Dan Sesungguhnya Kepada DIA Kita Kembali | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Dan Sesungguhnya Kepada DIA Kita Kembali

5 comments
Assalamualaikum..

Hari ini adalah hari yang sedih.. Bertambah sedih dan rasa sebak dalam dada bila aku mendengarkan bait-bait di bawah ini..

* * *

Wahai pemilik nyawaku

Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
MUHASABAH CINTA - EDCOUSTIC

* * *

Aku jarang bertugas di wad 3-1.. Dalam 2 minggu mungkin sekali atau dua kali.. Tapi aku cukup kenal dengan seorang pesakit yang dah jadi penghuni tetap wad tersebut.. Gadis itu berusia 23 tahun, sebaya dengan adik perempuan aku.. Seorang gadis yang tabah dan kuat.. Walau zahirnya kelihatan lemah dan cekung, malah jelas kelihatan juga kesan daripada rawatan kemoterapi yang diterimanya berkali-kali.. Tiap kali bertugas di situ, melihatkan keadaannya cukup buat aku sedih.. Penghidap kanser ovari tahap 4, dan ibunya sentiasa ada di sisi menemaninya..

Hari ini aku mendapat berita beliau telah kembali ke rahmatullah.. Sebak rasa hati.. Kadang-kadang aku pernah juga melihat ibunya menangis dalam diam, bila mengingatkan saat itu kembali, tak semena-mena air mata aku turut menitis.. Besar dugaan mereka.. Sedang aku yang melihat ini sudah cukup merasa beratnya, apa lagi mereka yang memikulnya..

Kebetulan, aku terjumpa dengan blog milik gadis ini.. Aku baca satu persatu.. Bersama alunan di dalamnya.. Tak henti-henti aku menangis.. Terasa mati itu sememangnya begitu hampir pada kita tiap manusia..




Doa aku moga arwah adik Rusfainy Atikah tenang di sana dan moga keluarganya tabah mengharungi ujian dari Allah ini.. Al fatihah..

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..



5 Comments Here:

helgaindra berkata...

innalillahi wainnailaihi rajiun

turut berduka cita yah
memang kita hidup di dunia ini sementara saja

:(

farhana berkata...

Ya Allah...semuda itu dah diduga penyakit macam tu...
Sedihnya bila baca (sebak)
Moga arwah tenang di alam sana.
Mati itu pasti.

Amieynna berkata...

Baca entry yang pertama, terus dah sebak..
Mati itu pasti..


**hana, kalau boleh kongsikan pasal kanser ovari boleh? tanda2, punca2 dsb..

Zura@Iwan berkata...

alfatihah...

simpati dgn psakit wanita tsebut...hehe

Adziim berkata...

Kadang-kadang aku wish hospital tempat aku kerja ada sediakan khidmat kemoterapi.

Arwah tua 5 hari je dari aku.

Sepanjang 2 tahun lebih aku kerja, memang ada pesakit-pesakit yang tak tahu dia ada cyst, ada ketumbuhan dalam ovari,rahim n etc2 ni.

standard sakit perut so diorang consider sakit perut biasa tak pun nak datang bulan. Honestly walaupun government banyak buat kempen kesedaran etc2 ni...masih ramai yang tak tahu pasal kanser ovari.

Jadi bila dah pergi buat US...result terus dapat dalam 15-30 minit habis2 lama pun. Futher study buat ct scan @ mri r. Result same day itself. Nak confirm lgi buat surgery ambil sampel tisu.

Kalau sempat dtg awal bleh la survive. ada certain patient especially jenis yang tua...anak-anak yang uruskan. Masing-masing busy....doktor private dah inform ada kanser tapi anak2 siap boleh nak tangguh sebulan dulu.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.