Sleepyhead
Assalamualaikum..
Jam dah hampir nak cecah pukul 10 malam.. Esok kerja pagi lagi.. Hari ini post call.. Balik-balik rumah pagi tadi terus terbongkang tidur.. Walaupun dah tidur, tapi mata sekarang adalah sangat berat dan kuyu.. Malam semalam adalah malam yang sangat stress.. Tambahan pula menjaga ibu mengandung yang sedang dalam kesakitan ingin bersalin memerlukan kesabaran yang sangat tinggi.. Kasihan melihatkan mereka yang berpeluh-peluh menahan sakitnya ingin bersalin.. Bukan mudah sebenarnya mahu melaluinya, perlukan sokongan moral dan emosi yang berterusan sebab kadang-kadang kerana terlalu penat dan sakit, ramai pesakit yang putus asa dan mahu menjalani pembedahan saja.. Melahirkan itu sesungguhnya satu pengorbanan yang teramat besar.. =)
Tarikh konvo dah semakin hampir.. 2 minggu lebih saja lagi.. Tapi tak ada sedikitpun perasaan melonjak gembira atau yang seumpama dengannya.. Bila memikirkan setelah penat bekerja, perlu meredah jalan raya dan menuju ke Universiti Malaya, selesai saja majlis konvokesyen perlu pulang semula ke Melaka dan esoknya pasti sudah mula bekerja semula.. Memikirkannya saja sudah buat aku penat.. Kadang-kadang aku sampai merasakan cuti konvo yang aku dapat itu aku mahu gunakan untuk tidur dan tidur dan tidur saja.. Tapi konvo seumur hidup sekali.. Iya tak?
Banyak plan yang aku dah fikirkan untuk dilaksanakan memandangkan tahap stress telah berkumpul di satu tahap yang agak membahayakan.. Stressnya sampai terasa dada begitu menyesakkan, pernafasan seolah tersekat dan emosi sangat sensitif, hanya mahu marah saja tapi disimpan dalam hati.. Hehe.. Kadang-kadang aku rasa, jalani satu sesi bersama psychologist pun ada baiknya juga.. Paling tidak berkurang juga stress yang dialami..
Baru saja mengusulkan cadangan pada mak, ingin bawa satu famili saja-saja tidur dekat hotel tepi pantai dalam 2, 3 hari.. Hasrat hati nak menuju Cameron tapi sebab jauh sangat, tepi pantai pun jadilah.. Sebabnya aku heat intolerance.. Ekeke.. Aku rasa entry aku sepanjang aku mula kerja sampai sekarang, semuanya stress, tak ada yang tak stress.. Bilalah agaknya aku dapat tulis entry jiwang bunga-bunga dari taman hati tanpa ada stress.. Haha.. *ABAIKAN*
Okaylah.. Masa untuk ketiduran.. Jaga diri semua.. Selamat malam.. Mimpi indah.. Assalamualaikum..
=)
Ulasan
Plan bercuti tu mmng awesome. Go for it! =)
relax okay kak :) bagus jugak bercuti dgn family. boleh hilangkan stress :)
atau seorang bidan yang membantu orang melahirkan bayi?
juah kali impiannya mau cuti ke cameron
main ke jakarta saja laaa :p