot of things.. I mean, moments.. Missing those moments.. Missing those smiles.. Angin dan tanah.. Bisakah bersatu? 

Kembang Mawar

Imej
Engkau ibarat kembang mawar Harum berseri dalam taman Ingin kusunting tapi bimbang Durimu jadi penghalang Namun kuingat pesan ibu Kalau berhajat teruskanlah Usah ditangguh niat suci Andainya terlewat langkah Kan gigit jari Lama sudah kuperhatikan dirimu Manis senyummu tingkah pun mempesona Hanya hatiku ini masih rasa ragu Apakah engaku belum berpunya Aduhai mawar kembang suci Engkau dijaga sungguh rapi Tiba masanya kau kusunting Kau kujadikan penyeri rumahtanggaku KEMBANG MAWAR (GINGERBREAD)

Reasons To Smile

Imej
Assalamualaikum.. Mimpi apa entah malam-malam begini, aku belek semula entry-entry yang aku ada dalam arkib Cahaya Yang Riang Gembira.. Dari dulu hinggalah kini.. A reason for me to smile tonight.. Lantas, baru aku sedar, selama ini terlalu banyak entry yang aku tulis yang terlalu dalam maknanya, yang aku cuba sampaikan pada yang tertentu, tapi mungkin makna tak sampai, tak difahami dan akhirnya hanya aku saja yang mengerti apa yang aku coret.. Huhu.. Satu yang aku pasti, apa yang aku tulis bukan hanya sekadar tulisan.. Tiap ayat itu adalah rasa aku.. Rasa yang tak mampu terluah melalui kata, cuma jari bisa mengertikannya.. Huhu.. By the way, enough with this random talk, it's sleeping time.. Take care.. Assalamualaikum..

Keeps The Doctor Away

Imej
Assalamualaikum.. Jam sudah mencecah 1 pagi.. Mata masih belum lagi mahu lena.. Banyak benda nak difikirkan.. Minggu ini terasa agak santai dan lengang kerana aku akan bekerja untuk 2 hari saja.. Isnin dan Selasa adalah off day aku.. Rabu dan Khamis pula aku akan kembali bekerja syif pagi dari 7 pagi hinggalah ke 6 petang.. Dan selebihnya adalah cuti tahunan yang aku mohon selama 3 hari bersempena dengan konvokesyen aku.. Aduh! Terasa begitu malas nak bersesak dalam kelompok manusia selama berjam-jam lamanya.. =.= Sudah masuk hari kedua tekak aku mula terasa perit ditambah lagi dengan kemunculan suara Ella yang mana tak lama lagi aku jangka akan bertukar menjadi suara Ramli Sarip pula.. Masa dan ketika inilah aku akan mula menyerbu Tesco, Jusco dan segala macam -Co lagi semata-mata untuk mencari buah-buahan dan minuman yogurt Bliss.. Usai pulang dari kerja tempoh hari, aku selamat membawa pulang 6 botol besar minuman yogurt Bliss, 2 plastik besar buah epal dan buah oren.. ...

The Truth?

Imej
The truth? Haha.. Night people.. Take care.. Have a great weekdays.. Assalamualaikum..

6 Oktober

Imej
Assalammualaikum.. It's weekend.. And I'm having my night shift today.. 10 to 10 the next day.. I feel so lazy to wake up from bed.. This week I didn't actually get my so called off day.. It's merely two days of post call, what do you expect to do after post call? Sleep of course.. I have ton of plans.. Buying this and that.. The day is getting really near.. 6th of October 2012.. My convocation day.. I've plan to stay 2 days and 1 night in Kuala Lumpur with my family.. Lately been checking out about hotels around Petaling Jaya, most of the hotels are fully booked especially those near University of Malaya.. Currently I'm stuck thinking of where should I stay.. Although it is one of the biggest day in my life, I don't actually feel excited and looking forward to it.. Thinking about that day where there will be thousands of people around make me sick.. I'm just a home-person who love to be around with family but not the society.. Haha....

Dan Sesungguhnya Kepada DIA Kita Kembali

Imej
Assalamualaikum.. Hari ini adalah hari yang sedih.. Bertambah sedih dan rasa sebak dalam dada bila aku mendengarkan bait-bait di bawah ini.. * * * Wahai pemilik nyawaku Betapa lemah diriku ini Berat ujian dari-Mu Ku pasrahkan semua pada-Mu Tuhan baru ku sadar Indah nikmat sehat itu Tak pandai aku bersyukur Kini ku harapkan cinta-Mu Kata-kata cinta terucap indah Mengalun berzikir di kidung doaku Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku Butir-butir cinta air mataku Teringat semua yang Kau beri untukku Ampuni khilaf dan salah selama ini Ya Illahi muhasabah cintaku Tuhan kuatkan aku Lindungiku dari putus asa Jika ku harus mati Pertemukan aku dengan-Mu M UHASABAH CINTA - EDCOUSTIC * * * Aku jarang bertugas di wad 3-1.. Dalam 2 minggu mungkin sekali atau dua kali.. Tapi aku cukup kenal dengan seorang pesakit yang dah jadi penghuni tetap wad tersebut.. Gadis itu berusia 23 tahun, sebaya dengan adik perempuan aku....

Random Babbling

Imej
Assalamualaikum.. Ewah.. Rasa kekok nak menaip.. Rasa macam lama sangat dah tak menconteng.. Kepenatan dan kesibukan yang melanda, sampaikan menaip banyak yang jadi draft.. Semalam kerja syif malam, lewat tengahari tadi baru selamat sampai ke rumah lalu membongkang tidur.. Malam yang agak sibuk, ramai ibu-ibu mengandung yang datang sebab turun air.. Kalau turun air, dah cukup bulan tak apa lagi.. Ini kalau kes turun air tapi baru 29 minggu.. Haa! Apa kes? Ditambah lagi dengan bayi-bayi yang berak dalam kandungan, lagi haru! Tak menang tangan.. Salah satu tanda bayi di dalam perut anda berada dalam keadaan "terancam" dan "distress" adalah jika anda turun air, tapi warnannya adalah kehijaun, bukan jernih.. Dan itu perlu diberi PERHATIAN LEBIH..  Oh ya.. Satu pesan! Bagi ibu-ibu yang merokok, dan agak-agak rasa macam bercinta sangat nak tinggalkan rokok yang anda sayangi itu, janganlah mengandung dulu.. Kasihan kot si kecil yang ada dalam rahim anda itu.. =( ...

Sleepyhead

Imej
Assalamualaikum.. Jam dah hampir nak cecah pukul 10 malam.. Esok kerja pagi lagi.. Hari ini post call.. Balik-balik rumah pagi tadi terus terbongkang tidur.. Walaupun dah tidur, tapi mata sekarang adalah sangat berat dan kuyu.. Malam semalam adalah malam yang sangat stress.. Tambahan pula menjaga ibu mengandung yang sedang dalam kesakitan ingin bersalin memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.. Kasihan melihatkan mereka yang berpeluh-peluh menahan sakitnya ingin bersalin.. Bukan mudah sebenarnya mahu melaluinya, perlukan sokongan moral dan emosi yang berterusan sebab kadang-kadang kerana terlalu penat dan sakit, ramai pesakit yang putus asa dan mahu menjalani pembedahan saja.. Melahirkan itu sesungguhnya satu pengorbanan yang teramat besar.. =) Tarikh konvo dah semakin hampir.. 2 minggu lebih saja lagi.. Tapi tak ada sedikitpun perasaan melonjak gembira atau yang seumpama dengannya.. Bila memikirkan setelah penat bekerja, perlu meredah jalan raya dan menuju ke Universiti M...

Prem

Imej
Assalamualaikum.. Minggu yang agak stress.. Stress sampai tahap walaupun fizikal dan mental kau penat, tapi kau tak mampu nak lelapkan mata.. Dengan emosi yang tunggang langgang, hari-hari pun rasa nak marah.. Boleh ke tak gitu? Adeh! Lama-lama kalau begini, kedut seribulah muka ayu ini.. =p Kenapa aku bubuh gambar bayi ya? Bukan apa, aku nak ceritakan setinggi mana tahap stress yang aku rasakan sekarang.. Kalau kata aku sekarang tengah mengandung, confirm seratus peratus aku akan dapat preterm contraction ataupun yang terpaling dahsyat PRETERM LABOR.. Bersalin tak cukup bulan.. Eh! Ramai okay houseman yang dah berkahwin lalu mengandung mengalami masalah begini.. Sebabnya? WORKLOAD dan STRESS.. That's why it is not advisable to get pregnant during housemanship days.. Takut jadi benda-benda beginilah, lahir bayi pramatang a.k.a PREM BABY, bayi kurang berat badan, lebih kecil dari usia sepatutnya dan macam-macam lagilah.. Rasa macam nak makan orang pun ada, ditamb...

Down The Drain

Imej
Assalamualaikum.. Minggu yang memenatkan.. Mendera mental dan fizikal.. Haha.. It's been nearly 2 months I guess having myself in a world of "adulthood" where I need to go to work and earn a living.. Walaupun dasarnya melalui pekerjaan aku sekarang aku telah mengalami penyusutan berat badan tapi hakikatnya kesihatan aku adalah DOWN THE DRAIN.. =.= Having suffered from something called " PLANTAR FASCIITIS " is not really pleasant.. Tambahan lagi dengan kerja aku, penyakit ini adalah tidak sesuai sekali terlibat dalam hidup aku.. Tapi sayangnya ia dah selamat menjadi teman rapat aku.. Awalnya dulu, sakit masih boleh dikawal dengan penggunaan NON STEROIDAL ANTI INFLAMMATORY DRUGS, but nowadays, makanlah berapa banyak VOLTAREN, PIROXICAM, they have no effect at all.. At the end of the day, I will get a swollen leg, bilaterally.. More severe on the right side.. Sakitnya bila mana kita bangun pagi dan baru nak memijak lantai.. Ya Allah Ya Tuhanku.. Hanya ...

Hapus

Imej
Hapuskan rasa cintaku.. Aku pun ingin bahagia, walau tak bersama dia.. * * * Love the lyrics for the song from Judika.. Nice one.. Good night people.. Assalamualaikum..

Mungkin

Imej
Assalamualaikum.. Selamat malam.. Hari kedua cuti dah hampir habis.. Masih berbaki sehari lagi.. Hari ini ligat update blog, masuk yang ini dah 3 entry selamat aku conteng.. Lepas gian, seronok rasanya dapat menulis.. =) Tak ada cerita apa pun kali ini.. Cuma tiba-tiba aku teringat mak pernah nasihatkan aku, nak cari pasangan hidup, biarlah yang sama kerja sama bidang, senang memahami kehidupan yang sibuk dan tunggang langgang ini.. Tapi aku cepat say NO NO NO pada mak.. Kenapa? Entahlah.. Cerewet ke? Haha.. Bagi aku, persamaan itu suatu yang membosankan.. Tapi kan.. Kadang-kadang apa yang orang duduk kata mungkin ada betulnya.. Selalunya benda yang kita tak mahu tak ingin tak hendak itulah yang selalu kita dapat.. Hehe.. *Ketawa kecil* Hmm.. Mungkin.. Hehe.. Selamat malam semua.. Selamat merehatkan diri.. Assalamualaikum.. :))

That Awkward Moment

Imej
Assalamualaikum.. That moment.. The most awkward moment in my life.. When one of the patient in labor that you attended, is actually your ex-school mate!! And she is going to deliver any time soon with a husband anxiously waiting outside.. And and and.. On the other hand, here you are, busy working 24 hours.. Working, go back and sleep, then going back to work again.. When life only revolves around working, working and just working.. Have a great weekdays ahead peeps.. Assalamualaikum..

Monolog

Imej
Bila aku mula merasakan yang aku patut berputus harap dengan apa yang aku rasa, ianya datang lagi setelah lama menghilang.. Lantas menyalakan semula sedikit harapan yang bersisa.. Tapi ternyata yang tersisa itu patut dibuang terus dan tiada saki bakinya sebab sememangnya yang hadir itu sekejap cuma, dan akan pergi lagi seperti kebiasaannya.. Datang lalu pergi.. Dan menghilang.. Muncul kembali dan hilang lagi.. Aku sudah sememangnya perlu menjangkakan itu yang akan terjadi.. Sedang hati masih ingin terus berharap dan teguh berdiri.. Tapi sebahagian lagi berkata, berhenti berhenti! Salam petang Ahad.. Assalamualaikum..

A Flower

Imej
To "you".. Who once used to make me smile.. Good night.. Assalamualaikum..

Alhamdulillah

Imej
Assalamualaikum.. Hari ini hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari ini juga telah jadi satu hari yang bahagia dan manis dalam kenangan hidup aku sebagai seorang Cahaya Yang Riang Gembira.. Hee.. Akhirnya, setelah sekian lama menunggu, dan setelah hampir mencecah 2 bulan bekerja, aku telah mendapat gaji pertama aku sebagai seorang penjawat awam.. Perasaan gembira tak terhingga yang sukar dibayangkan.. Alhamdulillah.. Usai saja kerja pada pukul 10 pagi tadi, walaupun mata mengantuk, tetap ku gigihkan juga diri mencari bank yang terdekat.. Aku siap mencari sampul raya lagi.. Pulang saja ke rumah, aku serahkan sedikit pada abah, pada emak dan juga adik-adik.. Perasaan itu memang sukar digambarkan kan? Perasaan dapat berbakti pada kedua orang kita selepas sekian lama mereka menjaga kita.. Aku bersyukur sangat atas pemberian dariNYA ini.. Sepanjang hari ini, aku tersenyum saja.. Yang penting, kena mula menyimpan.. Mana tahu tak lama lagi ada perancangan nak kahwin ke.. Eke...

Terbang Tinggi Tinggi

Imej
Assalamualaikum.. Ahad dah pun hampir berlabuh.. Esok pula dah Isnin.. Kerja straight dari Isnin sampailah Ahad, dengan cuti tak sampai sehari pada Jumaat.. Harapnya cukup kuatlah nak menghadap pagi Raya di hospital..  Tiap kali kalau aku pulang dari kerja, aku pasti akan duduk dalam kereta, lebih kurang 10 ke 15 minit.. Sambil menikmati penghawa dingin yang aku talakan ke muka, sambil aku memandang ke luar dan dongakkan kepala.. Dalam hati aku kata, kenapalah rumah aku di tingkat terpaling atas dan tak ada lif.. Kadang rasa macam, tak boleh ke aku terbang terus ke atas.. Dah sebulan lebih aku turun naik tangga, tapi lelah naik turun tangga masih terasa.. Banyak sangat tingkat kot.. Haha.. (TIGA AJE PUN) Tapi tak kisahlah, apa yang penting, berat pun dah banyak kurang, baju yang dulu-dulu tak muat pun dah boleh sarung.. Ada baiknya juga ya tak duduk rumah tingkat paling atas.. Tak kisahlah tak dapat terbang tinggi-tinggi, duduk di darat merangkak dan berjalan p...

3 Kali Sehari

Imej
Assalamualaikum.. Ewah.. Tajuk macam bagi preskripsi ubat.. 3 kali sehari.. Rasa nak tulis dalam blog, tapi buat masa sekarang tak ada idea lagi, jadinya aku nak kongsikan momen manis seorang blogger.. Lama dah aku perhatikan sebenarnya kewujudan seorang pembaca yang sangat setia mengunjungi blog ini.. Memang boleh kata, tiap-tiap hari ada kewujudan IP adress tersebut dalam statistik Cahaya Yang Riang Gembira.. Even tak ada update, atau update yang dah basi pun tetap rajin datang menjenguk.. Tapi bukan sehari sekali.. Sebaliknya, 3 kali dalam sehari.. Pagi jenguk sekali, tengahari datang lagi, petang tak lupa ada juga sekali.. Kadang-kadang sampai 4 kali pun ada.. Malam saja tak ada, mungkin sebab dia kerja dari pukul 8 pagi sampai 5 petang kot.. Hehe.. Apa pun, terima kasih tak terhingga.. Walaupun kadang-kadang aku rasa blog Cahaya Yang Riang Gembira ini macam nyawa-nyawa ikan, tapi masih ada lagi yang setia selalu menjenguk.. Terima kasih.. Ecewah, ayat budget retis.. O...