Sudahi Perih Ini

Assalamualaikum..

Lama aku tak menghirup udara dunia maya, dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Dunia yang sekarang terasa makin malap makin hilang sinar dan serinya.. Entah ke mana.. Bila dicongak-congak, sudah beberapa hari aku tinggalkan Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetrik & Ginekologi).. Ada rindu yang menyapa.. Mungkin kerana hati meronta bila berada di Jabatan baru ini..

Officially entering Medical.. A department where you'll learn the real meaning of "hectic life".. Perasaannya tidak seperti ketika aku mula-mula memasuk Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan.. Perasaan tidak suka dan ingin lari kali ini lebih menebal.. Tapi apakan daya.. Mungkin kerana ini bukan apa yang jiwa aku inginkan, maka setiap apa yang aku buat ianya menjadi serba tak kena dan wujud perasaan tidak suka..



Bersama dengan kesihatan yang makin hari makin teruk dan merosot, tambah lagi dengan hancur runtuh luluhnya jiwa dan emosi, motivasi dan kelangsungan hidup yang aku rasa hampir mati, aku terasa mahu duduk di satu sudut dan menangis sepuasnya.. Usai solat juga aku berdoa, aku cerita padaNYA, aku pohon semula kekuatan yang aku pernah ada dulu.. Waktu dan saat ini, aku begitu ingin menangis.. Tapi entah kenapa, tiada air mata yang mampu aku tangiskan.. Kosong! Ahh.. Terasa batu-batu yang menghempap dada ini makin kuat menghimpit.. 

Ternyata, aku semakin tak mengenali diri sendiri.. Haha.. Gila bukan?


Aku akan tetap terus berdoa.. Tetap terus memohon kepadaNYA, agar dikurniakan aku kesabaran dan kekuatan, kesihatan yang utuh untuk aku melangsungkan kehidupan yang penuh duri dan ranjau ini.. Kamu tahu, jadual kerja yang begitu memenatkan sekarang, dari 7 pagi hingga 10 malam, bersama dengan cuaca yang tak menentu, hujan lebat saban waktu, buat aku teringin ada seorang yang bergelar suami datang menjemput saat aku pulang dari kerja.. Oh! Gila! Perasaan yang semakin menebal itu buat aku gila..

Dalam hidup aku yang hanya hitam putih kadang kelabu ini, aku selalu berharap satu hari nanti hadir sesuatu yang benar-benar dapat menggembirakan aku.. Yang dapat memberi warna dalam hidup aku.. Warna selain dari warna yang dicoret dari bahagia bersama mak, abah dan adik-adik.. Entahlah! Apa saja.. Asalkan ianya menggembirakan dan membahagiakan.. Hmm..


Hari ini adalah hari yang teramat teruk untuk aku.. Esok pula ada sedikit sinar untuk buat aku gembira.. Salah satu benda yang aku impikan akan aku peroleh.. Walaupun dalam mimpi inginkan sebuah Honda CRV tapi bersyukurlah ada Livina X-Gear yang seiras-iras CRV.. Haha.. Oh Encik X-Gear.. Cepatlah datang.. Begitu teruja untuk "memeluk" kamu.. :)

Mata perlu lelap dulu.. Perlu kumpul kekuatan menghadapi hari.. Perlu kuat semula.. Perlu sihat semula.. Selamat malam dunia.. Selamat malam.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Terima kasih.. Kerana "hadir" walau untuk sekejap cuma dalam hariku yang tunggang langgang kelmarin.. Ternyata aku rindu.. Rindu saat dulu, yang hampir saban malam ada kau yang selalu menyapa dan bertanya khabar.. Kau, yang tak pernah mengerti.. Ah! Kenangan.. :)

Ulasan

helgaindra berkata…
keep sabar
ada Allah di samping kamu
:)
Adziim berkata…
Cuti-cuti pergi join aktiviti ukhwah. Untung2 dapat jodoh.
Unknown berkata…
Wahh. Ana beli kete baru.. nak tumpang..huhu.. sabarlahsayang. Kehidupan perlu diteruskn. Akk pn dkt medical skrg.. mmg hectic sgt. Off just mse postcall aje..mmg xlarat n rasa nk give up. Tp ble pikir balik. Ini semua sementara.. akan tiba hari esok yg lebih bahagia.. percayalah. InsyaAllah..
PuanPepel berkata…
peewit..keta baru yu~!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?