Assalamualaikum. Okay, first of all, pictures attached in this post are taken from Google, credit to the respected site. Atas sebab tidak mahu blog ini terus tercungap-cungap, ibarat nyawa-nyawa ikan sebab jarang ada post baru, jadi aku ambil keputusan untuk kongsikan pengalaman menjalani MRI di Hospital Melaka pada hari ini, 1 Julai 2013. Temujanji aku adalah pada pukul 2 petang tapi dah menjadi kebiasaan untuk aku datang lebih awal 10 minit untuk apa juga temujanji. Prinsip yang terbaik kita pegang, biar kita tunggu orang, jangan orang tunggu kita. Berdebar tak usah dikatalah, sepanjang jalan menuju ke MRI suite memang hati berdebar memanjang. Setelah selesai pendaftaran, aku diberikan baju hospital untuk ditukar. Segala macam peralatan besi yang ada pada badan perlulah ditanggal kerana seperti yang aku tulis di atas, ianya adalah gua MAGNET. Sebelum menjalani MRI juga ada checklist yang perlu ditanya kepada pesakit contohnya seperti pernah menjalani pembedahan memas...
Entry ini tergerak untuk aku coretkan setelah melihat ramai pelajar-pelajar kita di IPT mengambil subjek Bahasa Mandarin.. Aku saja-saja ingin berkongsi pengalaman atau mungkin boleh anda jadikan tips untuk memudahkan pembelajaran anda nanti.. Maaf terlebih dahulu dihulurkan, aku bukanlah begitu pakar dalam bidang ini, tetapi aku harap pengalaman belajar Mandarin aku selama 10 tahun ini boleh kita sama-sama manfaatkan.. Aku mula mempelajari bahasa yang agak asing bagi aku ini seawal usia 5 tahun.. Bayangkan saja, sudah terbiasa dengan penggunaan bahasa Melayu, tiba-tiba aku dimasukkan ke tadika yang 95% pelajarnya berbangsa Cina dan bertutur bahasa Mandarin.. Agak sukar dan shocking di awalnya, malah rasa diri ini agak "terpencil".. Ternganga melihat dia, dia, dia bersoseh-soseh dalam bahasa yang aku tak faham langsung.. Darjah 1, mak abah masukkan aku ke sekolah Cina lagi.. Di sinilah proses pembelajaran bahasa Mandarin aku mulakan secara rasmi.. Aku mula belajar dengan piny...
Borak bersama bapak tersayang tempoh hari menimbulkan kembali sejarah-sejarah entry yang lama.. Entry tentang penterjemahan lirik Raikan Cinta yang sensasi dan kontroversi itu.. Hahaha.. Masihkah anda ingat? Seriously aku tak tahu makna sebenar di sebalik lirik itu.. Sebab M. Nasir tak pernah calling aku pun inform pasal itu.. Haha.. Ada orang kata, SILENCE IS GOLDEN.. Tapi aku ini, memang suka bercakap.. Suka berkata-kata.. Aku suka pada perkataan.. Semenjak berjinak-jinak dalam dunia puisi, sajak, pantun di bangku sekolah, aku begitu mencintai patah perkataan.. Bagi aku, kata-kata bukan hanya sekadar satu ungkapan tapi satu bentuk ekspresi perasaan, luahan rasa jauh dari sudut hati yang kadang-kadang tak dapat kita suratkan.. Hanya mampu kita siratkan.. Dengan perkataan.. Sebab itu, kalau aku berkata-kata, aku benar-benar maksudkannya.. ( kecuali kalau aku bergurau ) Aku cinta padamu? Masih menanti untuk mengungkapkannya.. Sebab itulah dalam sesebuah lagu, aku terpaut pada liriknya d...